Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 3, 2014

MH370 - KREDIBILITI KEMPIMPINAN NEGERA TERUJI


                                                                               
Sesungguhnya rakyat Malaysia sangat prihatin dan bersimpati  dengan tragedi yang menimpa juruterbang, pembantunya, krew serta seluruh 227 penumpang pesawat malang MH370, empati kita juga dirakamkan kepada seluruh keluarga yang terpisah dari orang tersayang.





Segala usaha baik pihak berkuasa bagi mengurang tekanan jiwa dan derita kepada keluarga penumpang adalah sangat-sangat dihargai.

Penggemblengan seluruh tenaga dalam pencarian jet Boeing 777-200ER ini menyatukan dunia seluruhnya sekaligus mengizinkan mereka mempamerkan “state-of-the-art” teknologi satelit dan memperagakan kecanggihan aset-aset ketenteraan masing-masing.
Di antara 20 pesawat dan kapal tercanggih di dunia dari China, Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Jepun yang berada di perairan 2,000km barat Perth, dua pesawat Navy P-8 Poseidon milik Amerika Syarikat juga turut dimobilisasi di perairan Lautan Hindi itu.

Berharga AS$220 juta satu pesawat yang lengkap dengan kamera serta sensor infra-red dan radar yang mampu mengesan kapal selam musuh di dasar lautan, kesemua menemui kegagalan.

Sememangnya kita tidak mahu mana-mana media barat seperti CNN atau Fox News dan mana-mana negara khasnya Amerika Syarikat mengambil kesempatan memburukkan nama baik serta imej negara.

Pembikin enjin pesawat MH370 yakni Boeing dan Rolls-Royce tidak boleh berlepas tangan begitu sahaja.

Sementara rakyat dituntut untuk peka dan beri sokongan kepada pihak yang mengendali krisis ini, rakyat berdepan dengan kenyataan dan tahu akan hakikat sebenar pengendalian krisis ini sejak dari awalnya.

Apakah mereka punya alasan dan sebab yang kukuh untuk mempertahankan pihak kerajaan yang mengendalikan krisis ini, apabila diserang oleh media barat?

Wajarkah “warga netizen-media social” khasnya dan rakyat umumnya, dipersalahkan andainya mereka sendiri malu serta tidak berasa terpanggil untuk mempertahankan pengendalian penuh kontroversi dan keharuan yang ditunjukkan parti pemerintah?

Mampukah mereka mengatakan sebaliknya dari apa yang didakwa tidak kompeten, lemah, culas dan tidak bertanggungjawab dalam mengendalikan krisis sejak MH370 “ghaib” dari radar pada 8 hb Mac lalu.

Rakyat yang patriotik pastinya tidak mahu wibawa, maruah dan nama baik negara dicemari dan dicalarkan oleh sesiapa pun dari pihak luar.

Pada waktu yang sama, rakyat sekarang celek dan bijak membezakan antara parti yang memerintah kerajaan di Malaysia ini dengan kerajaan serta negara Malaysia itu sendiri.
Pada awal-awal lagi timbul pertikaian akibat dari percanggahan jurubicara “task force” yakni pihak DCA, MAS dan Ketua Polis Negara.

Episod tentang samada kedudukan empat atau lima penumpang yang kononnya “check in” tetapi tidak menaikki pesawat atau mereka membeli tiket tetapi tidak “check in” serta pertikaian samada bagasi mereka yang check in dipunggah semula, memalukan dan sepatutnya segera menjadi “wake-up call”.

Antara paling mengejutkan serta mengecewakan rakyat adalah pendedahan yang dibuat di Parlimen oleh Timbalan Menteri Pertahanan pada Rabu lalu (27 Mac) bahawa pihak Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mencerap MH370 dalam radarnya pada pagi 8 Mac.

Tindakan untuk tidak mengintersepsi pesawat itu adalah kerana TUDM “menyangka-mengandaikan” bahawa pesawat tersebut adalah “bukan musuh” (non-hostile) dan “diarah berpatah balik” oleh pihak Pengawas Trafik Udara (ATC).

Persoalan penting yang berlegar difikiran rakyat ialah “Apakah perkara itu dirujuk dan disemak dengan pihak ATC?’”

Persoalan kedua ialah “Bagaimanakah pihak TUDM mengandaikan pesawat MH370 diarah balik oleh ATC?”

Ketiga, “Apakah standard operating procedure (SOP) yang digunakan TUDM masih kekal yang lama dan tidak diperbaharui selepas kes 9-11 apabila pesawat komersial juga boleh bertukar menjadi ‘senjata’ dan bertindak sebagai ‘senjata musuh’?”

Timbalan Menteri juga memberitahu Parlimen bahawa radar TUDM mengesani bahawa pesawat MH370 mengarah ke Selat Melaka dan ke arah Lautan Andaman dan memberitahu pihak task force keesokan harinya. Mengapa begitu lama “reaction time” itu?

Seolah-olah itu tidak cukup untuk melukakan maruah negara, belum sempat penafian Panglima TUDM pada 12 Mac, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud difahami bahawa beliau bukannya sumber petikan Berita Harian itu disanggah oleh  Tengku Shariffudin Tengku Ahmad, jurucakap dari Jabatan Perdana Menteri.

Tengku Shariffudin yang memberitahu New York Times bahawa pesawat MH370 tidak mengarah ke Selat Melaka dan kenyataan Rodzali adalah “tidak benar”. Mengapa perlu semua kenyataan-kenyataan ini yang mengharukan lagi suasana?

Isu pembolosan serta keselamatan ruang udara, isu lambat memberitahu sehingga masa dan sumber terluang dengan pencarian dibuat di Laut China Selatan, isu SOP lama yang tidak dikemaskini sehinggakan prosedur “scrambling” untuk pintas seperti lazim dilakukan 24-7, kesemuanya “beban” buat rakyat dalam media sosial.

Tidak langsung menunjukkan kewajaran adalah kenyataan yang dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen Rabu lalu (23 Mac) tentang dua penumpang bangsa Iran yang menggunakan paspot palsu. Alasan beliau tidak menghubungi database Interpol untuk mengelakkan kelewatan penerbangan.

Sangat mencalar wibawa pentadbiran apabila pihak Interpol membidas kembali sikap ini dengan menjawab bahawa ia hanya memerlukan 0.2 saat untuk membuat semakan dan pengesahan “senarai hitam” Interpol.

Kita juga diberitahu bahawa sementara beberapa negara yang buat semakan berjuta kali setahun, Malaysia dalam tahun 2014 tidak pernah membuat semakan walaupun sekali!

Teknologi dan perhitungan canggih pihak operator satelit Inmarsat dan AAIB dari United Kingdom memberikan maklumat akan analisis keberadaan terakhir (last position) MH370 serentak mengizinkan Perdana Menteri membuat pengumuman pada malam 24 Mac bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Paling mengejutkkan rakyat adalah pernyataan semalam apabila pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan PM membuat kenyataan MH370 terhempas di Lautan Hindi tersebut.

Mengapa media perdana (yang melapurkan MH 370 terhempas) tidak ditegur serta merta. Sudah hampir seminggu. Dakwa beliau adalah sangat berkesalahan (totally erroneous) untuk media menyatakan bahawa PM membuat kenyataan MH370 terhempas dalam lautan itu (walaupun tidak ada tempat mendarat yang berdekatan).

Seolah-olah semua ini tidak cukup untuk meletakkan rakyat dalam keharuan, pagi ini di dada akhbar tempatan dan media portal dunia, menayangkan bahawa “kalimat terakhir Kapten Zahari” dari kokpitnya adalah sebenarnya “Good night, Malaysian three seven zero” dan bukan “All right, good night”.

Yang itu pun kita gagal melaporkan secara verbatim… Aduhai tanah airku Malaysia!
Walaupun satelit Perancis mencerap “122 objek terapung” dan 300 oleh Thailand, kesemuanya berakhir dengan natijah yang menghampakan. Dengan two pesawat P-8 Poseidon tercanggih di dunia milik Amerika Syarikat pun, tidak ketemui apa serpihan pesawat MH370 sekelumit pun sehingga kini.

Justeru teori rampasan-hijack atau sabotaj pihak “teroris” kembali mendominasi pemikiran para pundit. Tarikh untuk mendapatkan “kotak hitam” juga semakin luput.
Tidak ada kepastian yang dapat disimpulkan sehingga kini. Hanya satu sahaja yang pasti tampaknya.

MH370 “ghaib” buat masakini, tetapi yang pasti kehilangan ialah kredibiliti dan maruah Negara yang kita cintai ini… Malaysia.

Yang pastinya juga terlalu banyak urusan yang mesti segera dikoreksi walau apapun kesudahan yang ditakdirkan Ilahi akan MH370 ini. Sekali lagi, banyak SOP perlu kemaskini secara lebih serius. SOP dalam pengurusan krisis avionik moden yang kita tandatangani yakni “Chicago Convention”, perlu segera diziarah kembali.
 
Sementara itu, warga negara ini akan terus berdoa dan bermunajaat kepada Allah, Tuhan Pemilik Seluruh Alam ini!

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA