Pertubuhan
Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) merasakan tiada keperluan untuk
pertubuhan badan bukan kerajaan itu menyertai Biro Hubungan NGO Pemuda
Umno.
Setiausaha
Agung Perkasa Syed Hasan Syed Ali (gambar) berkata, pertubuhan sayap
kanan Melayu itu, termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) juga tidak
akan menyertai biro berkenaan walau dijemput sekalipun.
"Perkasa dan Isma tidak ingin walau dijemput sekalipun," katanya, ketika dihubungi The Malaysian Insider.
"Kami hanya mahu bersama NGO yang benar-benar anak jantan," katanya.
Pemuda Umno
hari ini berpendapat tiada keperluan bagi Perkasa dan Isma untuk
menyertai biro yang baru ditubuhkan mereka sebaliknya cukup saling
berhubung dengan dua NGO itu.
Pengerusi Biro
Hubungan NGO, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata apa yang paling
penting adalah memahami agenda NGO berkenaan supaya segala isu yang
dilontarkan dapat dilihat dengan lebih adil.
“Kita tidak
perlu mengarah atau mempelawa mereka. Cuma yang paling penting hubungan.
Setiap NGO di Malaysia perlu ada hubungan. Dengan Bersih pun kita kena
ada hubungan. Tidak perlu mereka masuk ke payung NGO kita,” katanya pada
majlis makan tengahari bersama media di Kuala Lumpur, hari ini.
Khairul Firdaus
berkata tiada gunanya mendekati NGO yang tidak mahu melakukan perubahan
kerana sifat ekstremis dan cauvinis sememangnya perlu dielakkan.
Syed Hasan berkata, biro berkenaan boleh mencari mana-mana NGO yang lembut dan terlalu baik untuk menyertai mereka.
"Mereka boleh mencari mana-mana NGO pondan yang lemah lembut untuk bersama mereka," kata Syed Hasan.
Beliau turut
mempersoalkan tindakan biro berkenaan, yang mana katanya sebelum ini
sering memperlekehkan pertubuhan seperti Perkasa.
"Persoalannya kenapa baru sekarang ingin mendekati NGO seperti kami, kenapa tidak dari dahulu.
"Sudah lemas baru tahu kepentingan NGO seperti kami," katanya.
Biro Hubungan
NGO merupakan biro baru yang ditubuhkan di bawah sayap Pemuda Umno bagi
mengukuhkan hubungan Pemuda dengan NGO di serata Malaysia.
Enam kluster
yang ditekankan oleh NGO di bawah gabungan itu adalah pendidikan,
ekonomi dan kos sara hidup, keselamatan, perancangan keluarga,
kepenggunaan serta agama. – 4 Jun, 2014.
dari MOUNTDWELLER.
Banyaknya NGO sayap kanan melayu mutakhir ni, PERKOSA, ISJIMA', BEND NGO, yang akan melahirkan melayu BENGONG, melayu BERDENGONG, pada suatu hari nanti,
ReplyDelete