Biarkan gambar berbicara kaitan dengan kedudukan rakyat Malaysia masa ini.
MISKIN BANDAR TAHAP MELAMPAU.
Rakaman gambar yang sungguh menyayat hati ini sudah tersebar luas dan ligat di alam siber namun pihak yang bertanggung jawab, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat masih kaku bisu mengambil tindakan.
Empat kanak-kanak yang masih kecil umur lingkungan 5 hingga 10 tahun tidur di dataran berhampiran dengan Bangkok Bank, Kuala Lumpur beralaskan hanya surat khabar dan ada yang tanpa selimut berlengeng tanpa baju sudah 2 minggu disebabkan ibu bapa mereka miskin tidak mampu nak menyewa rumah.
Dengar bunyi Puzat Zakat sering mengebahkan kepada satu dunia kutipan zakat puluhan juta dan kadangkala ratusan juta ringgit menunjukkan betapa efisyiennya Puzat Zakat dan keperihatinan umat Islam mengutip dan membayar zakat.
Tapi kemegahan itu semua hancur lebur bila kisah bergambar ini di jaja di alam siber.
Tidak hairan jika Puzat Zakat sering menjadi cemuhan dan kritikan kerana lembab bertindak dan kuat mengamalkan birokrasi dalam pentadbiran .. Islam itu mudah tetapi para pegawai yang di beri amanah untuk menguruskan wang zakat memberi susah kepada penerima asnaf yang layak.
Pergilah kemana-mana pejabat zakat atau baitulmal untuk berurus .. kalau tak naik angin tidak sah... macam-macam kerenah yang menyusahkan rakyat peraturan di wujudkan.
No comments:
Post a Comment