Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, November 5, 2014

KEMANA MENGHILANGNYA ULAMA - KES LIWAT ANWAR

 

 

 

  Ini gaya tersendiri Malaysia dengan Negara Islamnya, Islam yang cukup sederhana dan juga " tidak " menggalakkan kalangan yang ingin " berjihad " malahan juga di Malaysia di sahkan adanya Judi yang halal dan yang haram, kita tak tau dari mana kepimpinan khususnya Menteri Di JPM yang menjaga hal Ehwal Islam. Mereka langsung tidak berminat untuk " ngomen " isu judi halal dan haram serta yang terkini kaitan dengan kes Liwat DSAI. Kita terasa amat malu dengan gelagak mufti dan kepimpinan agama khusus dengan apa yang sedang berlaku masa kini. Untuk itu patutkan kita ada mereka yang bergelar ulama dan kepimpinan mufti ini?
Apakah Melayu Islam di Malaysia sudah ‘pekak’ atau tidak membaca komen-komen yang telah diberikan oleh para cerdik pandai Islam di negara ini mengenai perbicaraan DSAI. Tetapi setakat pembacaan aku yang cetek ini amat kurang kedengaran komen dari golonagn ini berbanding dengan komen-komen mereka yang berkaitan dengan isu lain seperti isu memeluk anjing ataupun isu yang berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah ataupun mengenai tentangan pihak tertentu terhadap usaha mendirikan gereja di Petaling Jaya. 

Mungkin agaknya isu yang berkaitan dengan perbicaraan DSAI tidak perlu diambil perhatian oleh golongan ini kerana bagi mereka itu merupakan perkara ‘kecil’ dan remeh. Namun yang menghairankan aku juga ialah isu perbicaraan DSAI ini mendapat perhatian dunia. Antara tokoh Islam dunia yang begitu mengambil berat tentang kes perbicaraan DSAI ialah Dr. Yusufal-Qardawi, Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam pada 26 Oktober 2014. Beliau menyatakan, ‘Adalah tidak patut bagi badan kehakiman bertukar menjadi pentas kebencian dan permusuhan politik atau wasilah bagi menjerat pihak lawan di dalam cengkaman kes-kes. Perkara demikian kebanyakannya bertujuan untuk mencalar peribadi melebihi tujuan mencari kebenaran’

“Anwar Ibrahim terdiri daripada pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya, dan kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini.

Anwar sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas…..Mahkamah sebelum ini telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.

“Kami beriman dengan apa yang difirmankan Allah swt tentang peristiwa Hadithat al Ifk:-…Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang- orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri, dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”.Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.(Surah An Nur 12-13).

Mungkin agaknya kes perbicaraan DSAI ini tidak perlu mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana itu hanya merupakan kes terpencil yang melibatkan peribadi seseorang dan bukan melibatkan negara. Mungkin golongan agama ini merasakan bahawa biarlah perbicaraan itu diputuskan oleh hakim-hakim yang bijaksana tanpa dicampuri oleh urusan mereka. Tetapi yang agak pelik juga (bagi aku yang agak ‘pekak’) ialah golongan cendekiawan Islam di Malaysia langsung tidak memberikan komen terhadap pandangan Dr. Yusufal-Qardawi samada bersetuju atau tidak dengan pandangan sedemikian. Mereka menyepi. Dan begitu jugalah sikap NGO yang sentiasa ‘terpekik’ dan ‘terlolong’ memperjuangkan sesuatu yang berkaitan dengan Islam, tetapi terus senyap dan sunyi apabila berhadapan dengan kenyataan Dr. Yusufal-Qardawi.

Amat berbeza dengan ‘sambutan’ yang diberikan oleh golongan ini apabila memperkatakan isu yang berkaitan dengan ‘memeluk anjing’ atau isu penggunaan nama Allah. Dan kini sudah muncul pula isu baru ia itu tentang ura-ura pembinaann gereja Emmanuel Assembly PJS8 (Petaling jaya). Golongan ini merasakan bahawa, “…it would be an insult if they ( the local council) build a four-storey church in a Malay-Muslim area”. Olehkerana gereja yang akan didirkan itu di kawsan pilihanraya YB Nik Nazmi, beliau telah memberkan komennya dengan mengatakan,"Islam does not teach us to prevent the construction of places of worship of other religions," katanya kepada Malaysiakini.
Tidaklah pula aku mahu menyebelahi mana-mana pihak. Cuma Kadang-kadang aku terfikir juga tentang keikhlasan penunjuk-penunjuk perasaan itu tentang sesuatu isu itu. Apakah benar-benar ‘perjuangan’ mereka itu berlandaskan agama ataupun hanya mendapat ‘arahan’ dari pihak-pihak tertentu supaya menjalanlan demonstrasi berkenaan, semata-mata untuk mengeruhkan keadaan. Aku khuatir juga apakah para peserta demonstrasi itu benar-benar faham tentang apa yang diperjuangkan oleh mereka.
Aku perhatikan juga bahawa golongan penunjuk perasaan ini ‘memilih’ isu untuk ‘didemonstrasikan’. Ada isu yang lebih besar yang perlu didedahkan tetapi tidak diketengahkan. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mereka tidak mengenengahkan. Tidak perlulah aku menyenaraikan isu-isu besar (pada pandangan aku) dalam negara yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh NGO-NGO berkenaan.
Mungkin aku saja yang merasakan yang isu itu ‘besar’ tetapi bagi NGO-NGO berkenaan merasakan itu isu-isu itu hanya ‘kecil’. Mungkin….

3 comments:

  1. Bukan senang hendak buang BERHALA seperti duit,pangkat.dan takut kpd manusia.Ilmu boleh lah cakap berdegor degor-tak kiralah ada title prof ke or dr.Ini lah penyakit yg dihadapi oleh manusia yg dikata berpelajaran hari ini.

    ReplyDelete
  2. Dah letih, beb. Dulu kes Liwat 1kita semua sokong 101%; tapi bila kena kes yang serupa kali kedua ibarat dipatuk dua kali kat lubang yang sama.....

    ReplyDelete
  3. majoriti rakyat tahu fitnah liwat..tapi masing2 semua malas nak bersusah payah membantu & menyokong dsai..silap2 kena tangkap..masuk lokap..anak bini yg susah..dah lah barang semakin mahal..kerja2 pun banyak dah diambil alih oleh warga asing..
    pada dsai..bersabar lah..kalau dsai mmg tak bersalah..banyak pahala yg dikutip oleh dsai atas fitnah dan celaan ini..kita jgn lupa ada mahkamah di padang masyar ..semua yg terlibat..malah menyokong sekali pun akan menerima pembalasan nya..Waulahualam

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA