HENTIKAN PENDAKWAAN DAN SERANGAN TERHADAP PIMPINAN PAKATAN
Pada Julai 2012, Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan untuk
memansuhkan Akta Hasutan 1948 selari dengan pelan transformasinya.
Namun, sehingga kini setelah lebih dua tahun, hasrat tersebut dilihat
sekadar janji kosong semata-mata. Tambah mengecewakan lagi, semakin
ramai pimpinan Pakatan yang disiasat di bawah akta ini.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, antara pimpinan yang disiasat atau
didakwa atas Akta Hasutan atau undang-undang lain termasuklah Ahli
Parlimen Pandan; Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Shah Alam; Khalid Samad,
Ahli Parlimen Padang Serai dan peguam Anwar Ibrahim; N. Surendran, ADUN
Seri Delima; RSN Rayer, Ahli Parlimen Seputeh; Teresa Kok dan bekas
Menteri Besar Perak; Nizar Jamaluddin.
Apa yang lebih teruk adalah apabila akta ini seolah-olah hanya
digunapakai dikalangan ahli pimpinan Pakatan sahaja. Banyak pimpinan BN,
ISMA dan Perkasa yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang nyata
bersifat jenayah tetapi tiada apa-apa tindakan. Misalnya, saya pernah
membuat laporan polis terhadap kenyataan pemimpin Perkasa; Ruslan Kassim
ingin memancung empat Ahli Parlimen PAS Selangor kira-kira dua bulan
lepas namun tiada tindakan susulan selepas kenyataan saya diambil.
Kalau benar Najib menepati janji, saya mendesak supaya beliau segera
memansuhkan Akta Hasutan 1948 ini seperti yang telah beliau katakan.
Hentikan pendakwaan dan serangan terhadap pimpinan Pakatan serta-merta.
Dengan penghapusan Akta Hasutan 1948 ini, tiada lagi rakyat yang akan
ditindas hanya kerana kelantangan mereka menyuarakan pendapat mahupun
mengkritik kerajaan.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA
Kerajaan umno munafik ni tak serik2 dengan bala yg Allah turunkan kepada negara...MH370, MH17 dan lain2 lagi...dok asyik buat perkara yg tak adil..dok asyik memfitnah....tunggu...akan ada lagi bala selepas ini!
ReplyDelete