Nabi
Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud: “Takutlah kepada doa orang
yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada hijab atau penghalang di antara
doa mereka dengan ALLAH SWT.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis berkenaan menerangkan bahawa orang yang dizalimi dianugerahkan
ALLAH doa yang mustajab atau akan dimakbulkan oleh ALLAH terhadap yang
menzaliminya. ( tapi sedih kerana masa kini sudah ada kalangan yang anti hadith. )
Pembentukan jati diri sebagai insan
bertakwa disusuli ALLAH dengan membina satu acuan yang memayungi
masyarakat bertakwa. Itulah yang dinamakan dengan payungan keadilan.
Mengapa? Insan yang berfikiran rasional, berjiwa kemanusiaan tidak
menolak kepentingan keadilan. Apatah lagi insan yang bertakwa maka
sudah pasti Islam akan mengajar kepada pengikutnya untuk hidup dalam
suasana yang bertunjangkan kepada keadilan.
Manusia yang bertakwa akan sentiasa menjaga tunjang keadilan yang diperintahkan ALLAH.
Jika keadilan dirobekrobek dan hanya menjadi hak eksklusif sesetengah
pihak, membuktikan bahawa nilai ketakwaan tidak lagi menjadi rebutan.
di sinilah letaknya di mana KEADILAN itu sudah di robek-robek
dan di musnah oleh mereka dari gulongan eksekutif.
pertuduhan berpilih-pilih
Hakim yang mengadil kes DSAI
( antara gulongan yang mudah ke nereka )
MANUSIA dilahirkan dalam status berbeza-beza. Ada diberikan nikmat
kekayaan sementara ada yang merasai pahitnya kemiskinan. Ada mempunyai
kekuatan sementara ada serba lemah. Kesan daripada status kehidupan
berbeza ini menyebabkan wujudnya jurang pemisah yang akhirnya akan
membawa kepada penindasan dan kezaliman.
Namun, ALLAH SWT
menyediakan hikmahdi sebalik perbezaan itu. Hanya mereka yang mengambil
hikmah tersebut dan mentaatinya sahaja akan berjaya mengharmonikan
perbezaan jurang yang ada.
Inilah bahan bukti yang menyebabkan Mahkamah
di Malaysia sudah tidak adil
Bagi melaksanakan keadilan memang cukup sukar kerana mereka yang mengamalkan undang-undang sudah tidak lagi berpijak di bumi nyata. Bagi para hakim mau pun pendakwa " Muslim " gulongan ini adalah yang paling mudah untuk ke neraka. mereka perlu ingat ini. Mereka perlu ingat antara mereka yang mudah doanya di makbulkan ialah kalangan mereka yang di zalimi.
Kedudukan istimewa golongan lemah
Pendakwah bebas, Amly Asenar, berkata, menyedari wujud kelompok
manusia yang akan melampaui batasan kemanusiaan demi memuaskan nafsu
dan kepentingan diri walaupun terpaksa menindas dan menzalimi orang
lain, maka ALLAH menghadiahkan kepada hamba- Nya bingkisan doa yang
sampai terus kepada-Nya tanpa dihalangi sebarang hijab dan sekatan.
“Bingkisan doa ini membawa dua gambaran yang sewajarnya diperhatikan
dan diperhalusi agar terserlah sifat ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.
“Pertama ALLAH sentiasa bersamasama dengan hamba-Nya maka janganlah berputus asa tatkala
dihimpit dengan kezaliman dan yang kedua adalah peringatan kepada
penzalim bahawa titisan air mata mereka yang dizalimi menjanjikan
balasan seksa daripada ALLAH,” katanya.
Menurutnya, itulah
kelebihan insan yang ditindas, doa mereka pastinya akan dimakbulkan.
Setitik air mata seseorang dikhianati tumpah selari dengan tangan
diangkat, ditambah pula khusyuk berdoa memohon bantuan Ilahi nescaya
pengkhianat itu tidak senang duduk.
Istimewanya sebuah doa
Amly menegaskan bahawa ALLAH amat benci akan sebarang bentuk kezaliman
kepada sebarang makhluk, sama ada manusia atau binatang. Larangan ini
ialah larangan yang tiada batasan. Ini kerana, kemungkinan ada
sesetengah tanggapan bahawa doa yang mustajab ini hanya untuk mereka
yang beramal soleh dan sebagainya. Sebenarnya rahmat ALLAH meliputi
semua dan tiada siapa yang berhak dizalimi dalam kaca mata Islam.
“Adalah tidak pelik jika rahmat ALLAH mencakupi orang bukan Islam
dalam bingkisan doa yang istimewa ini kerana kita juga dilarang
melakukan kezaliman walaupun kepada individu yang melakukan maksiat.
“Kesimpulannya, Islam menolak sebarang bentuk kezaliman kepada semua
makhluk hatta kepada orang kafir atau yang melakukan maksiat kerana
kezaliman adalah barah yang akan merosakkan semua orang tanpa mengira
bangsa dan agama,” jelasnya.
Doa orang zalim mustajab
Amly berkata, maka jelaslah apabila wujud kezaliman maka semua pihak
perlu bersatu menentang kezaliman tersebut. Ini juga isyarat kepada
penzalim untuk berwaspada kerana anda mungkin menang kerana kekuatan dan
kekuasaan yang dimiliki tetapi pengakhiran bagi anda adalah keseksaan
yang amat dahsyat.
Ulama tersohor dari Yaman, Dr Abdul Karim
Zaidan, ketika mengulas surah an-Nahl ayat 90 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan”
Abdul Karim dalam kenyataannya ada menyebutkan “perintah ini adalah
secara mutlak bagi semua manusia dan tidak boleh melakukan kezaliman
walaupun dia seorang kafir dan walaupun dia itu seorangyang zalim”.
Di sinilah tingginya nilai keadilan Islam. Selain beliau, ulama silam
yang terkenal daripada mazhab Asy-Syafi‘i iaitu Syeikh Syihabuddin
ar-Ramli ketika ditanya kepadanya; “Adakah doa orang kafir yang dizalimi
diperkenankan oleh ALLAH?” Beliau menjawab; “Doa orang kafir yang
dizalimi boleh diperkenankan oleh ALLAH sepertimana doa Iblis juga
diperkenankan oleh-Nya.”
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Doa orang yang dizalimi adalah mustajab walaupun dia seorang pembuat
maksiat kerana maksiatnya adalah pada dirinya.”
Renungilah Kisah Muaz bin Jabal
Sebuah kisah agar menjadi pengajaran kepada semua manusia terutama
umat Islam bahawa perbuatan zalim terutama daripada mereka yang ada
kuasa seperti pemerintah amat dilarang dalam Islam. Asas sebuah tamadun
ialah bertunjangkan kepada pembinaan insan bertakwa, seterusnya
membawa mesej keadilan dan menolak sebarang bentuk kezaliman.
Pada suatu ketika, setelah terbinanya negara Islam Madinah, Rasulullah
telah membuka beberapa tempat dan diletakkan di bawah pentadbiran
negara Islam Madinah antaranya negara Yaman. Negara Yaman pada ketika
itu ramai rakyatnya penganut agama Nasrani iaitu ahli kitab. Maka
Baginda telah menghantar Muaz bin Jabal selaku wakil Baginda untuk
mentadbir satu kawasan di Yaman tersebut.
Menariknya,
sebelum beliau berangkat, Baginda telah berpesan atau boleh dikatakan
memberikan tip untuk menjadi penguasa yang baik, di antarapesanan
tersebut ialah; “Takutlah dengan doa mereka yang dizalimi kerana tidak
ada hijab atau halangan di antara doa mereka dengan ALLAH.”
Masih adakah yang akan takut dengan Islam andainya mereka tahu bahawa
betapa nilai kemanusiaan begitu dijaga dalam Islam, pasti payungan Islam
akan menjadi pilihan mereka.
Jangan takut dan gentar dengan
cengkaman besi dan peluru si zalim, berdoalah sesungguhnya doa mu
didengari dan azab ALLAH itu bagi mereka sudah pasti. Ayuh berdoa!
No comments:
Post a Comment