KOTA BHARU: Berdasar kenyataan beberapa pemimpin Umno seolah-olah memperlihatkan sekarang 108 anggota parlimen Melayu bersedia menyokong usul hudud apabila dibentang di parlimen.
Jumlah tersebut iaitu seramai 87 anggota parlimen Melayu Islam dari
Umno dan 21 lagi PAS. Jumlah itu belum lagi diambil kira Ahli Parlimen
KeADILan.
Sedangkan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) di Kelantan memerlukan 112 sokongan.
Ini bermakna perlu tambahan empat orang lagi ahli parlimen (majoriti mudah).
AJK PAS Pusat, Ir Khalid Samad berkata, perkiraan itu dibuat
berdasarkan kenyataan beberapa pemimpin Umno yang memberi gambaran mahu
menyokong enakmen berkenaan.
Katanya, sebelum ini Ahli Parlimen
Jerai, Dato’ Seri Jamil Khir Baharum; Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan
Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Dato’ Seri Noh Omar (Tanjung
Karang) membayangkan mahu menyokong usul hudud.
Bagaimanapun Khalid berkata, lebih mudah lagi apabila usul tersebut dibawa wakil kerajaan.
“Mengapa mereka hanya mahu menyokong dari belakang dan tidak membawa sendiri usul tersebut kalau benar-benar serius.
“Sekiranya kerajaan yang membawa usul tersebut peluang untuk diterima
dan dibahas lebih luas berban ding dibawa secara persendirian wakil
pembangkang,” katanya pada ceramah di pekarangan Flat Kampung Sireh
malam 27 April lalu.
Hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, Lau Chin Chua yang juga bekas Setiausaha Gerakan Kelantan.
Khalid juga berkata, pengalaman di Terengganu sudah cukup untuk
menggambarkan Umno sebenarnya tidak serius terhadap perundangan syariah.
Ia dibuktikan ketika persidangan Dun Terengganu 15 April lalu, usul
hudud yang dibawa Adun Bukit Payong dari PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah
ditolak Speaker.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Naib
Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, pemimpin Umno mulai bertembung
sesama sendiri ekoran isu hudud yang hangat dibincangkan.
Katanya, ucapan Jamil Khir di parlimen sebelum ini memberi gambaran awal
Umno bersedia menyokong enakmen berkenaan, namun dijawab pula Dato’
Seri Najib Razak perundangan syariah tersebut belum sesuai lagi
dilaksanakan. “Mungkinkah Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika
berucap di parlimen tidak merujuk kepada Perdana Menteri terlebih
dahulu.
“Kalau diteliti video ucapan menteri terbabit seolaholah
dengan jelas Umno akan menyokong enakmen tersebut apabila dibawa ke
parlimen.
“Namun sekarang ucapan itu seperti disanggah Perdana
Menteri apabila membayangkan belum sampai masalah hudud dilaksanakan,”
katanya pada ceramah di pekarangan Flat Buluh Kubu malam 25 April lalu.
Ketika berucap di parlimen sebelum ini, Jamil Khir membayangkan Umno
akan menyokong enakmen tersebut untuk membolehkan dilaksanakan di
Kelantan.
Husam juga berkata, pelaksanaan perundangan syariah
diusahakan di Kelantan bagi mengekang gejala sosial dan jenayah yang
semakin berleluasa sekarang. “Biarlah Kelantan menjadi model pelaksanaan
perundangan tersebut.
Usaha itu dilakukan bukan bertujuan hendak bertembung dengan mana-mana pihak termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment