Parti Rakyat Malaysia mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bahawa perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur kerana gagal menunaikan janji.
Oleh itu, BN
perlu memenuhi janji pilihan raya untuk tidak menaikkan harga bahan api
sekiranya perdana menteri itu tidak mahu mengalami nasib yang sama,
katanya.“PRM hendak mengingatkan bahawa bekas perdana menteri, Abdullah
Badawi, diberikan kepercayaan kuat oleh rakyat kerana beliau berjanji
melaksanakan perubahan yang diidam-idamkan rakyat.
"Oleh itu (Abdullah) mendapat peratusan kerusi parlimen yang paling
tinggi dalam sejarah Malaysia.“Tetapi selepas pilihan raya, beliau tidak
membawa perubahan yang dijanji, tidak menghiraukan kesusahan kehidupan
rakyat, sebaliknya melaksanakan dasar ekonomi neo-liberalisme,
mengurangkan subsidi, menaikkan harga minyak dengan mendadak.
“Akibatnya harga barangan melambung naik, inflasi berlaku, akhirnya
beliau dinyah oleh pengundi dalam pilihan raya umum ke-12,” kata
Koh.Tambahnya, kejayaan BN dalam pilihan raya umum 2004 – dengan
kemenangan di 198 dairpada 220 kerusi parlimen – adalah berdasarkan
keyakinan rakyat kepada Abdullah untuk menjalankan agenda perubahan.
“Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum, beliau tidak membawa perubahan
yang dijanjikan,” kata Koh dalam kenyataannya.Koh turut mempersoalkan
tindakan kerajaan yang tidak menaikkan harga RON97 dan hanya menaikkan
harga RON95 dan diesel.
“RON95 untuk pengguna berpendapatan pertengahan dan RON97 diguna oleh
mereka yang kaya berkereta besar.“Lagi pun berapa warga asing yang
berada di Malaysia menikmati subsidi minyak RON 95?,” soalnya.
Harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada 2 Oktober,
menjadikan harga masing-masing RM2.30 dan RM2.20 seliter. ~malaysiakini
No comments:
Post a Comment