Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 20, 2014

GENERASI MUDA - TERUS DI KHAYALKAN

Negara telah di kejutkan dengan kehilangan MH370 - kapal terbang MAS, kehilangannya melibatkan 239 penumpang dengan anak kapal, dan ianya di yakini dan di pandu oleh juruterbang yang cukup berpengalaman, pengalaman beliau di akui oleh rakan dan pihak MAS itu sendiri. Tapi kehilangan MAS amat menghiris perasaan.

Tapi belum pun kita menarik nafas lega dengan kekalutan kehilangan MH370 di tengah kepanasan luar biasa iklim negara, dikejutkan pula dengan insiden kematian enam remaja di Konsert Future Music Festival Asia yang diadakan di Bukit Jalil 13 dan 14 Mac lalu. Nah, musibah dan ujian apakah yang sedang menimpa negara ketika ini.

Generasi pemuda yang kita sayangi kini semakin hilang rasa adanya Tuhan, semakin bahagia mengejar angan-angan memburu mimpi menjadi hamba muzik dan pergaulan bebas.Syekhul Islam Dr Fathi Yakan di dalam tulisannya Generasi Pemuda dan Perubahan menegaskan:

Apakah masa kini GY ( Young Generetion - generasi muda ) sudah mula lupa kepentingan dan keperluan mereka kepada negara, Mereka perlu ingat usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealism yang luas, iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Sedih dan cukup mengecewakan dengan terlaksananya Konsert FMFA yang " berjaya " mengorbankan " 6 nyawa dan ramai lagi yang perlu di kejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan " emergency ". Kayakinan untuk melihat GY memberikan satu kekuatan kepada negara dan bangsa mula berkecai, kemana perginya roh pemuda yang ' berani, gagah dan sentiasa bersedia untuk melakukan penambahbaikan untuk negara?

Kita imbas kembali sejak 1960 dan kini 2014 - jangkauan ke 54 tahun, apakah kita masih ingat lagi dengan satu pesta musik yang menghayalkan, ingatan kita dengan PESTA WOODSTOCK. Irama Rock mula mengambil tempat dalam hati anak-anak muda Eropah akibat bantahan mereka kepada Perang Amerika di Vietnam. Penjajahan kuasa kapitalisme dunia, Amerika Syarikat menimbulkan bantahan awam dan protes bersemarak dalam pelbagai bentuk termasuk genre muzik. Mereka berhibur kerana membantah Perang Amerek di Vietnam, generasi muda benci dengan kapitalisma, Jalur ideologi sosialis dengan pakaian budaya Bohemian sedang melanda anak muda, bahkan yang sedang menggalang gelaran mahasiswa sekalipun. Lagu-lagu rock, juga Raggae yang bertemakan kedamaian, anti perang, anti kerajaan, juga satira politik mula menjadi siulan anak muda.

Lama kelamaan bukan setakat berhibur tapi akhirnya bukan sekadar lagu namun mereka terus terheret kepada cara hidup Bohemian yang bebas dan akhirnya juga akrab dengan dadah dan kehidupan bebas tak bertunjang agama. Konsert Woodstock, seolah ijtimak antarabangsa menghimpun pencandu muzik adalah gambaran kebejatan jiwa anak muda. Penggunaan dadah, pergaduhan sehingga membawa kematian kepada peserta-peserta konsert, akhirnya menimbul perdebatan kepada masyarakat rasional bahawa budaya konsert ini tidak memberikan manfaat kepada pembinaan generasi anak muda.

Makin hari makin terbeban " proses " pembesaran GY ini, mereka seolah-olah hidup penoh dengan keseronokan dan alam " songsang " yang melanggar etika keislaman. Akhirnya sajian-sajian barat telah menjadi rebutan berbanding aturan Islam.

Implikasi besar kepada pembangunan para belia masa kini, walau pun sudah hampir 60 tahun merdeka tapi daya fikir mereka masih terkonkong dengan imperialism daripada sudut pemikiran masih kekal subur sehingga kini dalam kalangan anak bangsa dan virus tersebut merantai pemikiran, menyekat kebebasan dan menyerongkan pandangan daripada jalan yang lurus. Jelasnya hari ini berleluasa budaya hedonisme dalam kalangan remaja.

Gejala sosial kian hari kian parah, kini isu pembuangan bayi cukup sinonim dengan masyarkat dan budaya hidup masa kini, Hubungan seks secara bebas, minuman keras, muzik dan segala punca keruntuhan akhlak menjadi santapan selera anak muda negara kita.

Dengan kemelut sentiasa berhibur, mendekati dan mesra dadah, budaya tidak mengindahkan kehendak agama dan entah apa-apa lagi, kita teringat pula di mana letaknya kepimpimnan negara? Apakah negera kita tidak ada pemimpin atau pun mereka membisu seribu bahasa dan " mengiakan " buruk laku anak muda zaman ini?

Kerosakan dan keruntuhan moral yang semakin membimbangkan hari ini jelas tidak lain adalah kerana terpisahnya agama daripada seluruh aspek kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Menyoroti sejarah para sahabat dan tabien, banyak sekali iktibar yang boleh dijadikan pedoman semua yang di luar sana.
Jika dahulu, mereka yang berkumpul di rumah al-Arqam sehingga tertegaknya Islam adalah daripada kalangan pemuda.

Contoh kepimpinan Muda di zaman Islam terbangun. Rasulullah saw sendiri berusia 40 tahun, Abu Bakar R.A. 3 tahun lebih muda daripada baginda, Umar R.A. ketika itu berusia 27 tahun, Uthman R.A. juga lebih muda daripada Rasulullah, bahkan Ali R.A. jauh lebih muda daripada semua sahabat Nabi.

Malahan, dua kerajaan besar pada ketika itu; Parsi dan Rom tunduk kepada pemerintahan mereka.
Bahkan pemerintahan mereka membayangi Negara Sindh (India) di sebelah Timur, Caspian, Armenia dan Rusia di sebelah utara.

Juga termasuk Negara Syam (Jordan, Lubnan, Syiria) Mesir, Cyrenaica, Tripoli (Libya) dan negara-negara Afrika lain. Semua ini berlaku dalam hanya 35 tahun.

Abu Khaisamah R.A. dan anaknya membuat undian untuk ke medan perang lantaran rindukan mati syahid, anaknya terpilih lantas syahid di medan Badar.

Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usia semuda 19 tahun menaiki takhta,beliau juga cendekiawan yang fasih 7 bahasa (Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Farsi dan Hebrew) dan dapat menakluk kota Konstantinople setelah beberapa cubaan daripada generasi sebelumnya dibuat.

Sebagai pemuda Islam khususnya yang bergelar mahasiswa, peranan sebagai agents of change (ejen perubahan), yang punya sisi pandangan yang berbeza, positif, kritis, matang dan berani melakukan perubahan amat diperlukan.

Sebagai para control agent, mahasiswa sangat diperlukan bagi mengawal dan mengawasi pemerintah secara terus menerus.

Idealisme mahasiswa yang tinggi menjadi kekuatan besar dalam mengawasi pemerintahan jika kerajaan dilihat sudah tidak relevan untuk memerintah dan tidak melaksanakan amanah sebaiknya.
Maka kerajaan yang zalim sebegini, semestinya sudah langsung tiada kepentingan lagi bagi rakyat untuk membiarkan mereka terus memegang tampuk sebuah negara. Pemuda adalah inspirasi umat sejak daripada dahulu hingga ke saat ini. Pada setiap coretan lembaran sejarah, pemudalah generasi yang menjadi tunggak kebangkitan dan kemaraan Islam.

Merekalah rahsia kekuatan, punca kemegahan dan kemuliaan, pengibar panji-panji dan panglima tentera ke arah kebabasan dan kemenangan umat Islam.Justeru, sebagai satu seruan buat seluruh pemuda di luar sana, ayuh kita teruskan langkah memperjuangkan agama ini sehingga al-Quds kembali dalam genggaman kita.
Laksanakan tanggungjawab kita, ammar maaruf nahi mungkar sehabis-habisnya.

Kita perlu memilih hanya antara dua, hidup mulia menegakkan agama atau syahid mempertahankan kesucian Islam tercinta.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA