Memang tidak dinafikan, masa ini keadaan rakyat terus tertekan dengan penghidupan harian dengan peningkatan harga barangan, kalau di bandingkan dengan 2 tahun lalu, hanya 2 tahun. Duit RM 100 jika dulu
boleh muat sebakul barang, kini tinggal separuh.
Keterasaan peningkatan penggunaan wang harian ini bukan sekadar untuk mereka di kampong atau pendalaman tapi di fahamkan kalangan mereka yang di bandar dengan pendaptan sama dengan orang kampong lagi amat terasa, hatta pegawai kerajaan juga terlibat sama, tapi memang tidak dinafikan kalangan mereka yang bergaji besar " mungkin " kenaikan harga barangan ini di menjadi kudis.
Tapi jika sekadar pegawai kerajaan biasa, gaji memang cukup-cukup,
kadang-kadang tak cukup untuk menampung keperluan, tambah-tambah jika tinggal
di bandar. Sesetengah sindiran kita dengar, orang kampung, orang
felda tak kisah harga barang naik sebab dah kaya-kaya, sebab tu majoriti mereka
menyokong BN walaupun PR janji turun harga barang dalam manifesto.
Di awal tahun persekolahan, kalangan keluarga yang ada anak bersekolah memang terasa amat sekali himpitan penghidupan ini. Semua nak pakai duit, bukan boleh lepas
hanya beli pakaian seragam. Duit macam-macam
buku , buku PBS, derma PIBG, derma sukan, derma majalah dan macam-macam derma
dok ada ( Tak boleh sebut yuran sebab kerajaan dah umum tak ada yuran sekolah). Bantuan RM100 bak kata pepatah " hanya lekat di celah gigi sahaja " Apa tidaknya belanja untuk seorang mencecah RM200.
Nak belajar perlukan pengorbanan, semua perlu dibeli, sekolah pula perlu dibantu, peruntukan Perkapita Grant ( PCG ) di potong. Akhirnya ibubapa dijadikan " batu loncatan " untuk tujuan melengkapkan keperluan asas sekolah, seperti kertas pendua, kertas untuk ujian bulanan atau pertengahan dan akhir tahun..
Yang tua-tua pangkat tok wan dan nenek mungkin tak
terasa sebab makan dah tak banyak, tak dak sangat cari pucuk paku ka, ulam
pegaga ka buat sayur . Tapi yang ada anak ramai, tak kan nak makan pucuk paku
hari-hari.
Sekarang, penyokong tegar BN mungkin masih bertahan
makan kangkung kerana kerajaan dah janji nak bagi BR1M . Najib dah bagi tahun dengan BR1M tu ,
dapat tanggung kehidupan selama setahun. Itu sindir kita, tapi sebenarnya
rata-rata penyokong tegar BN ini adalah mereka yang kehidupan mereka naïf,
susah dan mudah diperdaya dengan umpan kewangan.
Bagi mereka, pembangkang tak bagi apa-apa, tapi BN ada
juga bagi BR1M di kala mereka susah. Sampai bila penyokong tegar ini dapat
bertahan menyanjung BN ? Selagi ada umpan sekali sekala yang dilontar oleh pemimpin
mereka melalui dana kerajaan.
Namun percayalah, yang atas pagar sekarang ramai yang
mengeluh kesal memberi undi pada BN. Hanya terumpan dengan propaganda perkauman
dan agama yang ditiup saban hari, mereka terpedaya untuk beri undi. Hari ini,
ramai yang dah menyesal, ramai yang maki-maki, ada yang dah sampai tahap tak
boleh pandang muka Najib dalam TV.
Keperitan hidup rakyat memang terasa sekali, bukan nak buat andaian atau pun cerita tapi ianya satu realiti dalam penghidupan, rakyat marhain amat perlu sekali berbelanja dalam keadaan " berjimat ", kerajaan pula memomokkan dengan pemberian BRIM dan kah sumbangan kerajaan melalui BRIMterseubt?
Namun, masalahnya JKM dan Baitulmal pula bukan senang
nak dapat bantuan, macam-macam prosedur. Bila dengar rintihan mereka yang
susah, bukan sangat pegawai yang atas-atas tak lulus tapi pegawai di bawah yang
banyak karenah. Itu tak kena, ini tak betul sehingga orang susah putus asa nak
minta bantuan mereka.
Sehinggakan ada yang susah terlalu marah kepada Pegawai-pegawai
bawah yang payah sangat nak keluarkan bantuan ni . Mereka yang terkena dengan
karenah pegawai bawah ini selalu berkata “ dok ingat duit kebajikan dan duit
baitulmal itu ‘Bapak Dia Punya’”.
Bagi orang susah yang datang ke pejabat wakil rakyat
PR, jika ada dana maka dapatlah wakil rakyat bantu. Jika tiada maka tiadalah ,
kerana wakil rakyat PR tiada peruntukan di sapu Ketua Bahagian Umno.
Ada juga wakil rakyat PR atau jika dalam PAS , ada
Lujnah Kebajikan PAS kawasan yang aktif cari dana membantu rakyat. Maka,
sekiranya wakil rakyat tiada dana lujnah kebajikan yang ada dana akan
mengeluarkannya.
Dalam keadaan harga barang naik melangit, rakyat
semakin susah penulis terasa sungguh jika pemegang amanah dana dalam PAS juga
berperangai seperti pegawai bawah yang kerja di Pejabat JKM.
Bila , ada yang nak minta derma untuk kebajikan rakyat
, tak mahu keluarkan alasannya dah banyak keluar sedangkan dalam tabung masih
berbelas ribu sumbangan orang ramai.
Penulis tak tahu, apakah yang ada dalam fikiran
pemegang amanah seperti ini. Tidak
mengajikah dia, tidak fahamkah akan
janji Allah dalam firmanNya ini :
“Siapakah yang mahu memberi
pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan
Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat
ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan
kepada-Nya-lah kamu dikembalikan”. (QS: Al-Baqorah: 245)
Dari firman Allah diatas sebetulnya
sudah cukup jelas untuk menjadi sebuah petunjuk bagi siapapun yang mahu membaca
dan menelaahnya. Siapapun yang mahu
memberi pinjaman (dalam hal ini yang dimaksudkan adalah Sedekah), maka Allah
akan melipat gandakan pembayaran dengan lipat ganda yang banyak.
Ertinya, bukan saja sedekah yang kita
berikan di jalan Allah itu akan dikembalikan, tapi juga Allah akan mengembalikannya
dengan jumlah yang lebih banyak.
Memang Luar biasa! Ini adalah janji
dari Allah, sebagi pejuang Islam mesti kita mampu mengimani , meyakini perkara ini
untuk kemudian kita laksanakan. Tidak pernah kita dengar orang yang menafkahkan dengan bersedekah ia kemudian
menjadi miskin .
Mungkin pemegang amanah ini dok ingat
ayat ini hanya dituju kepada individu bukan organisasi. Tak fahamkah dia akan
barakah harta. Tak kira individu atau organisasi semuanya termasuk di dalamnya,
tambahan pula kita dalam jamaah.
Janganlah ada dalam fikiran, rasa
takut dana kebajikan akan kurang kerana dikeluarkan kepada mereka yang
memerlukan. Percayalah, dana itu makin bertambah kerana Allah telah berjanji
seperti dalam ayat di atas.
Apa yang penulis takut adalah peringatan
seperti yang Rasulullah SAW bersabda :
“ Tidak ada suatu hari pun yang
seorang hamba bangun pagi melainkan turun dua malaikat ke bumi. Yang satu
berdoa, ‘ Ya Allah, berilah ganti kepada hambaMu yang menafkahkan hartanya’.
Dan yang satu lagi berdoa, ‘Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang
kedekut’ ” (HR Bukhari)
Bila ada hadis menyebut perkara ini,
penulis takut akan kebinasaan kepada dana yang didermakan orang ramai kepada
jamaah kerana pemegang amanah bersifat demikian.
Allah boleh beri kebinasaan melalui
bencana, kecurian atau apa sahaja yang tidak disangka-sangka.Kena ingat, dana
kebajikan boleh kita simpan berbelas, berpuluh ribu tapi sekelip mata Allah
boleh ambil balik.
Penulis terpaksa menulis begini kerana
sudah ada yang berfikiran demikian sehingga menyusahkan orang lain. Kita dok
kata Umno suka sekat bantuan kepada rakyat tapi sedarkah kita, kita pun sama
berperangai seperti Umno jika kita dok tahan dana kebajikan daripada
dikeluarkan kepada orang miskin dan mereka yang memerlukan.
Maaflah kepada siapa yang terasa, nak
bercakap tak berdaya kerana takut menyingung tapi penulis ikhlas kerana penulis
membaca firman Allah di bawah,
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali
bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau
berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa
yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi
kepadanya pahala yang besar. (QS: An-Nisa: 114)
Wassalam
No comments:
Post a Comment