Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, October 5, 2014

BOLASEPAK DAN AGAMA



Peminat bola sepak yang sanggup bersengkang mata pada awal pagi untuk menonton perlawanan tetapi tidak menunaikan solat Subuh dikategorikan sebagai syirik, kata Datuk Md Daud Che Ngah (gambar bawah )

Pendakwah bebas itu berkata musim perlawanan Piala Dunia yang  berlangsung di Brazil tempoh hari bukan penghalang untuk umat Islam menjalankan tanggungjawab mereka.


Ustaz Md Daud Che' Ngah

"Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya mereka sentiasa lalai dengan keasyikan dunia. Bukan saya katakan tidak boleh menonton Piala Dunia.

“Lumrah alam di mana rakyat seluruh dunia meminati permainan bola sepak, namun jangan kita menjadi manusia yang lalai," katanya kepada Sinar Harian.

Piala Dunia 2014 yang diadakan di Brazil akan berlangsung selama sebulan bermula 13 Jun dengan 64 perlawanan yang kebanyakannya berlangsung pada awal pagi.

Sebanyak 32 negara akan berentap merebut Piala Dunia dan juaranya akan diumumkan pada 14 Julai nanti.

Md Daud berkata musim Piala Dunia juga tidak seharusnya dijadikan platform kepada umat Islam untuk menambahkan dosa.

Katanya, wanita antara golongan yang terdedah kepada dosa apabila menyaksikan pemain bola sepak lelaki dengan penuh syahwat.

"Jika seorang wanita menonton perlawanan bola sepak, mereka secara tidak langsung akan melihat aurat pemain.

“Melihat aurat sehingga mendatangkan rasa ghairah boleh dikategorikan sebagai zina mata,” katanya kepada akhbar itu.

Bekas pengerusi Tabung Haji itu turut mengingatkan umat Islam agar tidak terlibat dengan perjudian bola sepak kerana ia merupakan satu perbuatan mengundang dosa.

Katanya, umat Islam seharusnya merebut peluang musim Piala Dunia dengan menambahkan amal ibadat.

"Piala Dunia bukan medan buat manusia untuk menghalalkan aktiviti judi kerana seperti yang kita tahu Allah menyatakan dalam Al-Quran dosa berjudi adalah dosa besar.

"Apa salahnya sebelum menonton perlawanan bola sepak, kita beribadah terlebih dahulu. Jadi tidak sia-sia kita bangun awal pagi untuk menonton perlawanan Piala Dunia," katanya.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/syirik-tengok-bola-tidak-solat-subuh-kata-pendakwah#sthash.NpskwwYV.dpuf

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA