Kat Pulau Pinang ? Betulkah Islam Terancam Dan Akan Terhapus ? ini
berasaskan apa yang telah disuarakan oleh Bekas Ketua Hakim Negara, Tun
Abdul Hamid Mohamad yang membangkitkan masalah yang dihadapi oleh umat
Islam di Pulau Pinang, yang menurutnya boleh merebak jika terus
dibiarkan.
Antara lain, katanya, mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama...
selebihnya hangpa boleh baca di Islam Terancam Dan Akan Terhapus Di Pulau Pinang -
Pulau Pinang bukan hanya di bahagian pulau saja ! yang terbesar
adalah di Seberang Perai ! Pondok Hj. Saleh ada kat Penanti..Pondok di
Sungai Bakap pun di S.Perai Tengah ! Maahad Tahfiz di Mesjid
Negeri..Sek. Agama Al-Mashoor (L) di Jln Air Itam..(P) di Klawai, Pulau
Tikus..Sek. Agama Mashoor Swasta kat Teluk Kumbar !! Bila hangpa baca
kenyataan kat pautan di atas sana tu ! nampak gambaran yang Islam kat
P.Pinang dah cukup bahaya bro ! ?
Tokoh2 terbesar dari P.Pinang antaranya DSAI, Tun Abdullah Ahmad
Badawi..sekadar sebut dua nama saja.. Tentunya mereka lebih almaklum
pasai nie?..anak sedara sepupu aku pun ada jadi khadi kat P.Pinang nie !
tak dak laa aku dengar begitu kalut kata susah sangat mendapat
peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin
agama lain juga menuntut hak yang sama..
Ya laa pemimpin agama lain pun turut meminta ! apa masalahnya ? masa BN dulu..depa tak mintak ke? kah kah kah
Patutnya mau laa faham sikit pasai 'Tasamuh' bro !
التسامح في الإسلام
At-Tasamuh atau toleransi dalam Islam bukan hanya sesama
Islam..tetapi bersifat antar-agama dan bangsa atau lebih bersifat
alamiah ! Rasulullah diutus sebagai Rahmatan Lil-Alamin...bersifat jagat
! jangan pulak kita persempitkan !!
cuba lihat ayat al-Quran الممتحنة: 8
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ * إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ ﴾ [الممتحنة: 8
mafhunya, " Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil
kepada orang2 yg tiada memerangi kamu, kerana agamamu dan tidak pulak
mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang
berlaku adil" ayat 8 : Surah Al-Mumtahinah..
Mari kita lihat
Fakta bro !
Bukan Auta !
PULAU PINANG -
FAKTA JELAS AGAMA ISLAM
JAUH LEBIH BAIK DI BAWAH PR BERBANDING BN.
Mari kita lihat perbandingan peruntukan kepada hal ehwal agama Islam
di Negeri Pulau Pinang ketika di zaman BN dan juga ketika ditadbir oleh
Pakatan Rakyat pada masa ini..
Kita tidak mungkin akan dapat membandingkan corak pemerintahan di
pulau Pinang di antara BN dan PR sekiranya kita tidak berani berubah
pada PRU12 tahun 2008 dulu...
Atas sikap berani berubah rakyat Pulau Pinang pada 2008 lalu lah..
Maka kita kini boleh mendapatkan "FAKTA" yang jelas,pentadbiran yang
manakah jauh lebih baik di antara BN dan PR dalam mentadbir Pulau
Pinang...
Kita ingin kongsikan pemerhatian seorang anak jati Pulau Pinang terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat selama 3 tahun lebih di pulau Pinang....
Nama beliau adalah Syed Imran....
beliau merupakan bekas Setiausaha Akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri....
dan juga pernah menjadi wartawan Bernama suatu ketika dahulu...
Dalam blog beliau KUDA RANGGI
Beliau menyatakan bahawa apa yang dipaparkan di media perdana negara
adalah sangat berbeza dengan keadaan sebenar di Negeri di bawah
Pentadbiran PR itu...
Beliau menggambarkan bahawa laporan yang sering dipaparkan oleh media
perdana hanyalah bertujuan mencipta persepsi "salah" supaya rakyat
marah dengan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mana Ketua Menterinya
adalah Lim Guan Eng dari DAP..
Beliau menyatakan Pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, telah
membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan
memelihara kebajikan rakyat.
Belanjawan atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya
mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada
RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun
sahaja.
Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 % adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia.
Cuba kita lihat betapa besarnya jumlah hutang yang ditinggalkan oleh
Kerajaan Negeri dahulu iaitu BN yang mewakilkan Parti Gerakan untuk
mentadbir Pulau Pinang...
Dan lihat betapa pantasnya pulak Kerajaan Negeri Pulau Pinang di
bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menyelesaikan hutang yang ditinggalkan
oleh BN tersebut dalam 3 tahun setengah sahaja...
Orang melayu tidak sedar...
mereka mempunyai satu sikap yang sentiasa cuba menafikan dan menolak
fakta kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang hanya
kerana negeri itu ditadbir oleh Ketua Menteri dari DAP...
Orang melayu kena ubah minda...
kerana fakta yang kita ada kini menunjukkan bahawa pentadbiran
Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa kini adalah jauh lebih baik dari
pelbagai sudut.
Janganlah kita tolak kebaikan hanya semata-mata kita "dimomokkan" persepsi yang tidak benar mengenai DAP...
orang melayu sejak dari dulu lagi "dipaksa" menerima propaganda yang
dibawakan UMNO bahawa DAP itu Komunis... dan komunis itu adalah DAP...
itu adalah propaganda yang dimainkan UMNO sejak lama dulu....
Ini terjadi kerana dulu tiadanya media baru bagi menyeimbangkan antara "FAKTA" dan "PROPAGANDA" ciptaan UMNO....
Kini..
maklumat sampai kemerata ceruk kampung....
dan kini..
tiba masanya kita berubah...
Segala fakta yang ada telah meletakkan kita wajib untuk berubah..
berubah menolak BN...!
JADI BENARLAH ISLAM TERGADAI
KERANA DAP ?..
Mari tengok apa kata LGE bro !
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengecam bekas Tun Abdul
Hamid Mohamed sebagai seorang "penipu, rasis dan estremis" kerana
menuduh agama Islam terancam di negeri tersebut.
Lim berkata, kerajaan negeri DAP menyediakan peruntukan lebih banyak berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.
"Bekas ketua hakim hanya mendedahkan dirinya sebagai seorang rasis,
ekstremis dan penipu. Dia kata kami abaikan Islam tapi buta untuk
melihat yang kami sudah meningkatkan peruntukan kepada mereka.
selebihnya anda baca di sini... Wuuuuuuuu ...?
Tidak akan sama
Kebaikan
dengan Kejahatan bro !
dari pelbagai sumber..
*Jeebond BLM
*Kuda Ranggi...
mt
Bukan payah nak dapat peruntukan bagi yang memerlukan dari kalangan orang beragama islam tapi payah nak dapat lebih dari diperlukan oleh puak-puak yang dulunya keperluan Rm sikit tapi mohon banyak untuk kepentingan sampingan ,bagi kerajaan pimpinan DAP ini semua peruntukan yang diperlukan mesti jelas keperluannya bermaksud mesti terperinci perbelanjaannya bukan untuk masuk kocek separuh atau untuk parti separuh selebihnya baru untuk yang diperlukan ,itulah lah fakta yang dimaksudkan oleh mantan mufti yang dibekalkan kepada mantan ketua hakim tu.Cuba tanya wang zakat pulau pinang kemana dibelanjakan semasa gerakan perentah dulu,dan cuba tanya mufti sekarang kemana wang itu disalurkan.ini fakta kenapa ini tidak dibangkitkan,nampak sangat UMNO telah hilang arah hinggakan sanggup mengunakan kepala otak mantan Ketua hakim yang beku dan tak mahu buka mata.
ReplyDelete