Muktamar PAS ke 60 yang di adakan di Johor jelas kini memperlihatkan bagaimana sebenarnya parti ini bergerak.
Tindakan ahli dan pimpinan Pas yang
memperlekeh keputusan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan
sebagai memalukan sedangkan parti itu menyarung jersi perjuangan Islam.
Perwakilan Wilayah Persekutuan, Azhari
Ariffin berkata, Pas sering melabel Umno tidak berlandaskan syariat
Islam namun, ahli-ahli parti itu begitu menghormati presiden mereka.
"...Kami melihat bagaimana ketika ALLAH
menguji musuh politik kami, Umno Terengganu dengan krisis Menteri Besar
selepas PRU yang lalu. Kami melihat ia berakhir dengan bertukarnya
menteri besar mereka yang lalu.
"Kami melihat Ya ALLAH bagaimana hanya
Presiden mereka yang bercakap, mengarah, dan membuat keputusan. Timbalan
Presidennya tidak membantah. Apatah lagi tergamak mengeluarkan
kenyataan, konon-kononya itu hanya kenyataan peribadinya (Presiden)
saja," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden dalam bentuk
doa, hari ini.
Beliau turut menyentuh soal sikap
pimpinan tertinggi Umno yang tidak kemaruk mengeluarkan kenyataan yang
bercanggah dengan Presiden parti.
"Begitu juga kami dapati seluruh
naib-naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi mereka, tidak kemaruk untuk
mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan presiden mereka.
"Wahai ALLAH apakah mereka ini memahami
makna ketaatan, wala' dan patuh kepada pemimpin mereka melebihi kami
yang berjuang atas nama Islam?
Melahirkan kekesalan dalam doanya itu,
Azhari menyebut bahawa beliau malu apabila parti musuh itu lebih
berakhlak dengan ketua berbanding Pas.
"Kami malu kepada musuh. Kami selalu mengatakan mereka ini sekular. Mereka bukan merujuk kepada ilmu Islam.
"Tapi kenapa mereka lebih berakhlak dengan Presiden mereka berbanding kami yang menyarung jersi Islam sebagai wadah perjuangan?
"Ya ALLAH, kami malu dengan musuh-musuh
kami atas apa yang berlaku. Berjuang atas nama Islam, mendukung dasar
Islam, menjiwai denyut jantung Islam tapi dalam akhlak berjemaah pun
kami dangkal berbanding musuh," katanya.
No comments:
Post a Comment