Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, January 22, 2014

ULAMA MALAYSIA MENGATASI DR YUSUF QARDHAWI




  • Kempen Peghasap and 14 others like this.
  • Mohamad Zakaria Beno kata Ustaz Kazim n cik Intan 2....tq...
  • Zamsuri Zakaria Ulama tersohor dunia Yusof Alqardawi kata " Allah " adalah pencipta dunia dan seluruh makhluk yang ada di dunia, jadi semua makhluk perlu menghormati dan mengagongkan ALLAH. kata beliau.
  • Intan Suhaili Su Tak usah tegakan benang yang basah cikgu
  • Intan Suhaili Su ate cikgu redho ke patung lelaki yg bersalib dalam gereja tu dipanggil Allah, ate cikgu redho ke patung perempuan terlentok lehornya tu dikatakan isteri Allah.... saya harap cikgu berhati-hati menjawap soalan ini... saya tak sanggup cikgu jawap mcm cyber trooper pr....
  • Zamsuri Zakaria Saya mengemukakan dapatan Dari ulama tersohor dunia itu, siapa lah saya untuk mempertikaikanya, apa pdgsn Su Allah boleh untuk Kristian di sabah n Sarawak tapi tidak pula Kristian d remanding. Apa komen Su mohon penjelasan
  • Intan Suhaili Su Situasi ini tidak boleh disamakan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Ini kerana di Sabah dan Sarawak, terdapat banyak kaum dan suku yang telah didakwahkan dengan agama Kristian menggunakan Bahasa Melayu sejak sekian lama kerana mereka tidak mahir berbahasa Inggeris.

    Sewaktu pembentukan persekutuan Malaysia di antara Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura dahulu, negara2 ini bersetuju kepada beberapa perjanjian seperti Perjanjian 20 Perkara Sabah dan 18 Perkara Sarawak yang mana sekarang ini sedang hangat diperjuangkan oleh orang2 Sabah dan Sarawak. Dan di dalam perjanjian tersebut mengikut Perkara 1 berkaitan Agama (sumber):
    Perkara 1: Agama
    Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus tiada agama rasmi Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo.

    Ini bermaksud agama Islam bukan agama rasmi negeri Sabah dan Sarawak, dan peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaysia tidak boleh diguna pakai di kedua negeri tersebut. Sebab itu orang Kristian menggunakan kitab Bible yang diterjemah dalam bahasa melayu (Indonesia) iaitu AlKitab yang juga menggunakan kalimah Allah di dalamnya kerana ianya sah berdasarkan undang2 yang dah dicipta sekian lama oleh tok nenek moyang kita.

    Jadi bila ada cadangan untuk membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu untuk digunakan di Semenanjung, first sekali ia diterjemah untuk siapa sebenarnya? Di dalam Perlembagaan Malaysia yang juga dicipta oleh tok nenek moyang kita:
    Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2):
    "orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan-

    (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
    (b) zuriat seseorang yang sedemikian

    Seperti isu perempuan singapura murtad serta isu pendapat Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama, dari segi undang2 tak boleh wujud Melayu Kristian, Melayu Buddha, Melayu Hindu, Melayu Atheist dan lain2. ORANG MELAYU ADALAH BERAGAMA ISLAM, full stop. Tak kira Islam sejati, Islam luaran sahaja, Islam tapi tak tutup aurat, Islam tapi tak solat, Islam tapi makan rasuah atau Islam atas IC sahaja.

    So siapa yang lazimnya bercakap Bahasa Melayu? Sudah tentulah Melayu. Orang Cina dan India ada bahasa ibunda mereka sendiri, malah realitinya mereka lebih prefer untuk menggunakan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu walau duduk di Malaysia. So untuk apa terjemah Bible dalam bahasa Melayu di Semenanjung, apatah lagi mahu menggunakan kalimah Allah di dalamnya? Untuk siapa sebenarnya? Siapa yang nak baca, orang Melayu atau orang bukan Melayu yang beragama Kristian? Anda boleh terjemah dalam bahasa Cina, bahasa India, atau guna sahaja Bahasa Inggeris, tetapi kenapa hendak guna yang diterjemah dalam Bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia? Tak nampak apa sebenar tujuannya selain nak diedar dan suruh orang Melayu baca!

    Mengikut Perlembagaan Malaysia lagi berkenaan Kebebasan beragama:

    11. (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

    Bermaksud mengikut undang2, segala apa jenis pengembangan dan dakwah kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam adalah salah dan pihak berkuasa boleh menyekat kegiatan tersebut.

    Kenapa di negara Arab dalam Bible menggunakan kalimah Allah? Dah tentu Allah bermaksud Tuhan dalam bahasa Arab. Kenapa negara lain ada je Bible menggunakan kalimah Allah, kenapa negara kita tak boleh? Sebab negara kita belum ada suasana yang kondusif untuk itu selain daripada menjaga sensitiviti orang2 Melayu di Malaysia.

    Nak jugak guna kalimah Allah dalam Bible di Semenanjung? Ia hanya boleh dilakukan sekiranya Perlembagaan Persekutuan digubal semula. Nak haramkan kalimah Allah dalam Bible di Sabah dan Sarawak? Gubal semua perjanjian 18/20 Sabah dan Sarawak.
  • Zamsuri Zakaria sudah hampir 60 tahun Persekutuan Tanah Melayu ujud, dan Persektuuan Malaysia juga hampir seusia dengan nya, dan sejak itu BUMI ini diperintah oleh majoriti Melayu ( beragama Islam ) tapi penerapan nilai-nilaai-nilai Islam amat kurang sekali untuk mereka yang bukan Islam, dan malang juga yang Islam ramai pula berlagak seperti orang bukan Islama. Peredaran zaman - bukan alaquran perlu mengikut peredaran zaman tapi peredaran zaman perlu mengikut acuan yang tercatat dalam alaquran, Sebagai pemimpin kelompok remaja yang penoh dengan pencaroba ianya tanggong jawab pemimpin untuk memastikan ISLAM dapat di tegakkan, dan pengaruhilah bukan muslim untuk berkiblat kepada islam. hanya satu pandangan.
    Kita rujuk surat bth 11 April 2011, JPM ( PEMANDU ) Bil. 600 - 23 / 1 / 2011 ( 2 ) yang di tanda tangani oleh PM sendiri dan di alamatkan ke Bishop Ng Moon Hing, Chairman Kristian Federation of Malaysia - 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA