Mungkin ramai orang lupa isu pokok negara ini ialah isu kempimpinan atau secara lebih tepat, ketiadaan nya. Akibat nya, pengurusan berkerajaan jadi huru hara. Si eksekutif duduk joli sana joli sini, membisu seribu bahasa kerana dia fikir, membisu itu sunyi mulia. Dia merengek dan kememe tak dapat tidur malam dan dijangkiti e- coli. Sultan Kelantan berendam dalam air dan makan dengan mangsa banjir ok pulak.
Najib akan suka isu kepimpinan nya dan keruntuhan pentadbiran nya digerhanai oleh isiu2 seperti isiu Eric Paulsen menghina khutbah; kita orang Islam nak paranoid sangat kenapa? itu pandangan nya dan kita orang Islam mesti dewasa dalam fikiran; jika orang Islam hentam agama lain mungkin dalam atau tidak dalam khutbah, maka mereka mesti menduga mesti ada reaksi balas - orang lain akan mengecam Islam sama ada kerana mereka sengaja melakukan atau kerana mereka jahil. Jika jahil dan bodoh suatu jenayah- ramai orang Melayu masuk jel. kalau Paulsen salah caj dia dalam mahkamah. Tapi kerajaan mesti lah jawab mengapa Ibrahim Ali yang menganjur membakar Injil tidak dicaj dalam mahkamah dan tidak didakwa bawah akta hasutan?
Atau paling dibisingkan sekarang isiu gadis Melayu bertudung diciumi oleh penyanyi k-pop. Haramkan sahaja konsert oleh penyanyi bukan Islam- bawa masuk ke Malaysia kumpulan dan penyanyi Arab dengan tarian gelek padang pasir.
Mesti ada sesuatu yang tidak kena- gadis2 ini hasil system social kita( ekonomi, pendidikan , politik dan agama). Kem ibadah berlambak, program agama bersusun susun, ustaz petah dan galak bercakap- budak2 Islam masih ramai mahu pergi konsert, makan dadah, dan melakukan maksiat. Mungkin ada pertalian positif antara kegiatan keagamaan Islam dengan perbuatan maksiat? Iaitu lagi banyak program Islam, lagi banyak perbutan maksiat.
Anak siapa mereka- anak orang kaya? Anak orang berpendidikan? Anak emak dan bapak kerajaan hantar kursus ke England, US dan lain2? Anak ustaz? Kalau gadis2 muda ini diciumi oleh Maher Zain bagaimana? Kita InsyaAllah InsyaAllah? Atau diraba dan di peluk oleh kumpulan nasyid popular bagaimana?
Kita jangan alihkan pandangan kita daripada isiu kepimpinan Najib yang lemah- itu isiu yang paling penting. Isiu pimpinan yang lemah melibatkan masa depan seluruh negara. Jika dia lemah dan bebal, kesan nya ialah kepada seluruh negara.
Ekonomi kita misalnya- lebih tenat dibawah penjagaan Najib. Tapi tidak ada orang bising. Kumpulan penjaga kepentingan ekonomi Melayu lupa UMNO menjalankan dasar dan polisi bahkan semenjak tahun 1970 melancarkan agenda ekonomi Bumiputera. Berapa lama lagi masa yang UMNO perlukan? Selamanya pun tidak berguna jika fundamental dasar itu tidak betul.
apa akan jadi kepada bajet 2015 kerana sekarang hasil dari minyak mentah yang berharga kurang dari USD50 setong, tentulah cukai dan sumbangan dari Petronas akan merudum. Isiu akibat reseb asing yang berkurang keatas negara kita, kemerosotan nilai wang kita, barang buatan Malaysia akan jadi murah tapi adakah permintaan untuk nya yang akan melonjakkan pendapatan Negara? Dan orang yang menjadi menteri kewangan sebab dia kemaruk nak control semua ialah Najib.
Isiu 1MDB- 1 Malaysia Dalam Bahaya bagaimana dengan hutang yang dijamin kerajaan yang mencecah RM42 billion, berapa kali tukar CEO da…dan akaun syarikat yang lambat dikeluarkan. Jika CEO baru kata RM2 billion sudah di redeem sepenuhnya- redeem itu apa maksudnya? Sudah dipulangkan oleh pengurus dana? Kita tidak lagi percaya kenyataan yang dikeluarkan oleh 1MDB- kita mahu dengar apa kata Bank Negara. Tanggungan kerajaan atas pelaburan 1MDB bagaimana pula?Bagaimana nasib pemegang syer FGV yang sekarang sekitar RM2.13?
Sudahkan semua syarikat besar yang tidak bayar cukai bernilai ratusan juta dan mungkin berbiliun diatasi? Mungkinkah GST yang akan beroperasi sebagai pukat harimau itu bertujuan menutup kelemahan atau keengganan kerajaan mengutip cukai yang tidak dibayar oleh sector korporat?
Isu rasuah yang makin meningkat bagaimana? Adakah cukup untuk mengatakan bahawa rasuah itu hanya persepsi? Rasuah itu real bukan persepsilah Dol- keadaan ekonomi yang makin parah, agihan pendapatan yang makin tidak adil. Semua ini berpunca dari kualiti kerajaan dan standard pengkerajaan yang rendah yang semuanya pula berpunca dari kepimpian Najib yang koro.
Ini isiu yang dibangkitkan oleh tokoh seperti Dr Mahathir dan orang seperti Daim Zainudin. Saya baca apa yang ditulis oleh rakan restoren Rajoo Tun Daim- Kadir Jasin dan saya suka kalau lasykar siber UMNO terus menggasak Daim. Mudah2an Daim akan meninggalkan Najib dan tanpa Daim, Najib akan hilang tali hayat nya yang akhir yang dapat mengendurkan serangan Dr Mahathir. Dr Mahathir slow sedikit mungkin sebab dinasihati oleh Daim. Jadi hentamlah lagi Daim itu samdol! Tingkatkan lagi kebangangan.
Akibat dari pimpinan yang lemah dan tandus, terdapat reput yang merebak luas yang menyumbang kepada kemerosotan umum.
Sebaliknya kita sibuk dengan isiu gelagat beberapa gadis Melayu yang bertudung dicium oleh penyanyi k pop. Maka timbulah tiori konspirasi ang menyatakan bajhawa penyanyi2 k pop ini adalah ejen Kristian dan pengkristianan. Tidak ketinggalan ejen Mossad. Penceritaan bangang seperti jangan dilayan oleh orang Melayu.
Berapa orang sudah jadi Kristian akibat k- pop ini. Sepatutnya yang menjadi tumpuan ialah kenapa gadis melayu bertudung menjerit terpekik terlolong bila dengar nyanyian k pop dalam Bahasa yang mereka bukan nya faham.. anak muda melayu yang bertudung dan tidak bertudung hanya bereaksi akibat darah muda sahaja. Janganlah lah kita membaca gadis2 muda ini seolah olah mereka ahli falsafah yang jalan sana sini sentiasa memikirkan apa orang politik dan orang dewasa fikirkan. Ini orang muda yang bereaksi akibat darah muda. Janganlah kita pulak, yang semasa muda dahulu mungkin lebih pelesit, mak bapak suruh belajar kita menyetan , sekarang apabila sudah dewasa dan berada dalam pertubuhan nak berfalsafah dan berkhutbah mengenai kehidupan. Jangan lah kita tiba2 ada honour killing punya mentality dan mahu menghukum anak2 muda. Salahkan mak bapak mereka, salahkan persekitaran mereka. Jangan kita galak hendak membetulkan tingkah laku anak muda dengan menyalahkan pihak lain.
Disebabkan pimpinan yang lemah yang tidak tahu bila menggunakan ketegasan, kita lihat reput atau decay dalam insitusi dan pusat2 kekuasaan kerajaan. Kita lihat bagaimana jabatan, bahkan kementerian beroperasi secara bersendirian yang menampakkan kerajaan ini tidak ada coherence dan cohesiveness. Akibat nya, jabatan dan kementerian beroperasi secara tidak terkawal.
Apabila Muhyidin kata cabinet tidak tahu mengenai surat perakuan Zahid Hamidi kepada seorang yang diketahui melakukan kesalahan undang2 dan pekara ini terdedah- keengganan PM untuk censure Zahid amat mengejutkan. Ianya menandakan bahawa PM sebagai pemimpin teratas tidak mengkomunikasikan pendirian dan dasar2 kerajaan nya sendiri. Para menteri , jabatan, kementerian tidak cukup ditarbiyahkan.
Di UK dan di negara demokrasi matang yang lain ketua polis atau Chief Constable tidak bercakap mengenai soal2 dasar atau polisi. Pihak Polis ialah penguatkuasa undang2 bukan jurucakap dasar dan polisi kerajaan. Jika kekucar-kaciran telah menular ke peringkat jabatan2, ini menandakan bahawa system berkerajaan kita sedang mengalami kerosakan yang dasyat.
JIka kita cari punca nya, kita akaN bertemu nama Najib Razak, PM yang tak buat apa apa.
sakmongkol ak47
No comments:
Post a Comment