Gambar sekedar hiasan sahaja
Sifat
qana'ah ialah sifat orang yang sentiasa rasa sudah cukup segala
keperluan hidup. Sifat inilah yang terdapat dalam diri para sahabat
Rasulullah s.a.w. seperti Saiyidina Umar r.a.
Sewaktu
Saidina Umar r.a. mula-mula dilantek menjadi Khalifah beliau masih
menjalankan perniagaannya seperti biasa di pasar sehinggalah kepada
suatu pagi beliau ditanya oleh seorang sahabat, 'Bukankah Tuan sudah
bergelar Khalifah dan pasti banyak urusan umat dan negara yang perlu
Tuan perhatikan. Bukankah lebih baik perniagaan ini Tuan wariskan kepada
anak Tuan dan Tuan sendiri menjalankan tanggung-jawab sebagai seorang
Khalifah sepenuhnya. Tuan boleh mengambil sedikit wang dari Baitulmal
sebagai upah atau bayaran gaji Khalifah dan tak perlu lagi berniaga di
pasar.''
Setelah
berfikir panjang maka Saiyidina Umar r.a. bersetuju meninggalkan
perniagaannya dan menumpukan tugasnya sebagai Khalifah. Tapi dengan
syarat upahnya dia sendiri yang tentukan. Maka mulai hari itu Saiyidina
Umar r.a. menumpukan pekerjaannya sebagai Khalifah dan gajinya ialah
hanya sekedar cukup keperluannya sepertimana dia berniaga di pasar. Para
sahabat yang menjaga wang Baitulmal bersetuju dengan permintaannya
berkaitan dengan upah atau gaji sebagai Khalifah tersebut.
Suatu
hari ketika pulang dari urusan sebagai Khalifah beliau mendapati
isterinya menghidangkan kueh-mueh dari manisan yang agak mahal lalu dia
kehairanan dari manakah isterinya memperolehi wang untuk membeli kueh
manisan tersebut. Lalu isterinya menjelaskan bahawa hasil jimat-cermat
belanja pasar dikumpulkan setiap hari kedalam tabung dan bila sudah
banyak dibelanjakan pula wang itu untuk membeli kueh manisan itu.
Saiyidina
Umar r.a. berpendapat bahawa gaji yang diterimanya sebagai Khalifah
berlebihan sehingga isterinya mampu menyimpan wang belanja hariannya
kedalam tabung lalu beliau menemui sahabat-sahabat yang menjaga gajinya
serta meminta agar gajinya dipotong sedikit. Para sahabat yang menjaga
Baitulmal terpaksa akur dengan permintaan Khalifah yang meminta gajinya
dikurangkan.
Gaji yang
kurang yang diterima Saiyidina Umar r.a. sebagai Khalifah telah
merunsingkan hati para sahabat lalu mereka bersepakat untuk menaikkan
gaji beliau, namun diantara mereka tiada seorang pun yang berani
memaklumkan perkara tersebut kepada Khalifah. Lalu mereka bersepakat
meminta anak Saiyidina Umar r.a. yang bernama Hafsah untuk memberitahu
kepada bapanya akan cadangan menaikkan gaji Khalifah.
Maka
ketika tiba masa yang sesuai Hafsah pun memaklumkan kepada bapanya
cadangan Baitulmal untuk menaikkan gaji beliau sebagai Khalifah.
Saiyidina Umar r.a. begitu marah sehingga beliau mengeluarkan ancaman
mahu menampar muka orang yang mencadangkan kenaikan gajinya. Namun
Hafsah tidak berani menyatakan siapakah yang mencadangkan.
Begitulah
kisah qana'ah sahabat Rasullah s.a.w. yang khuatir dengan upah atau
kenaikan gaji yang lebih dari keperluan hidup. Hari ini rata-rata
pembesar negeri berebut-rebut untuk mendapatkan kenaikan gaji. Ada
sebahagian sanggup membuat fitnah, sanggup pijak memijak demi kenaikan
gaji atau upah.
Kesimpulannya
kebanyakan kita tiada sifat qana'ah seperti yang ada dalam diri para
sahabat r.a. Lalu bagaimanakah kita di Padang Mahsyar nanti yang hendak
berdepan dengan Penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w. serta membiarkan Nabi
s.a.w. membaca setiap tulisan yang berkaitan dengan kita. Bagaimanakah
perasaan dihati Rasulullah s.a.w. ketika itu?
Marilah
kita mulakan menyemai rasa qana'ah dalam diri setiap kita. Usahlah kita
sibuk memandang harta dunia sebab semua itu cuma perhiasan sementara.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan
...
ReplyDeletePemimpin BN Sindir Anak Muda Pahang TerLAJAK BODOH!
Kenapa?
Anak Muda Pahang Kecik Hati dan Merajuk..
Kerana UMNO - Setiap Anak Pahang tanggung HUTANG!
* Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.
Saya Ulang..
Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.
Sumber Berita
>> Sumber 1 <<
>> Sumber 2 <<
...
Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO... Jahat dan tiada hati perut langsung!!... Kesian Betul!!
( Lihat Bukti Di Youtube )
https://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE
https://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04
https://www.youtube.com/watch?v=0tRzqwkqrC0
https://www.youtube.com/watch?v=0NuxFlS80bg
https://www.youtube.com/watch?v=SviwJnhNA-Q
https://www.youtube.com/watch?v=RowxovebgI4
Sumber Berita
>> Klik Di Sini <<