Kehadiran
Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke rumah bapa Datuk Seri Anwar
Ibrahim, (Pak Brahim) untuk menziarahi jenazah Pak Brahim tidak ramai
diperkatakan orang. Mungkin orang menganggap pemergian itu biasa
sahaja, dan satu kebetulan.
Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi
alasan kedatangan Mahathir itu kerana bekas PM itu kenalan lama bapa
mertuanya. Tidak ada keterangan lanjut dari itu. Apakah sebelum ini
Mahathir ada menziarahi Pak Brahim atas hubungan disebut Wan Azizah
itu?
Di rumah Pak Brahim itu, Mahathir hanya berada sekejap
sahaja, tetapi isterinya mengambil sedikit masa untuk berbicara dengan
Wan Azizah. Apakah Siti Hasmah ada membawa mesej atau pesan tertentu
daripada suaminya untuk suami Wan Azizah?
Manakala Zahid
pula sempat khatam surah Yassin untuk disedekahkan kepada roh Pak
Brahim. Body language yang ditunjukkan Zahid menerusi foto yang diambil
menampak akan ketidakselesaan menteri KDN itu.
Kedatangan Mahathir
dan Zahid lebih awal daripada ketibaan Anwar dari penjara Sungai
Buloh. Mungkin sudah dirancang demikian rupa untuk tidak bertembung dan
berlaku insiden dramatik. Mahathir sejak memecat Anwar pada 3
September 1998 tidak pernah bertemu dengan Anwar dari dekat.
Mustahil kedua mereka tidak tahu jam berapa Anwar akan tiba di rumah
bapanya. Setiap pergerakan Anwar sudah pasti dimaklumkan kepada pihak
berkuasa khasnya menteri. Zahid selaku menteri KDN mesti mendapat
maklumat jelas dari Sungai Buloh. Dan sudah pasti juga Zahid akan
memberi tahu Mahathir. Ertinya mereka sengaja untuk tidak bertemu Anwar
agar tidak menjadi bahan berita sensasi.
Bagi saya kedatangan
kedua mereka, terutamanya Mahathir dan isteri ada cerita yang tidak
terungkap. Mahathir tidak sengaja datang sesuka hati begitu sahaja. Dia
boleh mencari alasan untuk tidak menziarahi jenazah Pak Brahim. Dia
boleh mengirimkan al Fatihah di angin lalu atau membuat belesungkawa
dalam blog. Tetapi kenapa beliau hadir secara fizikal. Apa yang hendak
dipamerkan?
Apakah ada perkembangan terbaru dalam hubungan
beliau dengan Anwar. Ada cerita baru yang hendak dibuka. Sejarah lama
menyebut, Anwar pernah membantu Mahathir memperkukuhkan Umno. Apakah
bantuan itu diperlukan Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib
Razak? Dalam berhadapan dengan Najib, Mahathir nampak kesukaran sedikit
sedangkan nafsunya membuak-buak.
Anwar dan Mahathir ada
maksud sama mengenai Najib. Jatuh dan singkirkan anak Tun Razak Hussein
itu. Jangan kita berfikir Mahathir pernah menganiaya Awnar maka mereka
tidak boleh kembali bersama. Kita kena terima dalam politik apa sahaja
boleh berlaku. Tidak ada apa-apa yang mustahil dalam politik.
Begitu juga dengan Zahidi, dia tidak sengaja datang kalau tidak membawa
apa-apa motif. Atau beliau sudah tentu tahu akan ada persepsi dengan
kehadiran itu. Zahid boleh beri alasan Pak Brahim adalah jiran
setamannya dengannya. Kehadiran itu tidak penting baginya kerana ia
boleh memusnahakan kepercayaan Najib kepadanya. Tetapi kenapa beliau
hadir? Persoalan matemetik ini belum dijawab.
Apakah dia sudah
memaklumkan kepada Najib akan kehadiran itu. Report kepada Datin Seri
Rosmah Mansor sepertimana dia memberi tahu Najib yang dia berjumpa
dengan Anwar di luar negara? Atau pun bercakap dengan Anwar menggunakan
perantaraan?
Dalam melihat kedatangan Mahathir dan Zahid ke
rumah bapa Anwar itu bagi saya ia ada cerita tersendiri. Kejadian itu
bukan secara sengaja, tetapi disengajakan. Ketepatan sangkaan saya ini
benar, apabila malam kelmarin seorang pemimpin tertinggi sebuah parti
Pakatan Rakyat membisik kepada saya; ada perundingan antara Mahathir
dengan Anwar. Oh stop dulu. [wm.kl. 8:37 14/04/15] Bersambung... –
msomelayu.blogspot.com,
No comments:
Post a Comment