Nama program ialah TAKLIMAT GST DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU DAN HARI BAPA 2014.
Tarikh hari ini 3hb Mei 2014 jam 9.00 malam.
Lokasi: Kuchai Entrepreneurs Park, Kuala Lumpur.
Tetamu teristimewanya ialah tidak lain dan tidak bukan Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang sebelum ini gebang kencang berkata kerajaan sedang melatih lebih 500 penceramah untuk memberi pendedahan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) secara lebih khusus kepada rakyat.

Ahmad Maslan juga berkata kerajaan sedang giat mengambil pelbagai langkah proaktif memastikan semua lapisan masyarakat dapat memahami konsep GST serta cara pengenaan cukai itu terhadap rakyat.
"Memang setakat ini pemahaman rakyat berhubung GST masih rendah tapi kerajaan sedang melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan pemahaman mereka," katanya
Aik!!! itu hari Hasan Malek cakap lebih 80 peratus rakyat sokong GST .. sekarang cakap pula pemahaman rakyat mengenai GST masih rendah.
Kata rakyat amat mempercayai media arus perdana milik dan kawalan UMNO macam Utusan, Berita Harian, TV3 dan RTM ... Apakah medium ini tidak mampu nak yakinkan rakyat ke????
Fikir secara logiklah .. kalau semua media arus perdana termasuk para pemimpin UMNO/BN tidak mampu nak yakinkan rakyat .. apa jaminan yang 500 ini boleh yakinkan rakyat??? .. Cara mana mereka nak yakinkan rakyat??? .. Buat ceramah???.
Hairan sungguh tahap daya pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO ini. .. Berapa banyak lagi cabutan bertuah mau diadakan untuk pikat rakyat turun mendengar celoteh para penceramah GST??? .. Akhirnya .. masuk angin keluar kelabu asap!!!.
500 yg hadir tu pun mungkin tak sokong GST :)
ReplyDelete