Oleh: Norhayati Umor
SHAH ALAM 22 FEB : Pengumuman Barisan
Nasional (BN) meletakkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun,
sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac depan
mengundang pelbagai reaksi pengundi di beberapa laman sosial.
Dalam laman facebook, pelbagai komen dan
reaksi diutarakan dan ada juga menganggap calon MCA itu hanya dijadikan
kambing hitam oleh Umno.
Bagi Shamsol Zamri beranggapan Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pengalaman yang lebih
sebagai Timbalan Perdana Menteri jika dibandingkan dengan calon BN itu.
Manakala Sius Siarus berkata, BN hanya mencari nahas meletakkan Mei Fun kerana Anwar bukan calang-calang pemimpin.
Bagi Azlan Azhar pula, tindakan Tan Sri
Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) yang menjelaskan keputusan
itu merupakan peluang untuk memberikan khidmat yang terbaik dianggap
‘janji palsu’.
“Asyik berjanji, macam pilihan raya dulu. Barang semua naik tetapi tiada seorang pemimpin BN yang membantah.
“Kepada pengundi berdaftar di Kajang,
pastikan anda semua mengundi pada hari itu jangan biarkan pengundi asing
mengundi bagi pihak anda,” katanya.
Sementara itu, pelbagai sokongan juga diberikan kepada Anwar.
Antaranya, bagi Abuadi Mamat berharap
rakyat memberi sokongan padu kepada calon PKR itu seterusnya memberikan
kemengangan dengan majorit yang lebih besar.
Semalam, Muhyiddin mengumumkan meletakkan Mei Fun sebagai calon dalam sidang media.
EZY
Anwar Jadi MB - Skuad Sayang Selangor Bubar Ganti Terengganu
ReplyDeleteLIHAT BUKTI DI SINI
LIHAT BUKTI DI SINI
'Please Note'
- Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR
- Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.
- Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN..
- UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka
- UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?
- UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...
Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..