Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, June 20, 2015

SEDIH - PAS SEPERTI MELUKUT DI TEPI GANTANG.

Apa yang berlaku di kalangan kepimpinan PAS kini ialah bagaimana atau apakah formula yang diperlu di guna pakai untuk memastikan " setia kawan " dengan PR dapat di teruskan. Tanda-tanda untuk PAS buat " U turn " sudah pun kelihatan. Kenyataan seperti " azam dan ikar PR masih wujud....PR masih utuh...PR tak terjejas...dan yang terkini oleh Mustafa Ali PR tak mati cuma pengsan "



"Beginilah nasib Pas . Kesian + sedih . Itulah akibat terlebih cerdik oleh mereka yang merasa diri mereka ulamak. Nasib Pas tak ubah seperti LEBAI MALANG...seperti kata bidalan YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN... Inilah padah nya MENDENGAR GURUH DILANGIT AIR DITEMPAYAN DIBUANG . Putuskan hubungan dengan DAP. Kalau bersendirian PAS akan jadi lebih kuat . Itu lah antara kata-kata dan ungkapan si Tak Cerdik.


Tindakan drastik yang diambil oleh Pulau Pinang untuk semua jawatan di sandang oleh PAS perlu di kosongkan memberikan satu impak yang cukup mengecewakan PAS. Apakah lagi perletakan jawatan oleh kepimpinan PAS yang gugur di medan muktamar seperti Mat Sabu YB Mujahid.

Pemerhati politik agak kecewa juga dengan kehilangan suara-suara lantang sebelum muktamar, mana perginya " ahli tinju " PAS sebelum muktamar watak seperti Zuhdi dan Dr. khairuddin tidak kedengaran. Nik Amar juga tidak berbunyi . Begitu juga ahli tomoi PAS dari Temerloh yang hendak menyiku dan melututkan DAP tidak berbunyi. Apakah mereka kecewa? atau pun mulut mereka di arah untuk di gam dan celepur lagi seperti sebelumnya? 

Implikasi dari cubaan untuk membentangkan HUDUD akhirnya PAS makan diri, UMNO sudah mainkan PAS, UMNO tidak menghulurkan bantuan, cuma keriangan Najib ialah PAS berjaya mengalkinkan PR semasa muktamar - kini PAS sendirian dan tak ubah seperti RUSA MASUK KAMPUNG.

Lalu tanpa rasa segan silu masih mengaku dirinya masih ahli gabungan PR. Sedangkan PR sudah tidak wujud lagi. Tanpa malu mengatakan kerajaan PR masih utuh sedangkan PAS yang mahukan PR bungkus.

Nyatakan golongan berlatarbelakangkan pendidikan agama ( mereka bukan ulamak sebenarnya) amat cetek dalam permainan politik . Terlalu gopoh dalam menguruskan kemenangan yang masih muda usianya. Gagal menilai dan mengukur kekuatan keupayaan PAS . Bagi mereka kemenangan PAS dinegeri2 Selatan khususnya Selangor adalah kerana sokongan padu pengundi kepada PAS. Sebab ahli tomoi PAS di Temerloh jadi orang lupa daratan. Dia sangka kemenangannya mengalah Datuk Saifuddin adalh kerana kekuatan pengeruh PAS disitu.

Tindak tanduk PAS tak ubah seperti...perempuan tua yang latah , malam dia tenun , siang di rosakkannya tenunannya. Geng2 kopiah tidak menghargai dan berteterima kasih kepada golongan profesional dan moderate yang bertungkus lumus meyakinkan pengundi Cina ( yg seblumnya sangat takut dengan PAS) akan menyokong dan memberi peluang kepada PAS. Usaha itu berjaya. Tapi dengan satu hari sahaja usaha yang bertahun-tuhan itu di musnahkan. Kita percaya selepas ini tidak ada lagi orang2 cina yang mahu memberi undi kepada PAS.


Wahai ulamak2 PAS , akui lah kamu tidak pandai berpolitik.  

1 comment:

  1. aku akan bertambah kesian dan sayu seandainya prolib masih ada lagi disitu(dlam pas) yang mana mereka2 ini pun tetap akan dimelukutkan juga.suara dan idea mereka2 ini akan ditong sampahkan.watak mereka2 ini tidak akan dihidupkan semula.proulama akan tahu seandainya watak mereka2 ini dihidupkan semula maka sudah tentu proulama akan kalah dalam berhujah.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA