Dari Meja A Kadir Jasin
GST bukan jenaka, lawak, tipu
atau olok-olok April Fools. Itu bukan kata saya. Itu kata Timbalan Menteri
Kewangan, Ahmad Maslan.
Dalam bahasa orang putih dia
kata: "This is not an April Fool's joke, GST will be implemented."
(Ini bukan jenaka April Fools,
GST akan dilaksanakan.)
Ahmad Maslan: GST (6%) bukan olok-olok |
Tidak siapa pun, kecuali “fools”
(orang bangang*) menganggap Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebagai jenaka,
lawak, tipu atau olok-olok.
Semua orang yang siuman,
termasuk kanak-kanak sekolah, dan orang yang tidak nyanyuk tahu bahawa
menjelang 12 tengah malam ini, bersamaan 1 April 2015, GST akan dikuatkuasakan.
Selamat menunaikan tanggungjawab
membayar GST.
Saya kurang pasti sama ada
perkhidmatan menggunting, mendandan dan mewarnakan rambut serta membuat rawatan
kuku tangan (manicure) dan kuku kaki (pedicure) di rumah dikenakan GST.
Gambar hiasan: Mewarna sendiri tak kena GST |
Kalau hendak tahu, tanyalah
Ahmad Maslan. Tapi kalau tidak yakin juga boleh tanya Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek.
Kalau kena GST tentu membebankan
sebab khabarnya khidmat mewarnakan rambut di rumah memakan belanja hingga
RM1,200. Kalau RM1,200 GSTnya RM72. Jadi kos mewarnakan rambut di rumah mulai
tengah malam ini RM1,272.
Tak yakin Ahmad Maslan tanya Hasan |
[Tuan punya salah
sebuah kedai kopi yang kerap saya kunjungi memberitahu mulai 1 April dia akan
mengenakan GST 6%. Sebelum ini dia tidak kenakan apa-apa cukai.]
Jangan mungkiri janji GST |
Harap-harap benarlah ikrar GST
yang berbunyi “membangun dan maju bersama” selaras dengan slogan Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kerana GST adalah cukai yang terangkum
(inclusive). Siapa berbelanja, tak kira miskin atau kaya, akan kena.
No comments:
Post a Comment