Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, May 14, 2015

LUTH TERPALID DENGAN ISU 1MBD


IMBD telah berjaya mengheret LUTH dalam kancah pergelokan kewangannya. Rakyat mula mempertikaikan hutang yang di tanggong oleh syarikat ini dan bagaimana hutang ini harus di selesaikan, dan jalan mudah LUTH di " aniyaai " dengan jualan tanah yang berlipat ganda, tapi akhirnya, jenayah ini di ketahui oleh rakyat sebagai pendeposit kepada tabung tersebut.





Sdr. Rafizi ( gambar ) - SUA PKR, pernah menyuarakan hal LUTH di parlimen tapi ianya dapat " pekekan " dari UMNO khususnya Pengerusi Tabang Haji itu sendiri. Tapi dengan kehendakNya satu " billout " RM 188.5 juta dari LUTH telah di bayar kepada 1MBD hanya untuk suku ekar tanah sahaja.




Sejak sebuah blog mendedahkan Tabung Haji membayar sejumlah an RM188.5 juta untuk membeli 2 plot tanah seluas 0.63 hektar daripada 1MDB berbanding harga rendah dibeli syarikat itu daripada Putrajaya, maklumat mengenainya tersebar dengan meluas menimbulkan kegelisahan orang-orang Melayu yang majoritinya menyimpan wang di badan pengendali ibadah haji itu. 

Isu " bill out " ini sememangnya menyentuh sanubari pendeposite ( pendeposite semua Melayu ), menereka menyimpan atau menabung adalah untuk ke Tanah Suci - menunaikan Rukun Islam ke 5, tapi pihak berwajib menyalahgunakan simpanan tersebut dan akhirnya, Najib menasihatkan LUTH agar melupuskan tanah itu supaya nama Tabung Haji yang ditubuhkan bagi membantu orang Islam melaksanakan rukun haji, “tidak tercemar” kerana terlibat dalam transaksi perniagaan dengan 1MDB.

Dengan desakan dari semua pihak, termasuk kepimpinan UMNO itu sendiri akhirnyanya PM memberikan pengakuan agar Tabung Haji menjual semula tanah projek Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam iaanya dilakukan kerana takut dengan kemarahan orang-orang Melayu yang menyelamatkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum pada 2008 dan 2013 mungkin juga untuk PRU 14 nanti.



Empat “orang-orang penting”  ( gambar ) Tabung Haji pula didedahkan mempunyai peranan secara langsung dalam 1MDB. Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ( gambar bawah ) berkata semalam, mereka dinasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjual tanah di TRX bagi menghormati “sensitiviti” pendeposit tetapi mempertahankan pembelian itu, dengan berkata mereka menda pat pulangan tahunan sebanyak 9% daripada transaksi tersebut.

 

Persoalan yang timbul ialah kenapa harga tanah yang dijula semula itu hanya berkeuntungan pada 5juta sahaja sedangkan harganya ialah hampir 200 juta, ini persoalan yang perlu di jawab oleh LUTH dan PM sendiri. “Takkan modal RM100 juta untung RM5 juta sahaja?

" Sepatutnya berniaga modal RM1 juta untung RM5 juta. Ni kalau modal RM100 juta, sepatutnya untung lebih besar lagi .” - kelohan orang bodoh.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA