Berita Gempar Dari Negeri Selangor Yang Tak Boleh Disorok Lagi..
Syed Azmi Alhabshi ( gambar ) hari ini memohon maaf kerana menyebabkan kekecohan
berikutan program anjurannya 'I Want to Touch a Dog' hari minggu yang
lalu, mengatakan beliau tidak berniat pun menghina orang Islam.
Tujuannya semata-mata hendak mendidik masyarakat supaya tidak takut
dengan anjing, katanya membaca dari satu kenyataan media, tiada langsung
hasrat menyesatkan akidah orang Islam atau mengubah undang-undang
Islam."Saya mengaku terdapat beberapa kelemahan dalam program itu.
Saya ingin memohon maaf dan saya tiada niat menyusahkan sesiapa,"
katanya bercakap pada satu sidang media yang penuh sesak di Kelab Golf
Seri Selangor di Sri Damansara hari ini.
Kami jelaskan semuanya sepanjang program. Saya hendak tekankan di sini
yang ia merupakan satu program pendidikan, dan cara melakukan sertu juga
diterangkan dan dilaksanakan.""Saya tiada niat memesongkan akidah dan
mengubah ajaran Islam atau mempersenda cerdik pandai Islam, atau
mempromosi liberalism," kata Syed Azmi.
Bagaimanapun, aktivis sosial itu yang ditemani peguamnya Syahredzan
Johan, meninggalkan sidang media itu dengan segera sebaik selesai
membacakan kenyataan itu, mengatakan beliau bimbang keselamatan dirinya.
Syed Azmi
menjelaskan acara itu bukan diadakan bagi menggalakkan orang Islam
membela anjing, dan ia berulang kali ditekankan semasa membuat publisiti
acara itu dan juga di laman Facebook sejak 11 September.
Diugut dengan ancaman bunuh, Syed Azmi juga membuat dua laporan, dengan
polis dan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada 22
Oktober.Syahredzan berkata, pada satu ketika Syed Azmi menerima 2,000
pesanan di akaun WhatsApp telefon bimbitnya, juga ugutan menerusi
panggilan telefon dan media sosial.
"Setengah daripada ancaman yang diterima mengatakan mereka mahu
mematahkan tulangnya. Yang lain mengatakan mereka akan membunuhnya kalau
melihatnya di jalanan, dan banyak lagi," katanya.
Syed Azmi berkata, pihak penganjur mendapat kelulusan daripada pihak
berkenaan kerana antara tujuan acara itu ialah membantu orang ramai
menangani rasa takut kepada anjing dan mengajar cara menyelamatkan
anjing.
Ia juga mendidik umat Islam cara mengendalikan anjing dan mengajar
mereka menghormati haiwan itu sebagai "makhluk Allah", kerana anjing
membawa stigma tertentu dalam masyarakat Malaysia.
"Kami menerima surat tentang bagaimana menguruskan anjing dari
perspektif Islam, dari Jabatan Mufti Selangor, sebagai garis panduan
dalam menganjurkan acara itu," kata Syed Azmi.
Penganjur bersama, Norhayati Ismail juga memberitahu media mereka menghantar surat kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 3 Oktober, jauh lebih awal dari tarikh acara itu diadakan di Petaling Jaya pada 19 Oktober.
Katanya, Mais menjawab surat itu enam hari kemudian dengan surat yang
ditandatangani Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar, yang
mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mahu mendidik
orang ramai tentang anjing dari perspektif Islam.
Norhayati berkata Abdul Majid menjelaskan pandangan Islam tentang anjing
dan juga cara yang betul melakukan pembersihan atau sertu."Ia bukan
bertujuan saja-saja nak sentuh anjing.
Kami mengatakan perkara ini berkali-kali di laman acara kami. Dan kami
sediakan ustaz yang berceramah tentang menyentuh anjing, kami juga
edarkan risalah mengenai cara yang betul menyentuh anjing," kata
Norhayati.
Beliau berkata sesetengah peserta mungkin tiba lewat dan tidak
mengetahui tentang ceramah kesedaran yang diberi ustaz itu pada awal
paginya."Kami percaya kami mencapai objektif, tetapi kami juga mengakui
terdapat kelemahan dalam acara itu.“Kami tidak menjangkakan jumlah
kehadiran yang begitu besar.
Kami sangkakan, mungkin dalam 300, atau 500 paling ramai pun,"
katanya.Acara Ahad lepas mendapat sambutan menggalakkan daripada orang
Islam dan bukan Islam, dengan lebih 1,000 peserta hadir.
Norhayati berkata, pada hari itu, tempat di mana proses sertu itu diajar
padat dengan pengunjung Islam."Beratus-ratus orang beratur di kaunter.
Kami ajar orang bukan Islam juga tentang menyentuh anjing, batasan yang
perlu dijaga dan hal lain yang berkaitan.
Mereka menerimanya dengan baik. Ada juga yang mahu membeli peralatan
sertu itu," katanya.Dia mendakwa publisiti buruk yang diterima acara itu
berpunca sebahagiannya daripada sesetengah media yang tidak ada pun di
sana.Sehari selepas itu, akhbar berbahasa Melayu mengkritik program itu,
mengatakan ia berniat jahat dan menghina pemimpin agama.
Menyentuh tentang tajuk program itu, Norhayati berkata pihak penganjur
mempertahankannya."Ia tidak bermaksud mengelirukan sesiapa,"
katanya.Menjawab tuduhan yang Syed Azmi seorang murtad, katanya ia
terpulang kepada pihak yang menuduhnya membuktikannya, bukan Syed Azmi
membuktikan sebaliknya.
Pihak penganjur setakat ini sudah berjumpa dengan pihak berkuasa agama Selangor dan polis. Mereka akan bertemu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
pada 6 November.The Malaysian Insider melaporkan sekurang-kurangnya dua
laporan polis dibuat terhadap program itu dan polis memutuskan merujuk
kes itu kepada pihak berkuasa agama negeri.
Walaupun Syed Azmi menerima berbagai kecaman, ramai juga yang
menyokongnya, mengatakan mereka yang mengutuknya sebenarnya memalukan
Islam. ~malaysian insider
No comments:
Post a Comment