Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, July 28, 2015

AMPU - SATU KEPERLUAN DALAM POLITIK





Muhyiddin arah ahli UMNO berhenti serang Tun M Faiz Zainudin  | July 27, 2015 Hormati Tun M sebagai bekas Perdana Menteri yang dianggap seperti seorang bapa. 

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepada ahli-ahli UMNO supaya berhenti membuat serangan balas terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

 Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada ahli UMNO yang menggunakan media arus perdana untuk menyerang Dr Mahathir dengan menyifatkan apa yang dilakukan hanyalah sia-sia kerana ia hanya menyebabkan populariti bekas Perdana Menteri itu semakin melonjak naik.
 Malah, apa yang dilakukan itu sekaligus mengakibatkan kedudukan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin lemah.

 “Berhentilah hentam Tun M , lagi anda hentam lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh. “Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas Perdana Menteri ada banyak idea. 

Saya tidak pernah ada masalah dengan beliau (Dr Mahathir), tidak sulit untuk saya komunikasi dengan beliau dalam beberapa pertemuan,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di Berjaya Times Square malam tadi. 

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, Dr Mahathir yang bersikap kritikal dan lantang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau menyayangi Najib. “Dia (Dr Mahathir) bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib…pasal mengenang sejarah Tun Abdul Razak Hussein.Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau,” jelasnya. 


Semantara itu,Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee turut senada dengan Muhyiddin dengan menyifatkan tindakan serangan balas terhadap Dr Mahathir akan memburukkan lagi keadaan. Katanya sebagai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir berhak membuat teguran kepada kepimpinan yang ada demi kebaikkan bersama berdasarkan pengalaman yang dimiliki beliau.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA