Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, June 25, 2014

DAP - DYANA PENCETUS POLITIK BARU MALAYSIA

Hanya satu renungan untuk masa depan politik Malaysia.


Di PRU13, Mah Siew Keong mendapat 20,086 undi di Teluk Intan. Di PRK Teluk Intan baru-baru ini, Mah mendapat lebihan 71 undi kepada 20,157 undi.Lebihan 71 undi membawa nasib berbeza untuk Mah, di mana beliau berjaya mengalahkan calon popular, Dyana Sofya Mohd Daud daripada DAP dan menguasai semula kerusi Parlimen Teluk Intan yang pernah dimilikinya sebelum 2008.



Jadi, di mana 7,242 undi (mantan ahli Parlimen Teluk Intan Seah Leong Peng menang dengan 7,313 majoriti, dan penulis menganggap terdapat 71 undi yang berpaling tadah ke Mah) yang sepatutnya memenangkan Dyana Sofya di Teluk Intan?

DAP berusaha habis-habisan untuk memenangkan Dyana. Tetapi mengapa penyokong mereka tidak kembali untuk mengundi?



Silap media pro-pembangkang dan permainan di media sosial



“Dyana pasti menang besar.” – Itulah persepsi yang dibina oleh media pro-pembangkang dan di media sosial seperti di Facebook dan Twitter sebelum Dyana dinamakan sebagai calon lagi.



Dyana diangkat seperti seorang puteri istimewa. Popularitinya bukan sahaja naik mendadak, malah melonjak ke langit dalam sekelip mata.



Mereka yang suka berlegar di Internet, terutamanya mereka daripada kalangan pro-pembangkang akan merasakan kemenangan Dyana sudah pasti, cuma majoriti sahaja yang perlu dirisaukan.



Bahkan, DAP sendiri hanya memberikan ramalan bahawa majoriti kemenangan mereka di Teluk Intan berkemungkinan kurang daripada 1,000 undi.



Perkataan kalah langsung tidak terlintas di minda mereka. Ini juga yang tersemai di minda pengundi luar Teluk Intan.



Melihat bagaimana Ramkarpal boleh meraih jumlah majoriti yang tidak jauh beza daripada jumlah yang dicatat bapanya di Bukit Gelugor meskipun peratusan keluar mengundi hanyalah 56.05%, menyebabkan para pengundi luar Teluk Intan pula merasakan Dyana juga akan selamat kerana DAP menang besar dengan 7,313 majoriti di 2013.



Perasaan tidak perlu kembali mengundi diperhebatkan lagi apabila portal pro-pembangkang pula menceritakan bagaimana sesaknya Teluk Intan di hari terakhir kempen pada Jumaat malam Sabtu.



Malah, ada media pro-pembangkang yang melaporkan bahawa kesesakan jalanraya itu adalah petanda bahawa pengundi luar sedang berpusu-pusu kembali ke kampung halaman mereka untuk mengundi. Ternyata mereka tersilap.



Bukan itu sahaja, para pengundi luar yang baru habis bekerja di lewat petang Jumaat pula disajikan dengan gambar ceramah raksasa DAP yang dihadiri 10 ribu orang berbanding dengan hanya kurang seratus orang di BN yang berlegar di Facebook dan Twitter.



Motivasi pengundi luar untuk kembali mengundi terus merudum apabila media pro-pembangkang melaporkan perbandingan hadirin ceramah terakhir antara DAP dan BN.



Bukan itu sahaja, persepsi tersebut diperkuatkan lagi dengan komen-komen daripada pakar penganalisa yang meramalkan Teluk Intan akan kekal di tangan DAP.



Bagi mereka yang mengikuti laporan PRK Teluk Intan secara dekat, sudah pasti mereka menganggap DAP sudah menang.



Memandangkan DAP tidak berkempen untuk mengekalkan majoriti kemenangan yang ada, malah mereka menghantar mesej bahawa sasaran majoriti hanya 1,000, ramai pengundi luar beranggapan sasaran itu boleh dicapai tanpa kehadiran mereka.



Senjata yang sepatutnya membantu DAP untuk memenangkan Dyana akhirnya makan tuan.



Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah awal-awal lagi menghidu perkara ini akan berlaku.



Dari awal lagi, Kit Siang menegaskan bahawa Dyana adalah 'underdog'. Namun, media pro-pembangkang tidak mengikut rentak catur politik Kit Siang, malah Dyana terus diangkat menjulang tinggi ke langit.



Ini adalah faktor terbesar yang menyumbang kepada kekalahan mengejut Dyana.



Dimensi baru politik perkauman



Kekalahan Dyana membuka satu lembaran baru dalam perspektif politik perkauman.



Daripada lensa kaum, PRK Teluk Intan memperlihatkan orang Melayu yang menyokong Umno sanggup memberikan undi untuk memenangkan calon Cina daripada Gerakan (Pakatan Rakyat hanya mencatat kenaikan 3% di kalangan pengundi Melayu).



Manakala orang Cina yang menyokong DAP pula tidak sanggup memberikan undi untuk memenangkan calon Melayu DAP apabila Pakatan Rakyat mencatat penurunan sebanyak 15% daripada pengundi Cina.



Umno boleh menggunakan PRK Teluk Intan sebagai bukti untuk mematahkan serangan parti-parti yang menuduh mereka rasis.



Yang rasis bukan mereka, tetapi dua NGO yang bertopengkan bangsa dan agama itu – begitulah agaknya jawapan mereka kerana dua NGO tersebut langsung tidak kedengaran di PRK Teluk Intan.



Yang pasti, PRK Teluk Intan membuktikan Umno (dan juga BN) tidak perlukan sokongan kedua-dua NGO itu untuk memenangi hari rakyat Malaysia semula.



DAP juga boleh mematahkan tuduhan bahawa mereka rasis kerana mereka berani meletakkan Dyana sebagai calon.



Yang rasis bukan mereka, tapi segelintir pengundi Cina yang hanya sanggup mengundi mengikut bangsa walaupun berlainan parti.



Dan DAP (dan juga Pakatan Rakyat) tidak perlukan sokongan golongan ini jika mereka betul inginkan cita-cita menjadi parti berbilang kaum berjaya satu hari nanti.



Kerana jika DAP akur pada kehendak golongan ini, sudah tentu hasrat mencalonkan lebih banyak Dyana yang boleh menukar imej DAP mustahil untuk dilakukan.



Itu hikmah terbesar di sebalik keputusan PRK Teluk Intan bagi BN dan juga PR.



Semoga Dyana dan keluarga tabah mengharungi kehidupan sehinggalah PRU14 tiba

-malaysianinsider-

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA