Syeikh Marwazi Dziyauddin
ALOR SETAR: Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tiada istilah militan mahupun pengganas terhadap orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan saudara Islam yang lain.
Menurutnya,
istilah itu hanyalah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam
untuk menggambarkan bahawa Islam itu mengajar keganasan.
“Berdasarkan
hukum, umat Islam adalah dituntut untuk berjihad. Tetapi erti kata
jihad terlalu luas dan dalam konteks situasi sekarang, kita perlu
memberi tumpuan kepada jihad dalam negara terlebih dahulu.
“Bahkan
Nabi juga berkata, siapa yang tidak ambil tahu berhubung umat Islam atau
saudaranya yang lain, dia bukanlah daripada kalangan aku,” katanya
kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya,
walaupun Islam menuntut untuk berjihad, tetapi kewajipan itu perlu
diberikan kepada hal-hal dalam negara terlebih dahulu.
“Sekiranya kewajipan kita dalam negara sudah selesai, barulah dibolehkan untuk berjihad ke negara lain.
“Tetapi
berjihad dengan cara memberi sumbangan kewangan dan doa pun sudah
mencukupi. Jihad ini tidak bermakna kita perlu berjuang ke negara lain,
cukuplah sekadar kemampuan kita,” katanya.
Jelasnya,
kewajipan untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan sesuatu negara
itu juga adalah tanggungjawab negara itu sendiri.
“Tidak
salah sekiranya kita nak berjihad mempertahankan umat Islam di negara
lain, tetapi kita perlu lebih berhati-hati kerana ia melibatkan hukum
dan akidah.
“Kita perlu tahu punca sesuatu masalah itu lebih mendalam sebelum berjihad,” katanya.
No comments:
Post a Comment