Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, November 25, 2014

PERHIMPUNAN AGUNG - MEREKA YANG GILA KUASA

 
Kini banyak kelihatan bendera UMNO hampir di setiap sudut Kuala Lumpur. Umum tahu bahawa Perhimpunan Agung UMNO berlangsung mulai esok.

Melihatkan kemeriahan bendera UMNO di sana-sini, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyatakan, Bendera UMNO bukan lagi lambang yang boleh dimegahkan pengikutnya kerana UMNO kini bukanlah parti yang mengundang penghormatan. Ia lambang kepada gerombolan gila kuasa yang mahu menekan dan menindas rakyat yang tidak bersetuju dengan dasar-dasarnya.

Tegasnya, bendera UMNO bukan lagi lambang sesuatu yang dimuliakan dan dihormati rakyat, bukan lagi lambang kelompok manusia yang megah dan bukan lagi lambang parti mulia Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman, Tun Razak. Ia bukan lambang parti orang Melayu yang datang dari kampong, merendah diri yang bangkit berarak menentang Malayan Union dahulu. Sebaiknya, bendera UMNO sudah menjadi lambang pemerintahan kuku besi atau “reign of terror” bayangan kepada sebuah parti di mana ahlinya ganas dan membuli rakyat.

Tegas Ahli Parlimen DAP- Raub itu, ia merupakan bendera parti yang membiarkan kumpulan ala samseng membuat laporan polis lengkap dengan uniform para militari; yang bercakap ajak berkelahi, merusuh dan membinasa orang lain.

“Anak muda Melayu pun meluat tengok telatah pimpinan UMNO yang dahulunya malas belajar semasa sekolah, sekarang jadi kontraktor klas F dan lain-lain nya tapi oleh kerana jadi AJK UMNO bahagian atau ahli UMNO cekai sekali pun- berlagak macam dunia ini mereka yang punya,” tambahnya melalui blognya Sakmongkol AK47.

Mohd Ariff berpendapat, UMNO tidak sedar bahawa mereka hanya sebahagian daripada orang Melayu dan mereka yang angkat diri sendiri menjadi jurucakap Melayu. Sudah ramai Melayu yang tidak mahu UMNO bercakap bagi pihak mereka. Kenapa kita mahu membiarkan budak lepasan SRP, SPM menjadi jurubicara bangsa kita? Kita bukan ahli JKKK.

Beliau seterusnya berkata, cara UMNO sekarang mempertahankan kuasa ialah bukan dengan kekuatan buah pemikiran, kemantapan dasar pemerintahannya tetapi melalui ugutan menggunakan tekanan, kezaliman, kuasa polis dan tentera.

“Orang ramai akan kata- ini bendera parti kaki pukul, kaki ugut, kaki gunakan polis sebagai budak suruhan, kaki yang hantar budak upahan menendang pelajar, menakutkan bangsa lain rakyat Malaysia,” tambah beliau lagi.

Beliau yang berpendapat ibu bapa serta kaum keluarga yang masih menyokong UMNO, berdosa terhadap anak-anak mereka diganyang dan menyuruh agar menjauhkan diri dari UMNO.

“Parti ini sudah tidak dapat dibantu. Pemimpin asyik berpoya melayan para isteri bermewah mewahan. Harta benda rakyat habis disapu. Ia parti yang menuju kepada penghujung hayat – pengikutnya naik sasau dan mudah meletup. Ia hanya boleh mempertahankan keberadaannya melalui ugutan, tangkapan, penggunaan undang-undang zalim, dan teriakan mengkasari orang lain,”sambungnya. -FMT


Siapa Mohd. Ariff Sabri Aziz?

Sebagai makluman, sakmongkol atau nama sebenarnya Mohd Ariff Sabri Aziz adalah bekas ADUN Pulau Manis dan pernah menang atas tiket Barisan Nasional/UMNO (2004-2008). Beliau merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Pahang (2000-2004) di bawah Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau kini ialah ahli parlimen DAP untuk Raub. -GB

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA