Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, October 18, 2014

AKTA HASUTAN - KENAPA ADA PERBEDZAAN





Pada tahun 80an, apabila ahli politik Umno mengeluarkan kenyataan mengkritik institusi raja, tiada tindakan diambil mengikut Akta Hasutan. Namun, apabila pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung institusi berkenaan, mereka akan dikenakan tindakan, kata Hanipa Maidin ( gambar )  Ahli Parlimen Sepang itu berkata, akhbar Utusan Malaysia pada 1983 menyiarkan beberapa laporan menyentuh sistem beraja, namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil.


 
"Sampai hari ini, tiada yang didakwa," katanya ketika bangun mencelah semasa sesi perbahasan Bajet 2015 di Parlimen.
Beliau turut memegang keratan akhbar yang antaranya bertajuk "Umno minta siasat harta raja2". "Tetapi, ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS) yang hanya memperkatakan untuk meningkatkan institusi raja, dikenakan tindakan," kata Hanipa.



Khalid dikenakan tindakan kerana menyentuh kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung isu rampasan bible berbahasa Melayu dan Iban di Damansara sebelum ini.
Kenyataan itu menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah secara terbuka mengatakan baginda murka dengan kenyataan Khalid yang meminta Mais dirombak.



Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemimpin Umno dan sebaliknya mengambil tindakan kepada pemimpin pembangkang kata Hanipa, membuktikan berlaku salah guna kuasa membabitkan akta itu.

"Kerajaan menyalahgunakan Akta Hasutan dan mengamalkan 'double standard,' menuduh kepada pembangkang," katanya.

Hanipa berkata sebagai peguam, beliau melihat kenyataan yang dikeluarkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berhubung gesaan membakar Bible sebagai menghasut.




"Isunya di sini kenapa pemimpin pembangkang didakwa, sedangkan Ibrahim tidak?" soalnya.
"Sebagai peguam, saya berasa itu adalah satu kesalahan," katanya lagi.
Beliau turut menegaskan alasan mempertahankan Islam dengan mengugut untuk membakar Bible juga tidak kukuh.
"Tidak mendakwa beliau satu perkara, tetapi mengatakan bakar Bible untuk pertahankan Islam lebih teruk.
"Di mana dalam Perlembagaan kita mengatakan membakar Bible bermakna mempertahankan Islam?" soalnya 

by paktam

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA