Ulama putar belit, ampu seperti anjing jelirkan lidah, kata bekas mufti
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengatakan golongan
ulama yang menjadi pengampu dan menyembunyikan kebenaran seperti anjing
menjelirkan lidah, meneruskan debat mengenai program "I Want To Touch A
Dog" yang dianjurkan di Selangor hujung minggu lalu.
Bekas mufti Perlis itu berkata Al-Quran
menyatakan ulama yang menjual ajaran agama hanya untuk kepentingan dunia
sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.
“Menjadi mat rempit, perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak
lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau
menyeleweng fakta sehingga manusia tersesat.
“Maka Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah,” katanya menerusi kiriman di akaun Facebook Dr Maza.com.
“Maka Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah,” katanya menerusi kiriman di akaun Facebook Dr Maza.com.
Asri berkata anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badan atau
oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya, seperti juga ilmuan yang
sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia.
Katanya golongan itu sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari habuan yang lain.
“Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan. Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya.
“Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka.
Katanya golongan itu sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari habuan yang lain.
“Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan. Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya.
“Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka.
“Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama. Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain,” katanya.
Semalam, bekas mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata program "I Want To Touch A Dog" anjuran umat Islam di Selangor satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.
"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Katanya jika ulama berpegang atas prinsip ilmu, mereka akan mendapat kemuliaan, namun jika gopoh dengan silauan tawaran dunia, samalah golongan itu seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.
“Ya, ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa.
“Namun walau apa pun keadaannya, mereka tidak boleh menyeleweng fakta atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah.
“Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia,” katanya.
Asri berkata beliau bukanlah menyokong kempen menyentuh anjing seperti yang digambarkan media tertentu, namun hanya bercakap dari dimensi teks Islam berkaitan anjing dan bukannya mengenai kempen berkenaan.
Katanya apa yang cuba dibangkitkan hanyalah untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam berkaitan dengan anjing.
“Saya tidak menyatakan sokongan atau pun bantahan kepada kempen tersebut kerana saya tidak jelas apakah tujuan kempen sentuh anjing itu dianjurkan.
“Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat panda dari China.
“Jika saya ingin menyokong atau pun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini,” katanya. -TMI
ULASAN GB
GB hairan mengapa isu "acara sentuh anjing" tiba-tiba menjadi polemik yang begitu hebat.
Sedangkan matlamat utama acara itu sepertimana yang disebutkan oleh penganjur adalah untuk "hilangkan perasaan takut terhadap anjing"."
Pelbagai persepsi negatif dilemparkan yang kebanyakannya hanya bersifat prejudis, lebih buruk apabila ianya cuba dipolitikkkan oleh sesetengah pihak.
Lebih teruk ada ulama-ulama dan para pengikutnya cuba menunjukkan anjing itu sebagai makhluk yang hina, lantas lansung tidak boleh disentuh, tidak boleh bela dan sebagainya.
Kebenarannya, menyentuh anjing tidak haram. ulama sepakat mengatakan anjing yang kering tidak najis, namun najis boleh disentuh tetapi dengan syarat perlu dibasuh jika hendak beribadat atau pun berurusan dengan masyarakat.
Di kalangan masyarakat Melayu Islam, telah ditanamkan perasaan takut dan benci terhadap anjing sekian lama. Sehingga dilemparkan kayu, batu dan ada kes sebelum ini yang sampai memanah anjing.
Sedangkan anjing itu anjing. Dia tidak pernah meminta dirinya untuk
dilahirkan ke dunia sebagai anjing. Ia sebagai makhluk Allah yang lain,
menumpang kehidupan di dunia ini. Tetapi mengapa umat Islam perlu
menghina anjing? Apa hak manusia untuk menghina makhluk Allah yang lain?
Bagaimana agaknya jika manusia yang menghinakan anjing itu dulu
dilahirkan sebagai seekor anjing? Apa perasaannya jika ia dihina,
dibaling tak tentu pasal, dibenci, dicerca, disiksa, didera dan
seumpamanya?
Dan sampai bila umat Islam berbangsa Melayu yang ada di dalam negara ini
perlu phobia dengan anjing dan tidak mengasihi malah suka bertindak
agresif ke atas makhluk Allah tersebut?
Jangan sampai di hari akhirat nanti, manusia-manusia yang menghina
anjing itu akan ditukarkan menjadi anjing-anjing belaka untuk merasakan
apa juga penghinaan yang mereka telah lakukan terhadap anjing semasa di
dunia ini!
* gambar-gambar hanya hiasan sahaja.
No comments:
Post a Comment