Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, December 18, 2014

MAHATHIR - NAJIB WAJIB BERUNDOR

Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...

Kini jelas UMNO sedang meninti zaman murugnya, dengan berbagai-bagai isu " timbul ", khususnya isu berkaitan dengan tidak amanahnya kepimpinan " melayu yang meletakkan Islam sebagai agamanya " dari peringkat kepimpinan bawahan hingga setinggi-tingginya, hatta kalangan mereka yang sudah sepatutnya bersara juga masih berminat untuk menentukan hala tuju " menghabiskan " harta negara. 

Selain menghabiskan harta, mereka juga menyusun bagaimana " waris " mereka meneruskan kepimpinan negara dengan menggunakan lambang " keris telanjang " itu. Isu kini bagaimana Tun M terus menemplak Najib yang masih " ingkar " untuk mengikut telunjuk beliau.




4 ALASAN UTAMA MENGAPA MAHATHIR BEGITU 
BERSUNGGUH-SUNGGUH MAU MENJATUHKAN NAJIB, 
KINI TERSEBAR DI ALAM MAYA. 

Sudah pun menjadi pengetahuan umum betapa semakin hari semakin kencang dan garangnya Tun Dr Mahathir Mohamad dan kuncu-kuncunya termasuk Tun Daim Zainuddin dengan bantuan dari PERKASA dan blogger-blogger pentaksub dan pemuja tegar beliau menyerang Dato' Seri Najib Tun Razak untuk memberi tekanan agar berundur dari jawatan Perdana Menteri. 

Walaupun mengaku sehingga kini tiada lagi calon dari UMNO yang benar-benar dilihat layak serta mampu mengalas jawatan sebagai Presiden UMNO dan seterusnya sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir masih juga dengan sikap degil keras kepalanya mau juga agenda menggantikan Najib diteruskan at all cost. 4 alasan yang kini berlegar di alam maya yang boleh diterima akal logik adalah seperti berikut:- 
NAJIB GAGAL MELETAKKAN MUKHRIS 
SEBAGAI NAIB PRESIDEN

1)   Tindakan Najib tidak memberikan sokongan kepada anak Mahathir, MB Kedah Mukhriz Mahathir dalam perebutan salah satu jawatan Naib Presiden UMNO semasa pemilihan UMNO yang lalu. Najib secara terbuka menyatakan tidak akan menyokong mana-mana pemimpin sebaliknya menyerahkan kepada ahli-ahli akar umbi dalam menetukan siapa yang mereka mau pilih untuk menjadi Naib-Naib Presiden UMNO .. ramai penganalisis politik negara berpendapat tindakan Najib itu mengguris amat hati Mahathir sedangkan tindakan Najib bolehlah dilihat sebagai pemimpin yang berpendirian tidak mau mencampuri urusan dan pilihan hati akar umbi suatu tindakan yang pernah diambil oleh Mahathir ketika beliau menerajui UMNO dulu .. tetapi apabila kena dengan darah daging sendiri sikap dan pendirian tidak memihak sudah berganjak.
KEPERLUANAN PEMBINAAN JAMBATAN BENGKOK
MALAYSIA - SINGAPURA

2)   Keengganan Najib memenuhi kemahuan dan kehendak Mahathir yang satu dunia sudah tahu iaitu meneruskan projek buah hatinya Jambatan Bengkok menghubungkan Johor Bahru -Singapura .. dulu Pak Lah menjadi mangsa salah satu alasan perdananya ialah Pak Lah terus membatalkan rancangan pembinaan Jambatan Bengkok ini .. sudah pasti Najib mempunyai alasan-alasan tertentu tertumanya segi kewangan dan keperluan mendesak sedangkan Causeway dan Jambatan Kedua sedia ada sudah pun mampu menampung aliran trafik antara Johor Bahru dan Singapura. 
SUNTIKAN DANA UNTUK PROTON

3)  Permintaan Mahathir agar Najib memberi suntikan modal lebih RM1.6 biilio kepada Proton dimana beliau menjadi Pengerusinya juga dikatakan salah satu punca utama mengapa Mahathir cukup naik angin satu badan dengan Najib .. apa lagi Mahathir mau .. bukankah kroninya Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary DRB Hicom telah pun berjaya mengambil alih kepentingan Proton???? .. Masih tidak berpuas hati lagi kah ... mau paksa dana awam digunakan untuk perniagaan syarikat kroninya????? 
TOP UP DANA UNTUK 
INTERNATIONAL BANK OF MALAYSIA
4)  Daim Zainuddin ada mempunyai bank yang beroperasi di Tanzania yang dikenali International Bank of Malaysia .. difahamkan permohonan diminta kepada Najib agar menggunakan kedudukkan dan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri meminta Malayan Banking @ Maybank ambil alih kepentingan bank berkenaan namun Najib enggan menurut sebaliknya menyerahkan kebijaksanaan Maybank untuk membuat keputusan sendiri sama ada viable dan menguntungkan jika pengambil alihan itu berlaku .. keengganan Najib ini dikatakan bukan sahaja membuat Mahathir terguris hati malahan Daim pun cukup marah katanya. Tidaklah dapat dipasti dan disahkan akan alasan-alasan yang kini berlegar di alam maya sahih maupun sekadar tuduhan liar tetapi peratusan yang mempercayainya amatlah tinggi sekali. Jika benar inilah punca dan alasan mengapa Mahathir begitu garang menyerang Najib maka jelas sekali ianya merupakan suatu masalah peribadi apabila kehendak dan kemahuan tidak dipenuhi. 
Kredit Omakau

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA