Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, February 27, 2015

PRK N06 - BN BAGI BAGI BYE


 Inilah politik, ianya akan berubah bila masa sampai masanya, dan walau pun kata-kata " politic is the way of killing or being kill ) ianya memang menjadi kenyataan, kita lihat sahaja bagaimana intemnya Najib, Mahyuddin dan Anwar semasa Anwar menjawat jawatan TPM bersama Mahathir, tapi bila DSI di sisihkan keretakan dalam Team Wawasan ini amat menyerlah sekali dan kini kedua-dua mereka saling dendam antara dua team. dan UMNO pula sedang terkial-kial untuk mencari kedudukan untuk memastikan perjuangan parti tertua itu.

Kini UMNO sedang asyik mencari formula bagaimana untuk berbaik semula dengan PAS - hanya dengan PAS melalui Kerajaan Perpaduan mungkin UMNO akan selesa semula di persada perintahan khusus menjelang PRU14. Gosip antara kedua kepimpinan terus membara mencari formula bagaimana untuk menjadi " perpaduan " tersebut.

Kekencangan taufan " UG " ini dikuatkan dengan musibah banjir yang menimpa negara tempoh hari dengan Kelantan sebuah negeri yang paling menderita sekali. Keadaan mantan MB YB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang juga sering keluar masuk hospital di jadikan " marking point " kalangan ahli politik untuk berusaha ke arah tersebut.

Kembalinya Tuan Guru telah membuka versi baru UG ini di mana Pengerusi Perhubungan UMNO negeri sendiri mencadangkan agar DUN Chempaka tidak di tandingi malahan tak sesuai untuk di tandingi semata-mata untuk memberikan penghormatan kepada penyandangnya.

 
 

"Majlis Tertinggi (Umno) mengambil keputusan untuk tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil N06 Chempaka," kata Najib pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas mempengerusikan mesyuarat Umno malam ini. Banjir yang baru melanda Kelantan tempoh hari di jadikan alasan besar untuk tidak bertanding.

 " Pertama kita hendak tumpukan kepada kerja-kerja pemulihan banjir dan pembaikan di mana kerja tersebut masih sedang berjalan, juga memastikan setiap bantuan di agihkan mengikut keutamaan " kata beliau.

"Kedua, kita fikir kita perlu lihat kepada usaha membawa perpaduan ummah walaupun kita ada perbezaan politik dan sebagainya, tetapi kita perlu berikan keutamaan kepada perpaduan ummah," katanya.

Pengumuman ini juga menimbulkan satu lagi 
spekulasi mengenai kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA