PERHIMPUNAN Agung Umno berlangsung lagi. Seperti biasa,
pelbagai gelagat perwakilan dapat kita lihat. Bermacam cara mereka
meluahkan perasaan cinta terhadap Umno, begitu bersemangat dan
berkobar-kobar mereka mahu menyatakan bahawa hanya Umno sahajalah yang
membela Melayu.
Masing-masing mahu menonjolkan diri sebagai pejuang paling Melayu dan paling hebat pertahankan bangsa itu. Tidak kurang yang terlalu taksub memuji Umno sampai ke tahap mendewa-dewakan parti itu.
Sebagai contoh, salah seorang perwakilan dalam ucapannya dilaporkan ada menasihatkan anak-anak muda supaya ingat bahawa,
"... setiap butir beras yang kamu makan itu adalah kerana Umno...".
Dari kecil aku diajar oleh ibu bapa, guru dan pelbagai sumber bahawa setiap rezeki termasuk setiap butir beras datang dari Allah.
Setiap perbuatan jika diniatkan kerana Allah, termasuk makan nasi akan
dikira sebagai ibadah dan bakal beroleh ganjaran kebaikan dari Allah.
Namun sampai di Perhimpunan Agung Umno, ada pula guru sesat ajar supaya beringat bahawa setiap butir beras yang dimakan itu adalah kerana Umno.
Kalau
iya pun nak mengampu, terdesak nak tunjuk kamu paling hebat memuji
Umno, tak payahlah taksub sangat sampai ke tahap sanggup keluar kenyataan syirik.
Jika
hebat sangat Umno sampai boleh beri rezeki, beri setiap butir beras
yang kita makan, harap Umno tubuhkan cawangan di Somalia, di Afrika, di
Syria supaya rakyat yang kebuluran di sana dapat makan nasi.
"Setiap butir beras kita makan kerana izin Allah bukan kerana Umno..."
No comments:
Post a Comment