Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, December 8, 2014

SHEIKH NURUDDIN DI GAM - KENAPA?


Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan JAKIM yang menyekat aktiviti dakwah ulama terkenal, Sheikh Nuruddin Al Banjari.
Presiden ASWAJA, Zamihan Mat Zain berkata, beliau merupakan salah satu ulama. Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan sekatan itu dipercayai dibuat apabila ada pihak tertentu mendakwa beliau memberi kenyataan berbaur politik dan cuba menjejaskan keharmonian umat Islam di negara ini.
"Sheikh Nuruddin Al Banjari merupakan seorang tokoh ulama ASWJ tulen yang memiliki ketinggian ilmu dan diperakui kesolehannya di rantau nusantara.
"Justeru, tindakan menyingkirkan beliau merupakan komplot terancang yang diatur oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Ini kerana kemungkinan mereka merasa bimbang penegasan dan teguran yg dilakukan Sheikh Nuruddin Al Banjari terhadap isu-isu yang bertentangan dengan dasar akidah dan syariah boleh menggugat kredibiliti mereka," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zamihan, sewajarnya pihak JAKIM mengadakan perbincangan dengan Sheikh Nuruddin  Al Banjari terlebih dahulu sebelum mengeluarkan perintah larangan.
"Perbincangan harmoni dari hati ke hati pastinya memberi ruang dan peluang kepada kedua pihak untuk menghasilkan solusi terbaik demi Islam dan kepentingan umatnya.
"Sekaligus berupaya untuk mengelakkan fitnah terhadap Sheikh Nuruddin Al Banjari dan agensi agama di negara ini," katanya.
ASWAJA juga kesal mengapa pihak JAKIM begitu cepat bertindak terhadap tuduhan sebegitu terhadap tokoh ASWJ sedangkan amat perlahan pula untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran fahaman bertentangan dengan ASWJ seperti Wahhabi, Syiah dan lain-lain ajaran sesat.
"ASWAJA yang berpegang teguh kepada akidah ASWJ akan terus membela dan mempertahankan tokoh Islam nusantara itu dan berharap NGO Islam lain juga turut sama menyokong beliau dalam usaha menyebarkan dakwah demi survival umat Islam di Malaysia dan nusantara. ~malaysia gazzette

Addin:

Apa bukti JAKIM sehingga Sheikh Nuruddin Al Banjari diperlakukan sebegini? JAKIM bertindak untuk kepentingan agama atau kepentingan politik untuk parti pemerintah?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA