Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, April 11, 2015

POKOK BUKAN SEMUA SELAMAT DI GUNAKAN.

7 Pokok Yang Paling Berbahaya Di Dunia

Pokok merupakan tumbuhan yang banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia terutamanya dalam menghasilkan bekalan oksigen untuk semua kehidupan di Bumi..Ia juga sering dijadikan penghias landskap di kawasan bandar..Walaubagaimana pun, ada sesetengah pokok boleh memberikan mudarat kepada manusia yang berada berhampiran dengannya..Nak tahu apa pokok-pokok tersebut, meh usha kat bawah ni..


1. The Manchineel

Pada hari ini, pokok tersebut dikenali sebagai "manzanilla de la muerte" dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud "little apple of death". Apa yang menakutkan, buah pokok ini kelihatan sama seakan-akan seperti buah epal. Pokok ini boleh ditemui di sekitar kawasan Hemisphera Barat iaitu di Bahamas, Florida dan sekitar pantai Carribbean. Apa yang menjadikan tumbuhan ini berbahaya ada lah getahnya yang mengandungi bahan phorbol, yang boleh mendatangkan keradangan pada kulit yang serius. Manakala, sekiranya pokok ini dibakar, asapnya boleh menyebabkan pedih pada mata dan buta sekiranya terkena pada organ berkenaan. Buahnya pula mengandungi racun berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya dimakan.
2. The Apple Tree
  

Pada sebilangan orang, ia mungkin kedengaran pelik tetapi tumbuhan seperti epal boleh mendatangkan kemudaratan. Dengan memakan biji epal pada kadar yang berlebihan boleh membawa maut. Hal ini kerana biji epal mengandungi bahan Cyanogenic Glycosides, yang beracun. 

3. The European Yew

Pokok ini lazim ditemui di Eropah, Timur Tengah dan Afrika Barat-Utara. Semua bahagian tumbuhan ini adalah beracun dan boleh menyebabkan kematian. Satu-satunya bahagian pokok ini yang selamat dimakan untuk burung adalah aril merah yang mengelilingi biji benih. Terdapat kes-kes di mana mereka yang ingin membunuh diri akan memakan biji benih pokok ini. Bahan toksik pada tumbuhan terdiri dari bahan yang dikenali sebagai taxanes.

4. The Doll's Eye

The Doll's Eye merupakan tumbuhan ganjil yang mempunyai rupa yang pelik. Tumbuhan ini amat berbahaya kerana mengandungi toksin kardiogenik, yang membawa kesan sedatif ke atas otot jantung. Ia boleh mengakibatkan sakit pada jantung yang selalunya berakhir dengan kematian. Habitat tumbuhan ini adalah dikawasan hutan campuran dan hutan berkayu keras. Ia boleh mencapai ketinggian kira-kira 2 kaki dan 3 kaki diameter. Ia boleh ditemui di kawasan Amerika Utara.

                                                          5. The Stinging Tree


Tumbuhan berbahaya ini berasal dari Indonesia dan Queensland di Australia. Ia boleh menyebabkan kematian dengan hanya menyentuh mana-mana bahagian tumbuhan berkenaan. Pokok ini merupakan spesies Dendrocnide. Ia boleh membesar sehingga 131 kaki serta mempunyai bulu-bulu halus pada daunnya yang boleh menyebabkan tindak balas yang teruk pada kulit. Masyarakat asli Australia menggunakan tumbuhan ini untuk membuat garisan dan jaring.

                                                             6. The Suicide Tree


Pokok ini mendapat namanya berikutan ramai orang akan memakan buahnya bagi tujuan membunuh diri. Nama saintifik tumbuhan ini adalah Cerbera Odollam dan ia boleh ditemui di India dan kawasan Asia Selatan. Kawasan berpaya merupakan zon prolifik yang sesuai untuk hidupan ini. Bunganya berwarna putih cantik dan buahnya seakan-akan buah mangga apabila matang. Buah-buahan pokok ini mengandungi bahan cerberin iaitu toksin kuat yang menyebabkan gangguan pada rentak jantung dan kematian. Walaubagaimana pun, pokok ini digunakan untuk membuat deodoran dan racun boi-serangga.

7. The Sandbox Tree


The Sandbox Tree merupakan spesies Hura Crepitans dan boleh ditemui di Asia Selatan dan Amerika Utara. Ia mempunyai batang berwarna gelap dan duri-duri tajam. Ia juga boleh mencapai ketinggian 200 kaki manakala daun nya yang bujur boleh mencapai ukuran 2 kaki lebar. Buah-buahnya menggunakan agen cambahan berupa letupan bagi menyebarkan biji benih. Kelajuan biji benih selepas meletup boleh mencapai kelajuan setinggi 70 meter per saat, merupakan sesuatu yang berbahaya pada manusia. Pokok ini turut menghasilkan sap getah yang mempunyai tahap racun yang tinggi.

                               p/s: Jaga-jaga kalau berkunjung ke negara orang,
                           pokok kat sana bukan nak sama macam pokok kat sini
drysheet

2 comments:

  1. The Suicide Tree, atau dikenali sebagai pokok pong-pong ada ditanam di Malaysia sebagai pokok hiasan jalan.

    Pokok manjakani pun cukup bahaya... ada kenalan sengaja merebus daunnya dan minum... serta merta rasa pening.

    ReplyDelete
  2. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA