TERUS DIHENTAM KERANA ISU LIWAT | tak sedap didengar, ada pula yang
memuatkan dalam media sosial turut menghentam isteri Saiful yang
kononnya tak patut berkahwin dengan lelaki yang telah diliwat."Kalau dia
bohong, dialah tanggung dosa. Betul atau tidak, apa yang dia buat
adalah untuk mempertahankan maruah dia.
“Lebih teruk lagi, apa kaitan kes ini dengan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman,?”
Tidak juga menyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat
Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi bagi Shamsiah Harun, orang ramai
sepatutnya lebih berfikiran terbuka daripada terus menjatuhkan hukuman
kononnya Saiful memfitnah.
“Bagi saya, cukup-cukuplah menghentam Saiful. Memang berat tuduhan yang
dikenakan ke atas Anwar tetapi pada masa sama, Saiful dan isterinya juga
terpaksa menanggung malu dan cemuhan masyarakat sekeliling hampir
setiap hari.
Banyaklah perkara-perkara yang tersebar untuk bacaan umum yang saya
lihat hanya akan mengaibkan isteri dan keluarga mentuanya padahal mereka
tidak ada kaitan dengan kes liwat tersebut,” katanya ketika ditemubual
Jelasnya, adalah tidak adil jika orang lain seperti isteri Saiful dikutuk sesuka hati sepanjang kes itu berjalan.
“Kita tak tahu siapa yang betul, siapa yang salah dan keputusan hanya
akan diketahui setelah Mahkamah Persekutuan memberi kata putus.
“Ramai yang membuat andaian berdasarkan hukum logik akal. Kononnya tak
masuk akal Saiful tak buang air besar dua hari selepas diliwat dan tak
munasabah Saiful tak melawan ketika diliwat serta banyak lagi andaian
lain.
“Logik atau tidak, semuanya keluar dari mulut Saiful dan siapalah kita yang hendak menolak kata-katanya itu,” ujarnya.
Tambahnya, kehadiran orang ramai yang menyokong Saiful membuktikan masih ada yang yakin apa yang dilalui itu adalah benar.
“Apa yang penting, kalau tidak yakin dengan kata-kata Saiful, tak
perlulah membabitkan isterinya yang kini telah pun menjadi ibu hasil
perkahwinannya denga Saiful setahun lalu,” katanya.
tu la sebelum khawin tak pikir dulu. inilah hakikat dunia, tanggunglah bersama2.
ReplyDeleteNampaknya penulis ni pun dah buat pengadilan sendiri. Siapa kamu? Baik diam.
ReplyDelete