Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, April 7, 2014

HUDUD - NAJIB TEPERANGKAP

Hudud: 'Laksanalah kami sokong', kata Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan bahawa beliau dan Umno Kelantan menyokong penuh usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Menurut Ku Li yang juga bekas menteri Kabinet, disebabkan itulah Umno Kelantan menyokong penuh pembentangan Rang Undang-Undang tersebut sebelum ini.

"Laksanalah kita sokong, saya tidak tentang.

"Masa Rang Undang-Undang itu dibentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, kita tidak tentang, tidak ada masalah, mana mungkin kita hendak tentang hukum ALLAH," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu,  Kerajaan Kelantan menetapkan sasaran untuk menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) yang membawa kepada perlaksanaan hukum hudud pada 2015.

Ia berikutan kesediaan kerajaan pusat untuk memberi laluan kepada penguatkuasaan enakmen tersebut, sebagaimana jawapan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen, baru-baru ini.

Apakah ahli Parlimen lain yang berbangsa melayu berugama Islam terutamanya dari Umno, PKR dan komponen BN Sarawak akan turut menyokong!.. kalau masih nak liat lagi,, malulah dengan negara Berunai tu,, bukannya jauh sangat pun..

ehsan Manjung Mari.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA