Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, March 21, 2015

HUDUD - PAS & UMNO MASIH TAK SEFAHAMAN.

Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang.

 
Pergeseran untuk menerima undang-undang Kanun Jenayah Syariah ini bukan setakan untuk di halang ke parliment tapi kalangan kepimpinan UMNO sendiri seolah-olah tidak seia sekata. Ini jelas di buktikan dengan kedua-dua parti tersebut  masih berbelah bagi dalam menyatakan sokongan untuk membolehkan Enakmen Kanun Syariah II Kelantan 1993 berkuatkuasa.

 
YB Hj. Mat Alwi - Kok Lanas 
Ketua Pembangkang.

Bagi kepimpinan UMNO di Kelantan melalui ketua pembangkan YB Hj. Mat Alwi yang juga ADUN Kok Lanaas menerima dengan lenangan air mata perubahan rang undang-undang tersebut, ADUN UMNO di Kelantan sebulat suara menyokong pindaan tersebut.

Selian beliau, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek ( gambar bawah ) berkata, Umno akan menyokong kerana ia merupakan sebahagian dari Islam.


"Umno tidak boleh dilihat menentang apa sahaja yang dituntut oleh Islam, dan kita sentiasa berpendirian sebegini,” katanya MP Kemaman itu.

“Sekiranya undang-undang ini didapati mematuhi rukun Islam, maka Umno akan menyokongnya,” katanya.

Sementara itu, MP Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed pula berpendapat, pelaksanaan hudud bukan satu keutamaan pada masa ini.



"Saya sentiasa berpegang pada pendirian saya bahawa hudud tidak harus dilaksana pada masa ini.

"Mereka sepatutnya menumpukan pasa usaha membangunkan Islam dan bukannya menghukum orang Islam,” katanya kepada pemberita di Parlimen.


Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara itu berkata, banyak lagi isu penting yang perlu ditumpukan oleh kerajaan Kelantan seperti isu hak wanita dan pembangunan infrastruktur.


"Di Kelantan, wanita tidak boleh pergi ke panggung wayang dengan pasangan berlainan jantina kerana mereka perlu duduk berasingan di dalam panggung.


"Mereka tidak boleh duduk bersama dan ini tidak adil bagi wanita. Kita perlu buat perkara lain yang dikehendaki oleh Islam seperti membangunkan negara dan memberi hak kepada wanita,” katanya.


Kelantan berhasrat untuk menggubal perubahan tersebut melalui satu rang undang-undang persendirian memandangkan hukuman hudud seperti potong tangan dan rejam melampaui kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Mahkamah Syariah.


 

Pengerusi Majlis Penyokong BN Tan Sri Shahrir Samad ( gambar ) semalam mengesahkan bahawa para MP di kalangan gabungan parti itu boleh mengundi “mengikut hati nurani sendiri”.


Kalangan anggota BN dari Gerakan  MCA, masing-masing dengan seorang dan tujuh orang MP, menyatakan pendirian mereka menentang pelaksanaan kanun syariah itu.


Nur Jazlan juga berkata, Rang Undang-Undang Persendirian itu mungkin tidak akan berjaya melepasi persidangan Dewan.


"Mana-mana rang undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan akan ditolak oleh Speaker secara automatik kerana MP tidak dibenarkan untuk meluluskan undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan,” tambahnya.


Kita hanya mampu berdoa moga-moga hasrat PAS dari Kelantan ini membuahkan hasil  yang dapat menjaminkan keadaan di Malaysia terkawal dengan perundangan Islam.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA