Kenyataan Umum
9 Mac 2014
Ribuan Hadir ke Stadium Kajang Tanda Solidariti Terhadap Anwar
Walaupun
dengan notis hanya dua jam, ribuan penyokong dan pendokong keadilan
sempat berhimpun di Stadium Kajang sebagai tanda solidariti terhadap
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Umum
mengetahui dengan hukuman bersalah yang diumumkan mahkamah, sekali gus
menghalang Anwar dari bertanding di DUN Kajang. Maka rakyat celik pasti
membaca situasi ini sebagai satu penganiayaan. Aparat pemerintah sekali
lagi digunakan untuk tujuan kotor.
Jelaslah
walaupun sosok Anwar yang berumur 67 tahun itu masih berbisa dan
ditakuti oleh regim, maka kezaliman diteruskan dan kebahagiaan
keluarganya dirampas. Rakyat marah akan bangkit melawan.
Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada rakyat yang hadir
dan menggesa lebih ramai turun ke Kajang bagi menyatakan sokongan dan
membuktikan penolakkan terhadap apa jua bentuk kezaliman.
Ketika ini, SAMM dengan kerjasama Pejabat Exco Pengguna dan Pelanconangan Negeri Selangor sedang menganjurkan Karnival
Rakyat Selangorku di Stadium Kajang dari 7-22 Mac, menampilkan ceramah
umum hampir setiap hari dan pelbagai acara keramaian. Jadikan stadium
Kajang ini sebagai lokasi semua ahli Pakatan Rakyat dan aktivis
berkumpul.
Api kebangkitan rakyat akan terus menyala, dan terus membara. Anak muda akan terus lawan penindasan!
Sekian,
che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
No comments:
Post a Comment