Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 4, 2014

PERDAGANGAN DENGAN ISRAEL AKAN DI KAJI SEMULA


 
Rakyat Malaysia kini sedang dalam proses memastikan apa yang berlaku di Timur Tengah khususnya kaitan dengan Pelastine dapat di tangani dengan baik, semua NGOs terus memperkatakan sokongan kepada Pelastine dan membantah tindakan Israel yang terus menerus menghujani bumi Pelastine dengann bome-bom dan kini sudah pun membunuh melebih 2000 orang ( orang awam khususnya kanak-kanak )

Tapi apakah perjuangan kita ( rakyat Malaysia ) di  curaigai oleh mereka ( israel )? persoalan yang amat sinis untuk di jawab. Kita lihat sahaja bagaimana Obama sendiri menyokong tindakan Israel kerana orang Israel juga perlu mempertahankan diri dari serangan Hamas. tapi bagaimana Hamas boleh menyerang sedangkan mula serangan dari Israel sendiri.

Untuk itu berbaloikan perjuangan kita dengan perhimpunan dan perhimpunan, cerek pekek dengan cerek pekek sedangkan kerajaan terus bersama dalam urus niaga. Siapa di di bohongi.?


Semalam, berbelas ribu orang berhimpun di Dataran Merdeka melahirkan kebencian terhadap Israel dan Amerika Syarikat, selain mengutuk tindakan Mesir yang pro-Israel menutup pintu sempadan di Rafah bagi menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan Palestin.

Semalam juga, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustafa Mohamad buat kenyataan yang mengesahkan dakwaan selama ini bahawa Malaysia memang mempunyai hubungan dagang dengan Israel.

Walaupun Mustafa hanya mengatakan 'syarikat-syarikat multinasional' yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel, sebenarnya dalam bahasa yang lebih mudah, Malaysia memang ada hubungan dagang dengan Israel la!

Cuma hubungan dagang itu secara tidak langsung sebaliknya menerusi syarikat-syarikat multinasional. Dalam konteks apa pun, sebenarnya yang berdagang adalah syarikat-syarikat multinasional, bukannya antara kerajaan dengan kerajaan sebab kerajaan hanya mengutip cukai dan menikmati hasil cukai daripada aktiviti perdagangan.
Jadi, kenapa Kerajaan Malaysia cukup melenting kalau dikatakan mempunyai hubungan dagang dengan Israel? Mengapa susah sangat nak mengaku?

Walaupun secara luaran Malaysia dilihat sebagai penyokong kuat Palestin, malah ada pula lakonan dan drama kononnya Israel menjadikan Malaysia sebagai sasaran kerana membantu Hamas, hakikat yang tak boleh dinafikan sama sekali ialah, Malaysia memang ada hubungan dagang dengan Israel dan itulah yang menyebabkan Barrack Obama datang ke Malaysia dan Najib Razak mendapat pujian di Senat Amerika. Itulah juga yang menyebabkan bala bertimpa-timpa ke atas Malaysia.

Sebenarnya itulah gambaran sebenar UMNO yang cukup hebat dengan laungan HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! tetapi sebenarnya membaham dan memusnahkan Melayu sepertimana mereka membaham segala tanah dan aset-aset kerajaan dengan menjadikan ianya harta pusaka keturunan mereka. 

1 comment:

  1. Lama sangat dah melayu kena tipu dgn umno. Tu pun masih ramai yg sokong. 47% pengundi berdaftar masih seronok ditipu BN hehehe apa punya cikai laa 47% tu.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA