Tembelang Pengerusi Tabung Haji Terbarai? Walaupun semalam
Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahmam ( Gambar ) menafikan dana
kumpulan itu digunakan untuk urusan jual beli tanah 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) tetapi hari ini ketua pegawai eksekutifnya,
Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu untuk projek Tun Razak Exchange (TRX).
Johan berkata dana yang dilaburkan untuk tanah itu merangkumi pelan
kediaman menara yang bernilai RM188.5 juta bagaimanapun menafikan
syarikat itu membeli tanah lain daripada 1MDB untuk pembangunan TRX.
"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan
sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut," katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Beliau berkata RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu
adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia
dinilai badan penilai bebas profesional.
Johan berkata, cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan anak
syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan
positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.
“Langkah ini selaras dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
“Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko
dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci,” katanya.
Tembelang Pengerusi Tabung Haji Terbarai?
Sebelum ini, Azeez menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli tanah di TRX sebagai membantu 1MDB melangsaikan hutangnya.
"Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah diberi. At the end of the
day, the results that matter most," kata Aziz dalam Twitter.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari dalam
kenyataannya hari ini berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal
haji, LTH tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.
"Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil.
Gesaan sama dibuat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar), yang
mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana wang
amanah RM772 juta digunakan untuk membeli tanah pada harga berpuluh kali
ganda.
"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam
1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri?" soal Husam.
Katanya, dokumen mula tersebar di media sosial menunjukkan Tabung Haji seolah-olah penyelamat 1MDB.
Husam turut mempersoalkan mengapa LTH perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah kerajaan.
Katanya, pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4
juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta
kepada syarikat 1MDB.
Untuk plot kedua, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.
"Ini satu amalan yang ganjil," kata Husam.
No comments:
Post a Comment