Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, June 28, 2015

RAMADHAN KINI BULAN PEMBAZIRAN

Mengejutkan " Rakyat Malaysia Buang 270,000 Tan Makanan 

"Tidak Diusik" Sepanjang Ramadhan

Fenomena pembaziran' sering kali berlaku dan berleluasa pada setiap kali
menyambut Ramadhan. Ia merupakan sesuatu yang amat menyedihkan.
Sepatutnya bulan Ramadhan mendidik umat Islam berjimat cermat dan merasai
perit tanpa makanan. Akan tetapi yang berlaku ialah sebaliknya apabilamasyarakat 
Malaysia sanggup berbelanja besar dengan beraneka juadah makanan ketika tibanya 
waktu untuk berbuka puasa.



Setiap tahun untuk tempoh sebulan Ramadan, rakyat negara ini dilaporkan 
membuang 270,000tan makanan yang 'tidak diusik' dan boleh dimakan semula.

Syarikat menyelia sisa pepejal, SWCorp, berkata berdasarkan perkiraan itu, jumlah
makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang, enam kali ganda melebihi
populasinegara ini iaitu 27 juta.
Jika disusun longgokan makanan yang boleh dimakan, ia bersamaan dengan ketinggian
30 buahbangunan KLCC. Ketinggian KLCC ialah 452 meter.
Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, secara purata
setiap haripada bulan Ramadan sebanyak 9,000 tan makanan dibuang dan ia menjadi 
satu kebimbanganterhadap budaya pembaziran masyarakat negara ini.
"Sisa makanan adalah komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal, pada
45 peratus, malah kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa-sisa pepejal di negeri-negeri
bawah seliaan SWCorp telah mencecah RM1.4 bilion tahun lepas," katanya kepada
Bernama,baru-baru ini.
Ab Rahim berkata, setiap 9,000 tan makanan itu boleh dihidangkan kepada enam juta orang.
Justeru, katanya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pihaknya, antaranya mewujudkan
kerjasama pengusaha kedai makanan, hotel serta industri terlibat untuk menyumbangkan
makanan lebihan mereka kepada mana-mana badan kebajikan.
SWCorp menyelia sistem pengurusan sisa pepejal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Putrajaya, Pahang, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johanberpandangan antara punca utama berlakunya pembaziran 
makanan lebih-lebih lagi pada bulanRamadan disebabkan perkhidmatan bufet yang 
disediakan oleh setiap hotel dalam jumlah yang
banyak.
"Pemilik-pemilik hotel harus tegas dengan mewujudkan mekanisme untuk mendenda
pelanggan mereka yang membazirkan makanan. Kalau hotel buat mekanisme macam ini,
saya yakin pelanggan akan berfikir dua tiga kali nak membazirkan makanan," katanya.
Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Cheah Swee Hee berkongsi pendapat yang sama,
pembaziran yang berlaku pada bulan Ramadan adalah akibat daripada hidangan secara
bufet yang sering mendorong orang ramai mengambil makanan secara berlebihan.
"Dengan itu, persatuan kami bekerjasama dengan SWCorp dengan menampal poster-poster
khusus untuk mendidik orang ramai agar tidak melakukan pembaziran makanan terutama pada
bulan puasa.
"Kita kena didik, nasihat mereka dahulu sebelum mengambil langkah 'last resort' untuk
mendenda mereka yang membazirkan makanan," katanya.
Persatuan Hotel Malaysia mempunyai lebih 800 ahli di seluruh negara. - mStar online

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA