Kini politik UMNO mula menceritakan keadaan apa sebanarnya politik dalam perjiuangan mereka. Apakah benar mereka yang memimpin UMNO itu lebih mementingkan diri sendiri dan menggunakan " kepimpinan " untuk memastikan poket sendiri sentiasa berisi. Catatan di bawah menceritakan apa yang sedang berelaku dari sebuah kerajaan.
Memang hampir tepatlah pendapat ramai rakan atas pagar yang mengatakan "orang
UMNO" kalau dengar sahaja projek Kerajaan tak ubah seperti kucing lapar ikan. Teliurnya menitik sehingga ke dagu. Perebutan projek Kerajaan sesama
orang UMNO sendiri sudah lumrah ianya ibarat perebutan sebiji bola oleh 22 pemain dalam
gelanggang Piala Dunia.
Di dalam perebutan projek sesama sendiri ini ada yang menggunakan kaedah tikam belakang,
tikam depan, tikam rusuk kanan, tikam rusuk kiri, das kaki kanan, das kaki kiri, lompat tikam dan berbagai lagi
malah yang lebih memalukan ada yang sanggup menarik londeh seluar sesama kawan. Apa juga
cara diguna pakai untuk mencapai matlamat.
Semuanya hanya berpunca dari saling kejar mengejar
projek-projek kerajaan baik yang kecil mahupun yang mega. Baik yang sekenit mahu pun yang gajah. Baik projek jangka
pendek mahupun projek jangka panjang.
Matlamat akhir kesemuanya ini adalah sebagai mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk
menabur wang ketika bertarung dalam pemiilihan UMNO yang akan datang. Mereka percaya dengan wang itu
kelak mereka mudah menyogok perwakilan dan membeli kuasa. Dengan wang mereka kekal berkuasa sebagai Ketua
Bahagian dan Wakil Rakyat (itu pun kalau mereka menang pilihanraya).
Blog ini yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat cuba
menyuarakan rungutan kontraktor kecil yang periuk nasi mereka sedang dipasirkan
maka ada pula penulis yang cuba membela dan konon ada cubaan mencemar imej exco.
Jika diteliti tulisan
di atas ianya amat jelas lagi bersuluh telah membuktikan ada perebutan projek di antara sesama sendiri
di dalam UMNO hari ini. ADUN dan Ahli Parlimen tidak ngam kerana berebut
projek. Peruntukan projek Ahli Parlimen pun hendak digagau oleh ADUN.
Kemelut ini berlaku hampir di majoriti di kawasan atau bahagian di dalam negeri kedah
di mana Wakil Rakyat tidak memegang
jawatan Ketua Bahagian. Sehinggakan Pegawai Daerah di daerah tersebut pusing
kepala.
Terdapat juga punca ini berlaku akibat dari desakan kuncu-kuncu dan opportunis yang dulu telah
melabur ribuan ringgit dengan memenangkan Si Polan bin Si Polan sebagai Ketua Bahagian
dan hari ini mereka menagih kembali hutang mereka yang mereka rasa patut dibayar balik.
Persoalannya
bagaimana kah kesudahan semua episod ini? Ke mana kah hala tuju
politik BN dan UMNO di Kedah hari ini? Di mana slogan rasuah sifar
seperti yang dilaungkan MB, Mukhriz Tun Mahathir? Sedar kah mereka?
mereka baru
sahaja celik menjadi pemerintah kini sudah nampak belang apabila berlaku
perebutan projek kerana mahu cepat kaya.
Bagaimana perasaan rakyat yang memilih mereka dahulu? Akan kekalkah
rakyat menyokong BN/ UMNO jika begini lah kelaku dan perangai yang jelas penuh keserakahan.
Memang tepat seperti kata pepatah Melayu “Mati semut kerana gula”
dan “Mati UMNO Kerana Harta”.
"Harta Yang Ada Sekangkang Kera, Menjadi Rebutan
Bagai Nak Gila, Kelak Tergadai Hilang Kuasa, Mata Terbeliak Lari
Cempera. Jangan Dok Cari Salah Siapa, Kerana Diri Ampunya Angkara"
ehsan - mummy rokiah
Nak buat macam orang melayu mudah lupa , dah jadi macam nie orang Johore bukan bangga lagi sebabnya negeri mereka maju tapi mereka lupa yang mereka akan nanti tinggal dibawah jambatan atau gelandangan kedua selepas kota melipolitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ,kita tunggu dan lihat kemana orang hendak pergi nanti seperti anak-anak muda hari yang begitu taksub dengan kepimpinan UMNO yang telah mengadaikan Tanah sendiri.
ReplyDelete