Kita lupakan sejenak kaitan dengan isu politik, mau pun isu-isu memeningkan kepala, isu MH370, isu kematian Karpal Singh, mauh pun isu BRIM, TRIM, BLIM cuba kita berikan perhatian pula kepada sejuah mana kemampunan P. Ramli dalam memainan peranan sebagai " man of 7 Ps " ( pengarah, pelakon, pelawak, penyanyai, pengubah, penyunting dan producer ). Wacana ini di bentangkan dalam satu Forum Nusantara ke 8 di Kampong Melayu, Air Hitam Pulau Pinang, semperna dengan Festibal P Ramlee 2014.
Foram yang diadakan kini lebih kepada melihat sendiri apa yang berlaku dalam politik negara dan ianya sama ada kebetulan atau sememangnya seniman agung ini mengetahui apa yang akan berlaku. Memang tepat pada masanya foram ini diadakan, dan para peserta foram sendiri dapat menghayati dengan apa yang di lakon dan diarahkan oleh P Ramli telah menjadi ikutan kepada kepimpinan negera masa kini.
P Ramli bukan sekadar mengarah dan melakunkan lakonan untuk filem komidi sahaja, semua orang masih menyedarai tetang betapa hebatnya filem " ibu mertua ku, anak ku sazali, penarik beca ( sebagai contoh )" semuanya meninggalkan kesan yang cukup mendalam dan menyayat hati. Tapi sama ada filem berat mau pun komidi pengajaran untuk tatapan penonton diberikan keutmaan oleh beliau.
Kita masih ingat sebermula di tahun 1957 dengan Bujang Lapok dan terakhir dengan Laksamana Doremi pada 1972, penonton masih tidak jemu-jemu dengan kelakar dan kiasan yang di paparkan melalui filem-filem tersebut. hatta hingga masa kini semua siaran TV masih menayangkan filem-filem arahan Seniman Agung ini. Walaupun tidak kurang bilangan filem komedi Melayu
sekarang yang cuba menyalin kembali lawak-lawak P Ramlee, namun saya
pasti kita semua bersetuju bahawa P Ramlee itu tiada galang gantinya.
Melalui foram dengan tajuk " Satira Dalam Filem Melayu "
Cuba kita ambil beberapa contoh dari filem-filem tertentu seperti Pendekar Bujang Lapok, bagaimana beliau dapat ilham di sebua sekolah Dewasa dengan mengeja dalam jawi "alif min nun dan tendang wau " sahut samsuddin " itu ssarkas " Dalam Filem Musang Berjanggut bagai mana pula " menteri Udang-undang " melaporkan " undang-undang kita yang bikin, jai ianya boleh di ubah mengikut selera penciptanya. Bagaimana pula dengan Penarik Beca, melambangkan kita sentiasa tertipu dengan gaya dan lagak seseorang individu yang sering tampa usul periksa terus menerima sahaja, bagi Ibu Mertua Ku, memang menyayat dengan tindakan ibu mertua sendiri
Cuba kita ambil beberapa contoh dari filem-filem tertentu seperti Pendekar Bujang Lapok, bagaimana beliau dapat ilham di sebua sekolah Dewasa dengan mengeja dalam jawi "alif min nun dan tendang wau " sahut samsuddin " itu ssarkas " Dalam Filem Musang Berjanggut bagai mana pula " menteri Udang-undang " melaporkan " undang-undang kita yang bikin, jai ianya boleh di ubah mengikut selera penciptanya. Bagaimana pula dengan Penarik Beca, melambangkan kita sentiasa tertipu dengan gaya dan lagak seseorang individu yang sering tampa usul periksa terus menerima sahaja, bagi Ibu Mertua Ku, memang menyayat dengan tindakan ibu mertua sendiri
Penalis foram bersetuju dengan daya kreatif P Ramli dengan sendiri dapat dan berjaya melahirkan karya-karya filem penoh dengan komidi, di samping kritikan sosial yang tersurt dalam jalan ceritanya. Sebagai contoh kisah dalam Bujang Lapok (1957) yang
berlatar belakangkan zaman selepas perang, dengan suasana mendesak dan
perit namun penuh dengan harapan.
Filem tersebut menggambarkan
bagaimana terhimpitnya kehidupan selepas perang sehingga ramai yang
licik mengambil kesempatan. Dalam satu adegan, watak Ramli telah ditipu
setelah meminjamkan RM10 kepada seorang wanita bernama Nani yang
kononnya mahu pulang ke rumah untuk mengambil kad pengenalannya yang
tertinggal. Dalam adegan lain, tabiat berjudi seorang bapa hampir
mendorong anaknya, Sapiah, untuk membunuh diri. Dalam satu lagi adegan,
Ramli sekali lagi kena tipu dengan seorang wanita dan “adik-adiknya”
seramai 11 orang sehinggakan Ramlee kehilangan baju dan seluar akibat
tidak mampu membayar tauke restoran. Jangan marah.
Namun, P
Ramlee tidak pernah menghukum watak-watak yang penuh muslihat ini, malah
beliau menzahirkan perasaan simpati terhadap mereka. Barangkali, beliau
sedar bahawa orang miskin hanya berbuat jahat apabila kehidupan kian
terdesak.
Sebaliknya, P Ramlee tidak begitu baik hati dengan
watak yang mewakili golongan kaya dan berkuasa, khususnya apabila mereka
menindas si miskin. Sebagai contoh, sementara bapa Sapiah yang giat
berjudi itu akhirnya insaf dan meminta maaf dengan anaknya, lintah darat
lakonan Shariff Dol yang tergamak mahu memperkosa Sapiah atas
ketidakmampuan bapanya untuk membayar hutang judi pula dipukul teruk.
Pun
begitu, jangan pula kita lekas terjun kepada kesimpulan bahawa P Ramlee
itu seorang yang anti-kelas atasan atau bermusuh dengan orang kaya.
Dalam filem yang sama,Bujang Lapok, Ramli akhirnya “kena ekor” apabila
menikahi Cik Normah, iaitu seorang tuan rumah yang kaya. Malah, watak
Cik Normah dibayangkan sebagai wanita yang terhormat sehingga menjadi
perantara bagi membaiki hubungan antara keluarga Zaiton dan Sudin.
Demikianlah,
P Ramlee membentangkan kepada kita berkenaan kehidupan selepas perang
di saat baru Merdeka – penuh derita tetapi tetap sarat dengan belas
kasihan dan harapan. Tambah menarik, kisah mengenai kesusahan hidup
diangkat melalui filem komedi yang bersahaja sehingga kita ikut tertawa
melupakan sengsara.
No comments:
Post a Comment