Najib ( BN ) Anwar ( PR ), kedua-duanya terbeban
dan membebankan.
PM Najib telah memberikan kritikan terhadap Pakatan Rakyat dan memberikan contoh apa yang berlaku di Selangor sebagai contoh yang Pakatan Rakyat gagal untuk menjadi ‘alternative’ kepada Barisan Nasional (BN). Katanya lagi yang Pakatan Rakyat telah gagal dalam laungan retorik mereka kehulu kehilir yang mereka adalah pejuang kepada perpaduan umah dan kesatuan rakyat yang berbilang kaum dinegara ini dan berusaha untuk mengalihkan sokongan rakyat dari BN kepada mereka., tetapi nyata usaha mereka gagal.
dan membebankan.
PM Najib telah memberikan kritikan terhadap Pakatan Rakyat dan memberikan contoh apa yang berlaku di Selangor sebagai contoh yang Pakatan Rakyat gagal untuk menjadi ‘alternative’ kepada Barisan Nasional (BN). Katanya lagi yang Pakatan Rakyat telah gagal dalam laungan retorik mereka kehulu kehilir yang mereka adalah pejuang kepada perpaduan umah dan kesatuan rakyat yang berbilang kaum dinegara ini dan berusaha untuk mengalihkan sokongan rakyat dari BN kepada mereka., tetapi nyata usaha mereka gagal.
Sebenarnya BN itu merupakan
‘coalition’ yang telah di bentuk oleh pemimpin yang terdahulu dari pimpinan
hari ini, dan kewujuduan BN itu telah membina banyak persefahaman yang baik
dikalangan berbagai kaum di negara ini. Kalau tidak masakan ‘coalition’ itu
berjaya menyambung mandat sebegitu lama dan belum lagi pihak pembangkang
berjaya menundukan mereka setakat ini.
Tetapi BN yang sekarang telah
terbeban dengan berbagai masalah kerana pemimpin-pemimpin mereka yang terlalu membebankan
BN itu sendiri dengan bebagai-bagai macam isu yang buruk yang dihadapi oleh
mereka.
Tetapi oleh kerana mereka
penyandang kepada kuasa pemerintahan maka setakat ini belum lah lagi berpeluang
bagi Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN sebagai kerajaan di Putrajaya
walaupun sudah berjaya sedikit sebanyak mendapat kejayaan berkuasa dalam
beberapa kerajaan negeri-negeri dalam persekutuan ini.
BN sememangnya satu ‘coalition’
yang kuat yang terbentuk menyambung peranan ‘coaliton’ yang terdahulu iaitu
Perikatan dengan menambah bilangan parti-parti yang menyertainya kepada 14
buah. Tetapi penerusan mandat yang diterimanya dari rakyat telah memnbuatkan BN
itu sebagi satu buah parti yang begitu lemah dari segi perjuangannya kerana
pemimpin-pemimpin yang mewarisi parti-parti di dalamnya sudah kehilang punca
dan arah.
Mereka menganggap sokongan ramai
selama ini sebagai kelemahan dan tidak lagi pemimpin-pemimpin di
dalamnya
berfikir untuk memperkuatkan asas perjuangan parti itu dan yakin
sokongan itu
adalah satu yang pasti diperolehi tanpa perlu menunjukan daya kepimpinan
yang baik.Mereka boleh menggunakan akta-akta yang karut marut untuk
dikenakan kepada pihak yang mengintai untuk mengambil alih kuasa dari
mereka.
Rasuah sudah dibudayakan, salah
guna kuasa itu pin sudah dijadikan perkara yang halal serta memerangi mereka
secara tidak adil mereka tidak bersetuju dengan mereka itu satu perkara tidak
lagi menjadi keasalahan lagi. Apabila berkata-kata tidak perlu lagi berfikir
panjang dan boleh mengata apa yang mereka suka dikhalayak ramai.
Baik pemimpin yang sedang
berkhidmat mau pun dari kereka yang sudah bersara, mereka tetap aktif
berpolitik semata-mata kerana BN khususnya UMNO itu adalah tempat mereka untuk
memenuhi nafsu nafsi mereka semata-mata.
Tetapi dalam kelemahan mereka
itu, mereka tetap selamat dipesada kuasa kerana kelemahan pihak pembangkang
untuk menjadi ‘alternative’ yang baik dan bersungguh. Pihak yang memnbangkang
juga tidak mempunyai nilai-nilai kepimpinan dan perjuangan yang betul untuk
menjadi pilihan kepada BN yang sedang menghadapi masalah besar baik dikalangan
parti-parti di dalamnya. Di sebaliknya parti-parti di dalam Pakatan Rakyat yang
melaungkan perpaduan diantara kaum dan agama, ketelusan pentadbiran yang
memperjuangkan segala-gala yang baik itu rupa-rupanya lebih buruk dari apa yang
berlaku di dalam BN itu.
Belum pun sempat kePutrajaya
mereka sudah melakukan penyembelihan politik sesama mereka dan telah mencicirkan
semua yang dilaungkan mereka. Tidak dapat dibayangkan jika mereka mendapat
mandat untuk berkuasa di Putrajaya dalam pilihanraya yang lepas. Maka kekalahan
mereka dalam pilihanraya yang lepas itu merupakan hikmah besar buat rakyat dan
biarlah kita menanggung masalah-masalah yang sama yang kita hadapi sekarang
ini.
Yang pentingnya UMNO dan BN wajar
memperbaiki dan mengambil iktibar dengan kesusahan yang mereka lalui dengan
menacari kepimpinan yang lebih berguna bagi UMNO itu. Najib mempunyai masalah
untuk melepaskan jawatannya itu kerana beliau juga mempunyai banyak kesalahan
yang tidak terhingga besarnya dalam erti hakikat dan kesalahan kepimpinannya.
Maka Hishamudin perlu mengambil tempat beliau untuk melindungi isu-isu yang
terlau berat untuk dilepaskan kepada orang yang bukan dari keluarganya.
Jika Tun Razak meninggalkan
kepimpinan negara kepada birasnya Hussein, Najib sedang bersedia untuk bersara
tetapi jelas beliau pula mahu memberikan kepimpinannya itu kepada sepupunya
Hidsahamudan seorang ‘biological son’ Hussein Onn tadi. Yang dulunya Razak
memberikan pimpinan kepada Hussein, kali ini Najib Razak pula mahu
kepimpinannya di serahkan kepada Hisham Hussein. Itu sudah menjadi pengetahuan
umum.
Itu juga yang berlaku dalam
Pakatan Rakyat. Jika Tun Razak sudah meninggalkan dunia ini selama 33 tahun
sebelum anaknya menjadi Perana Menteri, Anwar pula jika mendapat kuasa tidak
perlu meninggal dunia dahulu, dari awal lagi mahu meninggalkan waris kepimpinan
kepada isterinya dan yang sedang menunggu seorang anaknya yang telah pun sampai
ke Dewan Lagislatif negara.
Sesungguhnya apa yang dikatakan
oleh Najib terhadap pembangkang itu semuanya betul, dan di sebaliknya apa yang
dituduh oleh Pakatan Rakyat terhadap Najib itu pun betul. Itu yang meyebabkan
negara kita menjadi demikian rupa. Jika salah satu pihak itu betul kita boleh
memberikan sokongan kepada pihak itu tetapi oleh kerana kedua-duanya itu sama
seperti yang mereka terhadap lawannya, itulah yang menjadi delima rakyat pada
hari ini.
Sesungguhnya kedua-dua pihak baik
BN mahu pun Pakatan Rakyat itu adalah dua parti yang baik tetapi parti-parti
ini diperguna oleh pimpinan masing-masing seperti dahan bengkok, tempat kera-kera
dan monyet-monyet meniti untuk menyeberang, itu sahaja.
Pihak mana pun yang mengambil
alih tidak akan bertemu dengan penyelesaian terhadap isu-isu negara.
Kita memerlukan seorang pemimpin
baru (bukan parti) yang berpengalaman dan tidak mempunyai ‘baggage’ besar pada
dirinya untuk membetulkan apa-apa perkara yang tidak betul kepada negara.
Situasi sekarang amat serius dan
rakyat serta sesiapa yang mempunyai perasaan tanggungjawab terhadap negara akan
memulakan sebuah negara yang baru siasahnya dan pelan-pelan yang memulakan kita
berada dalam ‘ambience’ politik yang baru.
No comments:
Post a Comment