Adalah salah bagi badan agama untuk menyalahkan murtad kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.Demikian kata Ust Wan Ji Wan Husin ( gambar )
"Untuk berkata orang
Kristian menggunakan perkataan itu untuk memurtadkan orang Muslim atau
mengelirukan mereka adalah sangat salah dan tidak benar.
"Ini tidak pernah
berlaku. Perkataan Allah sudahpun digunakan orang Kristian sebelum zaman
Nabi Muhammad lagi, tetapi tidak pernah sekali pun Nabi Muhammad
berkata ia digunakan untuk mengelirukan orang Islam," katanya lagi.
“Sebaliknya orang Islam sendiri yang membelakangkan agama kerana kelemahan jabatan atau agensi agama.
"Terdapat juga kelemahan zakat, yang sepatutnya menolong mereka yang memerlukan.
"Sudah banyak kes di
mana orang Islam miskin tidak menerima bantuan yang mereka perlukan
daripada masjid. Gerejalah yang membantu mereka dengan makanan dan
tempat berlindung," katanya.
Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) sebelum ini mengatakan perkataan Allah, jika digunakan
orang Kristian di dalam Bible, akan mencetuskan kekeliruan di kalangan
orang Islam yang mungkin salah faham tentang identiti "Allah", dan akan
membawa mereka kepada murtad.
Ini menyebabkan
pengharaman perkataan tersebut terhadap akhbar Katolik mingguan Herald
yang dibantah orang Kristian, mendakwa sekatan tersebut melanggar hak
beragama mereka.
Wan Ji mengecam sekatan
tersebut dengan mengatakan tiada apa di dalam Al-Quran yang menunjukkan
perkataan itu eksklusif untuk orang Islam.
"Malah, di dalam
Al-Quran, Kristian diminta berjanji atas nama Allah apabila mereka perlu
menafikan dakwaan terhadap diri mereka.
Beliau menegaskan mereka
yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah
sedang menggunakan 'sentimen Melayu', dan bukannya prinsip Islam.
"Tiada asas tentang ini dalam ajaran Al-Quran dan Hadis. Ini semua sentimen Melayu."
Beliau seterusnya merujuk kepada serbuan Jabatan Islam Selangor (Jais) ke premis Persatuan Bible Malaysia pada 2 Januari lalu di Damansara Kim dan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban
kerana mempunyai perkataan Allah di dalamnya.
Wan Ji memberi amaran
tentang kesan menyekat kebebasan beragama orang bukan Islam
berkemungkinan menyebabkan hak orang Islam disekat di negara lain.
"Hari ini, Jais menyekat
orang Kristian yang minoriti daripada mengamalkan agama mereka, dan
esok, orang Islam akan melihat perkara yang sama berlaku kepada mereka
di negara di mana mereka minoriti," katanya.
Graduan Universiti
Al-Azhar, Mesir, itu juga mengecam Jakim yang baru-baru ini menyalahkan
orang Kristian dan Yahudi atas perpecahan orang Islam dalam khutbah
Jumaat.
"Itu satu dakwaan yang
tidak berasas. Dalam sejarah Islam, orang Islam sudah berpecah sejak
zaman Nabi Muhammad. Tidak ada kena-mengena dengan Kristian dan Yahudi.
"Janganlah pandai menuding jari kepada yang lain sahaja," katanya, merujuk kepada Jakim.
"Semak kelemahan sendiri dahulu."
Alasan mengapa Jakim meletakkan kesalahan itu kepada Kristian dan Yahudi, kata Wan Ji, adalah untuk menutup kelemahan sendiri.
"Orang Islam di Malaysia
berpecah kerana ada yang mengajar keadilan mengikut Islam sementara ada
yang meletakkan 'kaum Melayu' sebelum apa-apa, termasuklah Islam
sendiri." katanya.
Beliau mengatakan
pendidikannya di Mesir dan Pakistan mendedahkan beliau kepada ajaran
sebenar agama, dan hairan dengan perbezaan Islam di Malaysia.
"Ia diMelayukan, dan meletakkan kaum sebelum agama, ini sangat merbahaya.
Terdahulu, Wan Ji menarik perhatian kontroversi selepas membuat kenyataan menghasut tentang keluarga diraja.
Beliau mendedahkan beliau sudahpun disoal polis sebanyak enam kali kerana kenyataan tersebut.
Aku cekau gambar Ketua Agama Islam Selangor mencemar duli
bersama rakyat biasa.
bersama rakyat biasa.
Bagaimanapun beliau tetap dengan kritikan beliau terhadap monarki Malaysia, bahawa Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.
"Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama.
"Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa sahaja yang dilakukan oleh ketua agama menjadi agama itu sendiri.
"Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam.
No comments:
Post a Comment