Perhimpunan UMNO untuk 2014 memperjelas dan mengesahkan bahawa memang UMNO berbelanja " sakan " untuk memastikan rakan pembangkang dapat di tohmah dengan pelbagai isu, kita masih ingat dengan Popogomo, sah dan di dapati bersalah kerena memfitnah. Tapi malang, akhirnya UMNO khususnya Najib terperangkap dengan langkah dan buruk perangai blogger itu sendiri. Kita hayati apa kelohan PM terhadap tugasan yang diamanahkan.
Inilah kelohan PM di perhimpunan tersebut.
Inilah kelohan PM di perhimpunan tersebut.
MUNGKIN sudah sampai tahapnya Najib hilang sabar kepada para pencacai yang diupah sebagai Blogger parti keris telanjang tidak bersarung itu. Semenjak dua penggal PRU kebelakangan ini, ternyata blogger-blogger upahan ini hanya makan gaji buta.
Langsung tidak membantu parti warisan
penjajah ini. Paling menyakitkan jiwa raga Najib adalah, sudahlah tidak
membantu tetapi 'menumbuk' dan 'menerajang' pemimpin sendiri
Ertinya ramai Blogger hentam pimpinan sendiri dari menghentam pemimpin Pembangkang. Makan gaji dari siapa? Siapa bayar? Memang anda bangang, itu luahan emosi Najib kepada para pencacai Blogger upahan ini.
Sebenarnya mahu salahkan Blogger upahan itu pun tidak boleh juga. Bukan
mereka tidak mahu untuk menyerang Pembangkang atau pimpinan mereka,
tapi apa modal untuk menyerang pimpinan Pembangkang? Mahu serang Anwar?
Sudah berapa kurun mereka asyik 'taji' Anwar? Apa kesannya? Adakah sokongan kepada Ketua umum PKR itu semakin merosot?
Apakah PR semakin terjejas? Jelas, tujuh Kerusi Parlimen Bn telah
berjaya dirampas di dalam PRU 13 yang lalu. Sejumlah 53% rakyat negara
ini menyokong PR, ertinya projek menfitnah Anwar gagal samasekali.
Pemimpin PAS, Hj Mustafa Ali juga difitnah dengan isu yang mengaibkan, namun apakah rakyat percaya kepada cerita lucah lagi?
Jika Blogger upahan ini mahu mencari isu lain seperti isu
penyelewengan, rasuah dan sebagainya, sampai berjangut rasanya mereka
tidak jumpa.
Mana ada pimpinan di dalam PR yang terlibat di
dalam kes jijik itu? Mana dia MB/KM dari PR yang boleh dikaitkan dengan
penyelewengan? Tiada.
Adun-adun dari PR pun tiada. Maka, tiada
jalan lain kecuali cipta isu seks dan peribadi untuk dijadikan modal
dengan harapan Najib pasti seronok dengan kerja bodoh mereka itu.
Malangnya, Najib sedar rakyat tidak bodoh mahu disuapkan dengan cerita
lucah. Sebab itulah Najib 'bangang'kan balik Bloggers yang memang sedia
bangang itu.
Sehubungan itu, ayuh Bloggers pro Bn, kembali kita ke pangkal jalan. Sampai bila kamu mahu makan gaji haram hasil fitnah?
Takkan kamu sanggup masuk Neraka hanya kerana mahu jaga Najib dan pandanya itu?
wfauzdin.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment