Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, July 14, 2015

1MBD - APAKAH IANYA AKAN BERAKHIR..?


Najib Patut Ketar Dengan Berita Ini. Afidavit bersumpah akan
didedahkan kepada umum minggu ini bagi menjelaskan
bagaimana jutaan ringgit disalurkan kepada Barisan Nasional
(BN) daripada akaun peribadi perdana menteri untuk digunakan
 semasa Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), kata badan bukan
 kerajaan Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM).


Penaung dan jurucakap kumpulan tersebut, peguam Md Zainal
Abidin memberitahu The Malaysian Insider, dokumen itu apabila
didedahkan, akan menunjukkan kesalahan yang dilakukan pentadbiran
kini.

"Apabila didedahkan, ia akan menunjukkan bagaimana wang
tersebut masuk dan keluar dari akaun PM, dan bagaimana keseluruhan 
proses itu berjalan.

"Ia akan menyambung semua titik dan menyelesaikan teka-teki
selama ini," katanya.CAGM mendakwa pada Ahad, jutaan ringgit
 dari akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur 
disalurkan kepada parti komponen BN menjelang PRU13 yang 
diadakan pada Mei, 2 tahun lalu.

Zainal memberitahu The Malaysian Insider semalam, afidavit
 bersumpah tersebut sebahagian daripada dokumen
mahkamah yang difailkan seseorang daripada industri
perbankan dalam saman terhadap perkara lain di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata sudah mendapatkan kebenaran plaintif untuk
mendedahkan dokumen bersumpah tersebut.

"Kita mempunyai beberapa dokumen, termasuk afidavit
bersumpah ini yang digunakan individu tersebut untuk
mendapatkan bantuan undang-undang.

"Kini kita hanya perlu menyelesaikan beberapa isu, seperti
 kemungkinan didakwa menghina mahkamah, dan kita akan
mendedahkannya kepada umum dalam masa beberapa hari,"
katanya.

Tujuan CAGM mendedahkan dokumen tersebut ialah bagi
 menimbulkan kesedaran awam mengenai wujudnya
kaedah pembiayaan politik tersebut yang dijalankan selama ini.

Najib Patut Ketar Dengan Berita Ini

Ketika mengumumkan mengenainya pada Ahad, CAGM menggelar
kaedah pembiayaan politik itu sebagai satu 'sistem melancar'
 dibuat kerajaan memerintah dan jentera pilihan rayanya.

Ia juga berkata sistem ini diwujudkan bekas perdana menteri
 Tun Dr Mahathir Mohamad dan ia membantu memastikan BN
 kekal berkuasa.

"CAGM boleh mengesahkan yang berdasarkan dokumen yang ada
 pada kami, berjuta-juta daripada akaun AmBank Najib sebenarnya
digunakan untuk 'menyokong' parti komponen BN menjelang
 PRU13," kata Zainal dalam kenyataannya pada Ahad.

Beliau mendakwa parti komponen BN diperuntukkan purata
antara RM30 juta dan RM50 juta setiap satu. Dana juga disalurkan
 kepada lebih 12 parti pro-BN dan NGO, yang setiap satu menerima
antara RM1 juta dan RM8 juta.

Akaun bank Najib di AmBank menjadi tumpuan selepas The Wall
Street Journal (WSJ) melaporkan pada 2 Julai, sejumlah
kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) disalurkan kepadanya.

Bahagian yang terbesar daripadanya – AS$681 juta dipindahkan
 pada Mac 2013, sebelum pilihan raya pada Mei.

Akhbar perniagaan tersebut kemudiannya menerbitkan dokumen
di Internet yang menunjukkan aliran wang masuk ke akaun Najib,
 bagi menyokong laporannya.

Najib menafikan mengambil dana bagi kegunaan peribadi
 tetapi tidak secara langsung menjelaskan mengenai penyaluran
wang ke 2 akaunnya yang ditutup pada Ogos 2013 dan 9 Mac tahun ini.

Diminta mengulas kenyataan CAGM itu, Pengerusi Bersih 2.0
Maria Chin Abdullah berkata, kumpulan tersebut sepatutnya
membawa bukti mereka ke Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara (PAC) yang kini sedang menyiasat dana pelaburan
 negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Saya tidak pasti jika mereka ada bukti itu. Jika ada,
saya cadangkan mereka kemukakannya kepada pasukan
 penyiasat PAC dan mendedahkan bukti mereka kepada umum.

"Sekiranya ia benar, ia akan menyebabkan pilihan raya itu
tidak sah kerana dana awam digunakan untuk campur
tangan dalam PRU13," katanya.

Maria berkata, sementara Malaysia tidak mempunyai
undang-undang mengenai pembiayaan politik, calon pilihan
raya harus mematuhi had perbelanjaan apabila berkempen
semasa pilihan raya.

Bagaimanapun, tiada had yang dikenakan terhadap perbelanjaan
 parti politik.

"Terdapat kelemahan di sini yang perlu diteliti Suruhanjaya
 Pilihan Raya, kerana ia sebahagian daripada pembiayaan
politik berlebihan oleh parti politik dan calon yang tidak dipantau,"
 kata Maria.

1 comment:

  1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya Kamarudin seorang TKI DI Malaysia pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet, mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran toto magnum angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor 085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: SITUS RESMI AKI WOWO

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA