Ini rupanya kerja para pejuang hidup melayu ni. Pejuang kalimah Allah
dan pejuang akidah melayu buat kerja macam ni???? Macam tak percaya tapi
Guan Eng dah kasi togel itu pejuang hidup melayu... wakaka
GEORGE
TOWN, 3 SEPTEMBER: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual
sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan
750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.
Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan
medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan
Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.
Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan
tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO
Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan
sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada
tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi ‘broker tanah’ bagi 31
pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.
Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional
telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki
persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki
persegi.
Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender
terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya
mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.
“Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu”.
“Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990
dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan
sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1
sekaki persegi.” Kata Guan Eng.
“Lebuhraya Jelutong pula, dibawah perjanjian bertarikh 1997, 2002 dan
2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah
sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran
RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos
RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah”. Jelas Guan Eng dalam kenyataannya.
Jumlah ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi,
pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005
hingga 2015.
Guan Eng turut mengulas bahawa, pemimpin Barisan Nasional, termasuk
Pengerusi BN Teng Chang Yeow, enggan memberi penjelasan tentang
keuntungan RM5 juta yang dikaut oleh pemimpin UMNO sebagai broker tanah
atau kenapa tanah negeri dijual dengan begitu murah semasa mereka masih
berkuasa.
“Jika pemimpin-pemimpin BN boleh menjual tanah dengan begitu murah
semasa berada di tampuk kuasa, apakah mereka tidak akan melakukannya
lagi sekiranya kembali berkuasa?” ujar Guan Eng. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment