Dengan berpandukan kata-kata “Bukan harta kita, harta bapak mertua’ dan ' biar papa asalkan bergaya ' kedua-dua ' quotation ' dari Perak ini telah dijadikan tema pengauditan oleh pihak Jabatan Audit negara. Maknanya kerajaan menunjukkan
sikap tidak peduli dan ‘tak apa’ jika harta itu milik bapak mertua.
Boleh dibuat sesuka hati. Bukan hasil titik peluh sendiri.
Di Malaysia kini semacam begitulah keadaan setengah orang. Kenyataan di
atas boleh juga digunakan untuk menggambarkan keadaan pemimpin dan para
pegawai kerajaan di Malaysia yang sewenang-wenangnya menggunakan wang
kerajaan seolah-olah tidak mempedulikan langsung jerih payah pembayar
cukai yang menampung perbelanjaan mereka. Terdengar seorang pembayar
cukai yang begitu marah mengeluarkan kata-kata, ‘ apa…mereka ingat wang
emak bapak mereka yang mereka boleh gunakan dengan sewenang-wenangnya’.
Kemarahan ini dihamburkan ekoran daripada pendedahan yang dibuat oleh
Ketua Audit Negara TS Amrin Buang berkaitan dengan berbagai pembaziran
yang berlaku di berbagai jabatan kerajaan di negara ini.
Kalau diperhatikan, apakah ada kaitan atau hubungan antara pemimpin dan pegawai kerajaan seolah-olah bersengkongkol untuk berbelanja dengan tidak memikirkan jerih payahya rakyat yang membayar cukai. Seolah-olah pihak kerajaan tidak langsung ambil peduli dengan derita
rakyat yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang kian meningkat
ekoran daripada tindakan kerajaan mengenakan berbagai-bagai cukai baru
ke atas rakyat jelata.
Bagaimana mereka berbelanja dengan tidak berhemah sekali.
1- “RM 118k taxpayers’ money to pump up gov’t cars’
( Malaysiakini 16 Jun
2014 ) - Kerajaan Johor membelanjakan RM118k hanya untuk membeli
peralatan kereta ( accessories ), sport rim, tempat duduk kulit, alat DVD.
2- ‘RTM buat perolehan RM 111.3 juta
tanpa kontrak’ (Malaysiakini 16 Jun
2014) - Ketua Audit Negara mendapati Jabatan Penyiaran
Malaysia didapati membuat perolehan berjumlah RM111.30 juta tanpa sebarang kontrak formal. Semakan Audit terhadap 426 program (rancangan
televisyen) mendapati 413 program berjumlah RM111.30 juta tidak
mempunyai kontrak formal’.
3- (Malaysiakini 16 Jun 2014) laporan berbunyi, ‘RTM buat perolehan RM 111.3 juta tanpa kontrak’ Selanjutnya berita itu mengatakan bahawa,’ Ketua Audit Negara mendapati Jabatan Penyiaran Malaysia didapati membuat perolehan berjumlah RM111.30 juta tanpa sebarang kontrak formal. Semakan Audit terhadap 426 program (rancangan televisyen) mendapati 413 program berjumlah RM111.30 juta tidak mempunyai kontrak formal’.
4- ‘Trains not serviced for 5 months but RM 100 mil. paid’ (Malaysiakini, 16 Jun 2014). Berita selanjutnya mengatakan,’ The Railway Asset Management (PAK) has been rapped for paying its maintenance contractor almost RM100 million despite the electric trains operated by KTM Bhd missing the daily servicing over five months in 2012 and 2013’
5- Negeri Melaka juga tidak ketinggalan dalam usaha menghabiskan ‘harta pak mentua’ ini. Malaysiakini bertarikh 16 Jun 2014 meletakkan tajuk ini, ‘ Excess of RM 65,000 paid for PA systems in Malacca’. Laporan Ketua Audit Negara telah ‘menjumpai’ bagaimana wang rakyat telah dibelanjakan secara sewenang-wenangnya untuk membeli peralatan PA system. untuk kegunaan Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka. Mengikut laporan berkenaan, peralatan berkenaan telah dibeli dengan harga RM 123,070 sedangkan harga pasaran sebenar hanyalah berharga RM 58,000 sahaja.

Memang tidak dinafikan peranan yang dimainkan oleh jabatan audit negara khususnya di bawah pimpinan Tan Sri Amrin Buang. Sejak dari beliau memimpin jabatan ini memang teserlah penyelewengan yang di main dan pergunakan oleh kempimpinan parti yang memerintah sebaliknya pegawai kerajaan juga mengikut jejak langkah kepimpinan parti.
Rakyat
Malaysia seharusnya terhutang budi kepada TS Amrin Buang yang merupakan
‘species’ yang masih ada di bumi Malaysia ini, yang masih
bertanggungjawab, komited menyelamatkan bangsa dan negara dengan
pendedahan yangs sedemikian.
Masa kini peranan dan rasa pertangonggonjawan TSAB tidak ramai yang ramai dan yang
ada cuma kalangan mereka yang mendabik dada, mengatakan yang mereka berjuang untuk bangsa,negara dan
bangsa, namun pada hakikatnya golongan yang sebegitulah yang amat rakus
‘mengeringkan’ perbendaharaan negara. Golongan ini jugalah yang terpekik
dan terlolong menggunakan isu agama dan bangsa demi untuk
‘menyelamatkan’ diri mereka.
Selain dari peranan dan peloporan TSAB sudah pasti berita dan pendedahan " bertulisa " amat diperlukan, berita arus perdana sudah hilang taringnya, malahan akbhar seperti Berita Harian, Malaysia gagal memainkan peranan dalam pelaporan isu-isu yang menyentoh kepimpinan dan kakitangan kerajaan. tapi rakyat masih bertuah kerana adanya ‘Malaysiakini’ yang sanggup dan berani mendedahkan kegiatan
penyelewengan yang dilakukan oleh para pemimpin dan pegawai tinggi
kerajaan kita. Kerakusan mereka membelanjakan wang kerajaan dengan tidak
langsung memikirkan jerih payah rakyat dapat diketahui oleh rakyat.
Rakyat pastinya tidak mendapat gambaran sebenarnya sekiranya rakyat
mengharapkan sumber berita dari media arus perdana, kerana media
berkenaan tidak menyiarkan berita ‘sedih’ sedemikian. Media arus perdana
sentiasa menyiarkan berita yang menyeronokkan rakyat agar rakyat
sentiasa ‘terhibur’ dan akhirnya ‘terlena’ dengan ‘pelukan mimpi yang
indah-indah belaka’.
Rakyat masih belum ‘kering air mata’
mengenangkan peristiwa projek lembu kondo yang didedahkan tidak berapa
lama dulu. Dan rakyat masih tidak mudah melupakan penyelewengan yang
berlaku sebelum ini. Kini sudah mula pula lembaran baru tentang
penyelewengan yang berlaku. Sampai bila agaknya keadaan ini menuju
titik noktaknya. Apakah para pemimpin kita sanggup membiarkan keadaan
sedemikian terus menerus berlaku.
Dinama noktahnya…….penyelewengan ini......
http://abuhassanadam.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment