Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, August 21, 2014

TV3 - MEMBELA PEFITNAH

Akhirnyanya pemfitnah anwar ke Tanjung Rambutan
SEDIKIT masa dulu, nama Yuktes Vijay agak popular di media arus perdana, dia dijadikan modal untuk menyerang dan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh TV3 dan Utusan Malaysia. 

Baru-baru ini difahamkan, Yuktes telah membuat satu kenyataan fitnah menuduh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan sengaja menembak dirinya sendiri ‎untuk menjadi popular. 

Susulan fitnah tersebut, Sanjeevan telah membuat laporan polis membawa kepada penangkapan Yuktes. 

Ketika pendakwaan di mahkamah Kajang, di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan, Yuktes mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, bagaimanapun tiada jaminan ditawarkan kerana dia tidak mempunyai penjamin.‎

Kelmarin aku baru borak dengan seorang kawan tentang dia ni. Aku kata Yuktes ni orang gila, suka hati tuduh orang tembak diri sendiri. Kita nak cubit diri sendiri pun tak mahu, apa lagi nak tembak diri sendiri.‎

‎Rupa-rupanya dia ni memang gila. Menurut Sanjeevan di laman twitter, semalam Yuktes buat kecoh di mahkamah, oleh itu mahkamah telah memerintahkan agar Yuktes dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan serta diberi pengawasan selama sebulan.

Rupa-rupanya orang yang jadi modal TV3 dan Utusan Malaysia untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim ini adalah orang kurang siuman.

Kejadian ini membuatkan aku teringat satu masa dulu Tun Mahathir pernah tuduh Anwar Ibrahim tumbuk mata sendiri supaya lebam untuk meraih simpati rakyat.

"Elok Tun Mahathir pun dihantar ke Tanjung Rambutan"‎

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/08/
mahkamah-arah-kaki-fitnah-anwar-ibrahim.html#ixzz3AzzWwdWF

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA